.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

KOLEKSI : Oppa Gangnam Style Sambal Belacan GIF - HOT

Wednesday 30 January 2013

Antara koleksi menarik dari ohgosip-artis : gambar Oppa Gangnam Style termasuk Oppa Gangnam Dikir Barat yang harus korang lihat...

Oppa Gangnam Style Dikir Barat : sewaktu menyanyikan Dikir Barat Wau Bulan.


Kartun- Oppa Gangnam Style Tumbuk Sambal Belacan.


Oppa Gangnam Style Expo Bukit Mertajam


Hurmmmm... Kite pung nok nari Oppa Gangnam Stylooooo...


Betapa kuat pengaruh Oppa Gangnam Style Idok Gitu eh...




Tom Holland Tabik Spring Pada Naomi



Pelakon remaja kacak yang kian menempa nama menerusi fi­lem bencana tsunami, Tom Holland, 16, mengakui sangat berbangga dengan pencalonan Naomi Watts dalam anugerah Oscar akan datang dan mengakui aktres itu memang cukup layak.
Melakonkan watak sebagai anak sulung Naomi menerusi filem The Impossible, pelakon yang berasal dari Surrey, England itu tumpang gembira buat ‘ibunya’ itu yang dicalon­kan dalam kategori Aktres Terbaik. 
“Bagi saya dia adalah seorang pelakon yang sa­ngat hebat dan memang layak mendapat pengiktirafan itu. Saya sangat gembira untuknya dan doakan kejayaan buat Naomi,” katanya kepada BANG Showbiz. 

Bintang baru yang pernah merangkul anugerah Penghibur Muda Terbaik menjelaskan sifat keibuan Naomi, 44, memang terserlah biar di set mahupun luar penggambaran.

“Dia sudah seperti ibu saya sendiri di set penggambaran. Bukan dalam babak filem saja, sekira­nya saya meminta minuman Coke, pasti ada petugas akan datang dan memberikan satu buat saya.

“Ketika itulah, dia (Naomi) akan menegah saya dan secara spontan saya akan memanggilnya ‘mak’,” katanya yang pandai menari dan pernah menjayakan persembahan muzikal di West End, London. 

Tom juga sempat berkongsi mengenai aktres itu sering memberikan nasihat berharga buatnya. 

“Paling saya ingat apabila dia berkata dalam lakonan kita tidak boleh pentingkan diri sendiri dan paling penting adalah semangat kerja berpasukan. 

“Jika hanya memikirkan persembahan diri sendiri saja pasti ia tidak akan menjadi sebuah filem yang baik. Sebab itulah kadangkala kalau kita menonton sesuatu filem, kita boleh rasa seperti pelakonnya tidak begitu bersatu,” ujar Tom.

GOSIP ARTIS : Menari lebih susah daripada bo9el ? - Kristen Stewart


Kristen Stewart

Berbanding disuruh berbogel di set, aktres jelita Kristen Stewart akui babaknya menari dalam filem On The Road lebih sukar untuk dilaksanakan.
Katanya, melakukan ba­bak romantik dan meng­ghairahkan sambil berbogel bersama aktor Garett Hedlund jauh lebih mudah. 
“Ramai yang cuma bertanyakan mengenai babak saya berbogel dalam filem itu tanpa mengetahui saya juga kena menari dan tugasan itu sebenarnya lebih susah. 

“Karakter saya Marylou adalah seorang yang periang dan ada satu babak selama lima minit di mana saya perlu menjadi ‘gila-gila’. Dalam buku berkenaan, Dean (Garett) dan Marylou ada membuat aksi tarian.

“Saya sedikit ‘berang’ dengan bahagian itu dan kami terpaksa menari empat kali lagu Salt Peanuts dan berakhir dengan muka saya jadi merah padam. Setiap masa saya perlu berpegangan dengan Garett kerana saya sentiasa nak jatuh dan rasa nak pengsan,” katanya.

Bintang Twilight Saga itu juga akui tidak terkejut dengan reaksi orang awam mengenai perasaan mereka terhadap watak Marylou yang tidak senonoh dalam Walter Salles sebuah adaptasi dari novel klasik nukilan Jack Kerouac. 

“Fikiran manusia kadangkala mudah diagak. Saya memang sudah jangka perkara itu akan diperkatakan. Saya bukannya tidak gementar untuk melakonkan watak itu sebaliknya saya benar-benar mahu ia berjaya,” kata­nya.

Justin Bieber cipta lagu untuk kekasihnya

PENYANYI remaja, Justin Bieber telah mengeluarkan album terbarunya, BelieveAcoustic yang memuatkan 11 lagu popularnya yang dibawakan secara akustik.

Menurut sumber, album ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa artis dan pemuzik popular seperti Rihanna, Big Sean dan Tom Strahle yang pastinya memberikan kelainan pada album tersebut.

“Album ini juga dihasilkan oleh Bieber untuk berkongsi luahan hati mengenai kehidupan peribadi bersama peminat setianya,” kata sumber.

Justin Bieber
Selain itu, beberapa hari sebelum melancarkan album ini, satu single terbaru darinya Yellow Raincoat telah dimuat naik menerusi Youtube dan apa yang menariknya, lirik lagu tersebut mengisahkan mengenai bekas kekasihnya, Selena Gomez.


Asyraf tidak cemburu: Bunga Cinta Lestari

Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari

WALAUPUN telah mendirikan rumah tangga bersama aktor kacak, Ashraf Sinclair, aktres cantik, Bunga Cinta Lestari (BCL), tetap berhadapan dengan cinta tiga segi lelaki lain.

Mengakui bahawa suaminya tidak pernah cemburu, bukan bermakna BCL sanggup melakukan perkara itu di belakang suaminya.

Cinta tiga segi itu hanya berlangsung menerusi drama sinetron, Bayu Cinta Luna, yang kini disiarkan di saluran TV9.

Mengisahkan mengenai Luna yang berhadapan dengan cinta dua lelaki, Bayu dan Bimo, BCL bergandingan bersama pelakon tampan, Chico Jericho. Sepanjang penggambaran itu berlangsung, BCL mengakui tidak menghadapi sebarang masalah ketika bekerja walaupun bergelar isteri orang.

"Alhamdulillah dia (Ashraf) kenal Chico dan tidak pernah cemburu jika saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki.

"Dia mempercayai saya dan sebagai isteri, saya tahu batas-batas pergaulan," katanya.

Drama yang mengandungi 138 episod itu bersiaran pada Isnin hingga Jumaat, 5.30 petang mulai 13 September lalu di slot Mutiara Hati, TV9.

Dulu gaduh-gaduh sekarang dah Baek "Alhamdulillah" - Gosip Artis

Friday 11 January 2013

Oh Gosip Artis dah lama tak update cerita-cerita pasal gosip artis ni.. Cuma yang paling buat OGA rasa gumbira bak melarik senyuman sampai kehujung pipi ni.. Jalan ala-ala lenggang kangkung.. Awww.... Awwww... dulu pernah OGA  pos kat sini cerita yang Dua orang Artis .. sepasang suami isteri ni gaduh-gaduh sampai naik lebam bijik mata.. hurm .. ye ke ni cite ni.. artikel sal dua orang artis ni.

Alahai janganlah hukum lak.. Kita sebagai suami isteri ni kalau tak gaduh tak sah kan.. lagikan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. Cek oi.. Masyarakat cepat mentasfir apa yang kita buat.. tambah-tambah lagi kalau artis.. Hurm.. Citer ni kt sambung.. terbaru "Alhamdulillah" Dulu gaduh-gaduh sekarang OGA harap selepas menimang cahaya mata baru ni insya- Allah akan lebih bahagia..

Siapa..?

Siapa lagi kalau bukan Eira Syazira . OGA doakan semoga mereka berdua akan lebih bahagia..

OGA terbaca info mengenai Diaorang ni dekat blog HotSensasi.Com.. Hurm... info..

“Alhamdulillah, isteri tercinta Eira Syzira telah selamat melahirkan anak perempuan… masa kelahiran: 8.50 lagi. Tarikh lahir: 11 Januari 2013. Amin. Saya seorang ayah sekarang,” tulisnya di laman mikro Twitter milik isterinya, Eira jam 9.29 pagi tadi.

Bayi perempuan itu dikatakan mempunyai bulu mata yang panjang.“Bulu mata anak aku ini, panjang berjela. Macam bapa macam anak,” katanya.Eira Syazira dan Azad bernikah pada 16 September 2011.









TERKINI : Gambar Apek dan Leuniey selepas kahwin

Friday 4 January 2013


Tahniah buat Apek dan Leuniey yang telah pun selamat di ijabkabulkan sebagai suami isteri. Walaupun sebelum ni mereka banyak dihimpit dengan berbagai-bagai kontroversi namun akhirnya mereka bersatu jua. Kat bawah ni HS (Hotsensasi)letakkan gambar Apek dan Leuniey selepas mereka berkahwin. Sweet dan romantik sangat! Jom layan…

Manja tak kami berdua? jangan jeles..hehehe

Apek: Control la sikit sayang nak ambil gambar ni..

Leuniey: Abang ni minum air sampai tak tengok pun kat camera..
Apek: Tu baru macho!

Leuniey: Alamak! kita terkantoi la abang! huhu

Apek: Rajinnya isteri abang masak. Confirm tak cari yang lain! hehe
artikel dari sumber : hotsensasi.com

Farra juara Idola Kecil 5 - Artis Cilik

idola kecil 5
Adik Farra pemenang Idola Kecil 5
Tahiah OGA ucapkan kepada penyanyi cilik yang bersuara merdu ni.. Lenggok nada suara yang memikat pengadil menjadikan adik Farra menjuarai Idola Kecil ke-5. Hurm... OGA pula suara macam katak.. apepun tahniah kepada semua pemenang.. Agak-agak adik Farrah nak beli ape yer dengan duit RM5000 tu. Nak beli motor takde lesen lagi kan.. Beli emas.. hurm.. banyak pula kes rompak dan samun.. OGA rasa elok adik Farra menabung untuk masa depan.. tak rugi menabung kan adik Farra.
Jom kita baca artikel di bawah dari Kosmo.


VOKALNYA yang matang dan mantap serta persembahan penuh memukau membuatkan Farranisha Shazwany Mohd. Faizul atau nama glamornya Farra berjaya mencuri hati juri lantas memilihnya sebagai juara Idola Kecil 5 (IK5).
Kemenangan Farra itu sekali gus mengetepikan empat finalis lain iaitu Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah atau Darling yang muncul sebagai naib juara, manakala Muhammad Zelfeka Nasrun atau Zul di tempat ketiga.
Selain mereka, Muhammad Benladin Munshi atau Ben dan Nur Adlina Batrisya Zuraimi atau Tisyia turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lepas.
Bakat yang dimiliki oleh Farra yang baru berusia 12 tahun itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila dia berjaya menyampaikan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce secara acapella pada pusingan pertama dengan lontaran vokal yang memukau.
Kehebatan persembahan Farra diakui oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai juri jemputan di samping Erra Fazira, yang menganggap nyanyian secara acapella daripada Farra itu merupakan suatu percubaan yang berani, dan ternyata 'eksperimen' yang dilakukan oleh gadis yang berasal dari Labuan itu berjaya.
"Saya memang berminat untuk menceburi bidang nyanyian semenjak berumur lima tahun dan berharap agar kemenangan ini dapat menjadi platform untuk saya meneruskan minat saya ini.
"Saya juga berharap agar saya dapat seimbangkan antara akademik dan nyanyian dengan cara memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika di dalam kelas dan terlibat dengan aktiviti seni mengikut kelapangan saya," ujarnya yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.
Sementara itu, saingan yang diberikan oleh empat lagi peserta turut tidak boleh dipandang ringan kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.
Perkara ini diakui oleh Alyah yang bertindak sebagai juri tetap semenjak minggu pertama, dengan mengatakan bahawa setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing dalam setiap persembahan mereka.
"Selain Farra, Darling turut mempunyai vokal yang matang yang menjadi pesaing terdekat kepada Farra, selain Zul yang bijak menguasai pentas sehingga membuatkan persembahannya tampak seperti penyanyi profesional.
"Ben pula mempunyai aura tersendiri kerana dia mampu menari dengan baik, manakala Tisyia pula sering mempamerkan persembahan yang konsisten pada setiap minggu," ujar penyanyi lagu Kau Yang Terindah ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sharina Nordin, program IK5 berjaya mencapai sasarannya apabila kesemua peserta menunjukkan prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu.
"Disebabkan perkara ini, jumlah penonton mingguan IK5 telah mencecah sehingga lebih daripada satu juta orang, dan ini merupakan satu perkara positif buat program ini.
"Reaksi yang positif daripada penonton ini menjadikan kami berasa teruja untuk meneruskan lagi program ini untuk musim yang akan datang," ujarnya kepada pihak media pada sesi sidang akhbar selepas final IK5.
Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Najwa Latif yang berduet dengan bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu iaitu Harris dan Hairul, Karmal dan DJ Fuzz, gabungan Fida, Jeff A to Z dan Stella, serta penampilan istimewa daripada Aliff Aziz.
Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi, manakala naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi, sementara tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 serta trofi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger