Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan mahupun model, malah gadis cantik ini juga memiliki minat terpendam dalam bidang perniagaan.
Nor Fouziah Mohd Gous,31, atau nama komersialnya Fouziah Gous memberanikan diri mencuba bidang yang jarang dilakukan oleh golongan wanita iaitu perusahaan sarang burung walit.
Pelakon yang popular dengan drama Trilogi Cinta ini berkata, ceburi diri dalam bidang perniagaan bukan perkara mudah.
"Perniagaan seperti ini bukan mudah untuk diusahakan, sebaliknya saya mengambil masa hampir dua tahun untuk mempelajarinya.
"Buat masa ni, banyak lagi yang perlu saya pelajari dari mereka yang berpengalaman mengenai cara perniagaan seperti ini," kata pemenang tempat pertama Miss Fair & Lovely tahun 2001.Enggan mendedahkan lokasi perusahaannya itu, Fouziah berkata, dia berminat dengan perusahaan itu setelah diperkenalkan dengan kursus khas. Selepas kajian lengkap dilakukan, dia yakin perusahaan itu berupaya memberikan keuntungan lumayan.
Fauziah Gous |
" Walaupun keluarga saya tidak melibatkan diri dalam industri burung walit, bagi saya ia adalah satu cabaran untuk saya terus mengorak langkah untuk lakukan yang terbaik.
“Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilakukan dengan nasihat dan tunjuk ajar ahli keluarga," kata bekas pramugari ini.Dalam pada itu, Fouziah yang menjadi pengedar di bawah nama My Walet Bird Nest, dikatakan akan mengedarkan produknya ke beberapa farmasi, pada masa kini ia masih lagi dalam proses persiapan sebelum dilancarkan.
0 comments:
Post a Comment