“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan”
“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”
“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” kata Nelydia Senrose ketika ditemui.Dia juga turut mengulas bahawa dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya.
Nelydia Senrose |
bercakap tentang kontroversi yang berlaku terhadap seseorang yang bergelar artis, dan adakah dia sudah bersedia? Ini jawapan Nelydia Senrose:
“Kontroversi memang tidak dapat lari dunia artis, cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Memang tidak salah sekiranya seseorang artis itu mempunyai kontroversi tetapi biarlah kontroversi itu, merupakan kontroversi ke arah positif dan boleh menaikkan nama dan kariernya, tetapi elakkanlah dari kontroversi yang boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti dan memusnahkan kerjaya seseorang artis itu.”
0 comments:
Post a Comment