.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Brad Pitt dan Angelina Jolie kahwin Mei ini!

Sunday, 17 March 2013

Akhirnya, pasangan sensasi Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie yang bertunang April 2012 dikatakan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei 2013 di Perancis.

Menurut sumber, akhir Februari lalu, Brad telah menangguhkan surat kebenaran pernikahan mereka selama 90 hari dengan alasan tertentu.

“Perkahwinan mereka juga akan dijalankan selepas Cannes Film Festival, kerana mereka mahu majlis yang dijalankan sempurna tanpa sebarang masalah,” kata sumber tersebut.

Desas-desus turut mengatakan, Jennifer Aniston, akan hadir dalam majlis pernikahan pasangan ini. Walaupun pernah terluka dengan Pitt, namun Aniston tetap hadir memberikan ucapan tahniah.

brad pitt dan angelina jolie
Brad Pitt dan Angelina Jolie

Chris Brown bergaduh kerana Rihanna?

Thursday, 7 March 2013


Pergaduhan yang berlaku di antara rapper terkenal, Chris Brown dan rakannya, Drake, di kelab malam dikatakan berpunca daripada penyanyi Diamonds, Rihanna.

Insiden yang turut melibatkan kecederaan kepada model cantik Perancis, Roman Julie, itu membuatkan Brown dan Drake dikritik hebat.

Malah, Chris dan Drake turut dituntut membayar dan bertanggungjawab di atas kecederaan Julie.

Walaupun Chris dan Drake enggan tampil memberi penjelasan, namun insiden itu dikatakan berlaku ekoran rasa tidak puas hati Chris terhadap Drake yang juga bekas kekasih Rihanna.

Malah, hubungan dingin antara dua rapper ini sudah dihidu media sejak tahun lalu lagi.

chris brown
Chris Brown dan Rihanna 

Hilary Duff Tak Boleh Berjauhan Dengan Anak - Gosip Artis Luar Negara

Sunday, 24 February 2013


Penyanyi Hilary Duff mengakui sukar untuk dia berjauhan dengan anak sulungnya, Luca yang kini sudah pun berusia 11 bulan.

Menurut laporan majalah Life And Style, wanita berusia 25 tahun itu menyedari betapa susahnya dia untuk meninggalkan anaknya ketika menjalani penggambaran sitkom Raising Hope,

"Rasa gembira sangat apabila dapat kembali ke set penggambraan macam biasa. Tetapi hati saya sering teringat-ingatkan anak di rumah.

"Sampaikan sepanjang hari hati saya meminta untuk pulang ke rumah," katanya.

Tambah pelakon yang popular dengan filem The Lizzie McGuire Movie, dia lama kelamaan memahami dirinya tidak lagi seperti dahulu di mana perubahan jiwa seorang ibu semakin kuat dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Hilary telah mendirikan rumah tangga dengan pemain hoki Kanada Mike Comrie.

hilary duff
Hilary Duff

Rihanna dikasari lagi? Gosip Artis Luar Negara

Wednesday, 20 February 2013


Penyanyi Rihanna terpaksa menerima nasib malang apabila dirinya dikasari lagi hingga cedera.

Namun, kejadian itu bukanlah dilakukan oleh bekas kekasihnya, Chris Brown, sebaliknya tindakan peminat.

Insiden itu berlaku ketika pelantun lagu Diamonds ini keluar dari sebuah kelab malam.

Seorang peminat tiba-tiba melemparkan botol arak kepada penyanyi kelahiran Barbados itu.

“Saya tidak pasti kenapa saya diserang sebegitu. Namun, saya terdengar mereka menyebut sesuatu mengenai Brown,” katanya yang tidak menolak kemungkinan serangan itu adalah daripada peminat Brown.
rihanna dan chris brown
Rihanna dan  Chris Brown

Polis akui terima SMS ugutan bunuh PSY

Tuesday, 19 February 2013

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang  atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.

Ugutan bunuh diterima melalui SMS oleh pengurusnya,  Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.

“SMS itu dipanjangkan kepada kita pada jam 8.30 malam 10 Februari lalu sehari sebelum kedatangan Psy ke negeri ini dan kita mengambil tindakan segera dengan meletakkan 11 pegawai untuk mengawasi keselamatan dirinya sepanjang berada di negeri ini,” katanya.


PSY
PSY
Beliau berkata demikian sebagai pengesahan wujudnya ugutan bunuh itu sepertimana yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guang Eng dan menganggap ia kenyataan berbaur politik dan boleh mencetus polemik kerana menggambarkan negeri ini tidak selamat dikunjungi.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu  terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita sedang kumpul maklumat dan menjalankan siasatan untuk kenal pasti mereka yang terlibat dan saya percaya kita akan mampu selesaikannya,” katanya

Kembar YoonA Girl Generation Berada Di Malaysia


Media online dari Korea Selatan kecoh membincangkan mengenai kembar ahli Girl Generation yang ditemui di Malaysia, baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku apabila tersebar sekeping gambar gadis bertudung yang memiliki wajah serupa dengan YoonA yang bukan saja popular sebagai bintang K-Pop tetapi turut diminati sebagai pelakon drama.

Menerusi gambar tersebut, gadis yang tidak tahu namanya itu mengenakan tudung berwarna unggu dan wajahnya persis YoonA.

Dek kerana wajahnya menyerupai YoonA, gadis tersebut mendapat perhatian ramai peminat K-Pop di lama Facebook.
Kembar seiras YoonA
Kembar seiras YoonA
Bila OGA tengok betul-betul memang sama lah mereka berdua ni. Namun, antara komen yang diterima gadis tersebut adalah gadis bertudung ini lebih cantik dari Yuna.

Malah, tidak hairan juga ada fanatik K-Pop yang cemburu dengan gadis tersebut kerana memiliki wajah yang sama.

Tambah kelakar, ada yang menganggap itu adalah YoonA yang mengenakan tudung.

Bapa Rihanna Beri Chris Brown Peluang Kedua


Bapa Rihanna iaitu Ronald Fenty menganggap kekasih anaknya, penyanyi rap Chris Brown sepatutnya menerima peluang kedua dalam hubungan percintaan pasangan itu.

"Chris telah melakukan kesalahan yang sangat teruk. Tetapi saya percaya bahawa setiap manusia diberi peluang kedua dalam membetulkan kesilapannya.

"Begitu juga dengan Chris, dia layak menerima peluang itu untuk menjadi orang yang lebih baik," katanya kepada portal Contactmusic.

Penyanyi lagu Diamond itu telah diserang oleh Chris pada tahun 2009 sehingga menyebabkan wajah wanita itu dipenuhi lebam.

Bagaimanapun, Fenty telah merestui perhubungan Chris dan Rihanna selepas mendapat tahu mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.
rihanna dan chris brown
Rihanna dan Chris Brown kembali bersama

Penyanyi Mindy McCready ditemui mati - Gosip Artis Luar negara

Monday, 18 February 2013


Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu country, Mindy McCready ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri, dalam satu kejadian di sini semalam.

Mayat McCready, 37, ditemui terbaring di rumahnya di Heber Springs di sini selepas jirannya mendengar suara tembakan dan kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Penyanyi itu sebelum turut menembak seekor anjing peliharaannya.

McCready meninggalkan dua anak, Zander, 6, dan Zayne, 9 bulan. Kematiannya itu berlaku kira-kira sebulan selepas kematian teman lelakinya, pencipta lagu David Wilson, 34. Kematian Wilson masih dalam siasatan.

Mindy McCready

Psy Tak Hormat Perdana Menteri Tatkala Tiada Di Pentas? - Artis Luar Negara

Saturday, 16 February 2013


 OGA ramai yang sudah tahu mengenai tindakan penyanyi popular Korea, Psy yang tidak hadir ke pentas untuk bersama-sama denhan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak serta barisan ahli-ahli tertinggi Barisan Nasional ketika upacara tradisi menggaul 'yee-sang' diadakan dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Mana taknya, video rakaman ketika Psy dipanggil naik ke pentas oleh pengaracanya telah pun tersebar di laman internet dan YouTube. OGA terkejut menonton video itu kerana tindakan Psy itu seolah-olah seperti tidak hormat kepada penganjur konsert itu apatah lagi Perdana Menteri.
penyanyi psy
PSY
Psy telah dipanggil beberapa kali oleh pengacaranya, malah semua tetamu kehormat terpaksa menunggu beberapa minit untuk upacara tersebut, tetapi berlangsung, malangnya Psy sampai kesudah tak naik ke pentas.

Yelah, awak tu da lah datang negara orang, sekurang-kurangnya hormatlah majlis yang dihadiri. Psy bukan sahaja hadir, malah diberi peluang membuat persembahan di konsert tersebut.

Memang tak patut Psy berbuat begitu, lebihl-lebih lagi bila bearda di negara orang. Kepada semua, harap-harap perkara ini akan menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak terlalu menyanjung orang atau artis luar sedangkan mereka sendiri tidak hormat kepada Negara kita.

Raffi Ahmad menolak kedatangan Yuni Shara - Gosip Artis Indonesia

Friday, 15 February 2013


Raffi Ahmad yang ketika ini berada dalam tahanan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia menolak kedatangan bekas kekasihnya, Yuni Shara yang berniat menziarahinya hari ini.

Raffi menyatakan tidak bersedia bertemu dengan kakak penyanyi Krisdayanti itu dengan alasan yang masih menjadi tanda tanya.

Bahkan pemberian Yuni iaitu sejadah dan buku-buku motivasi juga ditolak oleh pengacara popular rancangan Dahsyat itu.
raffi ahmad dan yuni shara
Raffi Ahmad dan Yuni Shara 


“Raffi memberitahu kepada saya dia tidak mahu bertemu dengan Yuni. Dia hanya menyampaikan pesan ‘Beritahu kepada Yuni, Yuni sudah tahu apa yang dia telah lakukan terhadap saya.’ Itu apa yang disampaikan Raffi kepada saya untuk Yuni," ujar peguam Raffi, Hotma Sitompul (Hotma).

Hotma juga memberitahu dia sudah memujuk Raffi untuk menemui Yuni, namun lelaki itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak menemui Yuni.

“Demi keselesaan anak guam saya, Yuni Shara tidak boleh menjenguk. Menjadi hak si tertuduh untuk ditemui atau tidak," tegas Hotmaa.

Media Indonesia melaporkan, Yuni Shara pagi ini datang ke pejabat BNN untuk menemui Raffi.

Dia membawa kelengkapan alat solat seperti sejadah, kain sarung dan al-Quran.

Raffi pernah menjadi kekasih Yuni selama empat tahun tetapi memutuskan hubungan itu kira-kira empat bulan lalu.

Dia ketika ini ditahan pihak berkuasa kerana didakwa menganjurkan pesta dadah di kediamannya di Jakarta pada 27 Januari lalu.



Selena temui pengganti Bieber - Gosip Artis


Selepas putus cinta dengan bintang remaja, Justin Bieber, Selena Gomez tidak perlu menunggu tempoh yang panjang untuk mencari pengganti.

Baru-baru ini, Selena sering dilihat bersama seorang jejaka bernama Alfredo Flores yang dikatakan bertugas sebagai seorang pengarah video muzik.

Menurut sumber kepada akhbar Daily Mail, tugas Alfredo sepanjang berada dengan Selena adalah menghantar dan menjemput bekas bintang Disney itu ke acara Warner Music Group/In Style 2013.
"Kedua-dua Selena dan Alfredo bukan kali pertama muncul bersama dalam khalayak ramai kerana mereka juga pernah dilihat bersama ketika majlis sambutan ulang tahun seorang lagi bekas bintang Disney, Ashley Tisdale di Malibu, California baru-baru ini," tambah sumber tersebut.
Selena menjalinkan hubungan dengan Justin pada penghujung tahun 201, namun hubungan mereka tidak kesampaian dan putus pada Januari tahun ini.
selena gomez dan kekasih baru
Selena Gomez dan Alfredo Flores 
dilihat intim




Kekasih baru Tiger Woods - Gosip Selebriti Luar Negara

Thursday, 14 February 2013


Menepati ciri-ciri wanita pilihan, pemain golf terkenal, Tiger Woods mungkin memilih Lindsay Vonn sebagai teman hidupnya.

Mula menjalinkan hubungan berperingkat sejak beberapa bulan lalu, Woods mengakui hubungan itu akan melalui fasa seterusnya.

“Buat masa ini, dia (Vonn) adalah kawan paling rapat yang saya ada. Mungkin kami perlu meluangkan lebih banyak masa lagi untuk saling mengenali.

“Saya mahukan wanita yang boleh menjadi kawan, pendengar yang baik dan boleh berkongsi minat. Semuanya ada pada Vonn,” katanya.

kekasih tiger wood
Kekasih baru Tiger Wood

Jupe bakal ke penjara - Gosip artis luar negara

Wednesday, 13 February 2013


Siapa tak kenal dengan pelakon indonesia ni seorang. Sebut sahaja nama Julia Perez tentu semua orang dah kenal. Artis ini seringkali dikaitkan dengan kontroversi berbanding bakatnya. Namun begitu, Kes pergaduhan yang membabitkan Julia Perez dan Dewi Persik dikatakan hampir selesai. Kes pergaduhan ini, kini memasuki perkembangan baru.

Setelah kes tersebut diselesaikan, Julia atau Jupe akan menjalani hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat ini.
“Hukuman tersebut bakal dijalankan dengan segera.
“Kami hanya menunggu JPU akan melaporkan keputusan kes ini,” kata Ketua Kejaksaan Negeri Jakarta Timur, Andi Herman.
Namun penjelasan lanjut mengenai kes Jupe dan Dewi belum diketahui kerana pihak berkuasa baru sahaja menerima maklumat secara lisan dari JPU.

julia perez
Julia Perez bakal dipenjarakan

Kenali Mike Tyson (Malik Abdul Aziz) sebelum dan selepas memeluk Islam - Selebriti Sensasi

Thursday, 7 February 2013

Michael Gerard "Mike" Tyson (lahir 30 jun 1966) adalah seorang peninju bersara profesional Amerika. Tyson bekas juara heavyweight dunia dan memegang rekod sebagai peninju termuda untuk memenangi WBC, WBA dan IBF gelaran heavyweight pada 20 tahun, 4 bulan, dan berusia 22 hari. Tyson memenangi tempat pertama dengan 19 serangan profesional oleh KO (kalah mati), 12 daripada mereka dalam pusingan pertama. Beliau memenangi gelaran WBC pada tahun 1986 selepas menewaskan Trevor Berbick oleh TKO pada pusingan kedua. Pada tahun 1987, Tyson menambah gelaran WBA dan IBF selepas menewaskan James Smith dan Tony Tucker. Beliau adalah peninju pertama heavyweight pada masa yang sama memegang gelaran WBA, WBC dan IBF, dan heavyweight sahaja untuk menyatukan mereka berturut-turut.

Mike Tyson dikenali sebagai Malik Abdul Aziz
Mike Tyson dikenali sebagai Malik Abdul Aziz
Pada tahun 1988, Tyson menjadi juara Lineal apabila dia tersingkir Spinks Michael selepas 91 saat. Tyson berjaya mempertahankan kejuaraan dunia heavyweight sembilan kali, termasuk kemenangan ke atas Larry Holmes dan Frank Bruno. Pada tahun 1990, beliau kehilangan gelaran hell James "Buster" Douglas, dengan keputusan kalah mati dalam pusingan ke-10. Percubaan untuk mendapatkan semula gelaran, beliau dikalahkan Donovan Ruddock dua kali pada tahun 1991, tetapi beliau ditarik keluar dari perjuangan dengan dipertikaikan juara heavyweight Evander Holyfield akibat kecederaan. Pada tahun 1992, Tyson disabitkan merogol Desiree Washington dan dihukum enam tahun di dalam penjara tetapi dibebaskan selepas berkhidmat tiga tahun. Selepas dibebaskan, beliau terlibat dalam siri pergaduhan kembali.

Pada 26 Mac, beliau telah dihukum hingga enam tahun di dalam penjara diikuti oleh empat tahun dalam percubaan. Beliau ditugaskan untuk Belia Indiana Center (kini Kemudahan tahanan Plainfield) pada April 1992, dan beliau telah dibebaskan Mac 1995 selepas berkhidmat tiga tahun. Semasa pemenjaraan beliau, Tyson memeluk Islam

Pada tahun 1996, beliau memenangi gelaran WBC dan WBA selepas menewaskan Frank Bruno dan Bruce Seldon oleh kalah mati. Setelah dilucutkan gelaran WBC, Tyson hilang mahkota WBA Evander Holyfield pada bulan November 1996 dengan pusingan TKO 11. Rematch 1997 mereka berakhir apabila Tyson telah hilang kelayakan untuk menggigit telinga Holyfield.

Pada tahun 2002, beliau berjuang untuk gelaran heavyweight dunia pada usia 35 tahun, tewas oleh kalah mati untuk Lennox Lewis. Beliau bersara dari tinju profesional pada tahun 2006, selepas tersingkir dalam perlawanan berturut-turut terhadap Danny Williams dan Kevin McBride. Tyson diisytiharkan muflis pada tahun 2003, walaupun menerima lebih AS $ 30 juta untuk beberapa pergaduhan dan $ 300 juta sepanjang kerjayanya. Tyson terkenal untuk gaya ganas dan menakutkan tinju serta tingkah laku kontroversi di dalam dan di luar gelanggang. Tyson adalah dianggap sebagai salah satu saham berwajaran tinggi yang terbaik sepanjang masa. Beliau menduduki tempat ke 16 dalam senarai The Ring 100 punchers terhebat sepanjang zaman. dan No 1 dalam ESPN.com

Video: Interview Myke Tyson mengenai Islam.


Dont forget to like me OGA Oh Gosip Artis. TQ

Mallika terima ugutan - Gosip Artis Luar Negara

Tuesday, 5 February 2013


Pelakon seksi, Mallika Sherawat telah menerima ugutan gara-gara berlakon sebagai watak utama dalam filem Dirty Politics.
Sebanyak tiga panggilan telefon yang berbaur ugutan telah ditujukan khas buatnya kerana keberaniannya membintangi filem yang berkisar tentang kisah benar pembunuhan seorang wanita, Bhanwari oleh golongan ahli politik Rajasthan.
malikka sherawat

Bagaimanapun, ujar aktres berimej seksi itu, bukan dia yang menerima kesemua panggilan telefon itu, tetapi abangnya, Vikram.
"Seseorang telah menelefon abang saya, Vikram sebanyak tiga kali dengan berkata, 'Beritahu adik kamu (Mallika) supaya menghindarkan diri daripada topik ini (politik), " ujarnya kepada IANS.
Tegasnya lagi: " Setiap aktor dan aktres di India merupakan mangsa permainan politik. Setiap hari kami semua terpaksa bergelumang dengan politik. Untuk sukses di India, anda terpaksa bermain politik. Saya telah bermain untuk kedua-dua politik kotor dan politik bersih. Lebih kotor politik, lebih baik."
Filem arahan K.C. Bokadia turut menampilkan pelakon Om Puri, Jackie Shroff, Anupam Kher, Atul Kulkarni dan Ashutosh Rana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger