.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , » Fathia Akui Masih Berkawan Dengan Kerabat Diraja - Gosip Artis Terkini

Fathia Akui Masih Berkawan Dengan Kerabat Diraja - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Friday 1 March 2013 | 21:42

Hari tu ingat tak OGA ada masukkan artikel tentang pelakon jelita, Nur Fathia yang dikatakan menolak lamaran seorang kerabat diraja. Walaupun Fathia dah tolak kerabat tersebut namun, menurut Fathia mereka masih lagi berkawan. Semestinya ramai pihak ingin mengetahui apa yang berlaku dengan hubungan pelakon, Fathia dengan golongan VVIP berkenaan.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff yang ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini berkata, hubungannya dengan kerabat diRaja itu masih baik walaupun sudah menolak lamarannya.

nur fathia
Nur Fathia
"Sebenarnya, dia (kerabat diRaja) tidaklah melamar saya secara formal seperti yang saya katakan sebelum ini.
"Cuma saya tidak mahu mempunyai hubungan dengan mereka yang berstatus kerabat kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan.
"Namun, saya akui hubungan kami baik sahaja, malah saya dan dia masih lagi berkawan," katanya kepada murai.com.my yang tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Apabila ditanya,adakah dia menolak kerana sudah mempunyai hubungan cinta dengan jejaka lain, Fathia sekerasnya menafikan, malah memberitahu dia kini masih solo.

"Setakat ini saya belum menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran," jelasnya yang kini sengaja tidak mengambil banyak tawaran berlakon memandangkan sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjanah Muda jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mengenai perkembangan terbaru, Fathia bakal menjalani penggambaran drama Diandra, yang akan menghiasi slot Lestari TV3.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger