.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , , » Gosip Artis Terbaru - Doa Rossa buat bekas suami

Gosip Artis Terbaru - Doa Rossa buat bekas suami

Di gosipkan oleh Unknown on Friday, 8 March 2013 | 15:50

Selamat petang kepada pengunjung Oh Gosip Artis semua. Maaf la yer, 2, 3 hari ni OGA bz sikit so, tak ada masa nak update pasal cerita artis ni. Namun, alhamdulillah, hari ni OGA nak luangkan masa sikit nak update citer artis yang sensasi, panas dan meletup!

Ni OGA nak citer sikit pasal penyanyi indonesia yang popular dengan lagu hey ladies, Rossa berkata Walaupun sudah empat tahun berpisah, penyanyi Tegar tetap jaga hubungan baik dengan Yoyo

Antara perkara tidak dilupakan Rossa atau nama sebenar, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34, ketika mengerjakan Haji, Oktober tahun lalu ialah doa di depan Kaabah buat bekas suaminya, Yoyo, supaya diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam kerjaya.Baginya, walau mereka sudah hampir empat tahun berpisah, lelaki itu pernah singgah dalam hidupnya, malah tetap bergelar bapa kepada satu-satunya buah cinta mereka, Rizki, 5.

 Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi” Rossa, Penyanyi
penyanyi rossa
 “Ya, memang bukan dia yang minta (didoakan) tetapi saya mendoakan semua insan yang rapat dengan saya, tidak terkecuali Yoyo. Namun tidak bermakna ada sesuatu antara kami,” katanya sambil tersenyum manis tatkala ditemui pada sidang media Glitz, Glam & Classy With Rossa, kelmarin.
Terdahulu, perkahwinannya dengan Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu berakhir secara rasmi pada 14 Julai 2009 selepas lebih lima tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, difahamkan pelantun lagu Tegar itu baru sampai dari Jakarta dan terus berkejar ke Hotel Mandarin Oriental, lokasi berlangsungnya majlis pengumuman sambutan Minggu Setiausaha yang dijadualkan diadakan pada 13 April ini.

Kongsi Rossa yang sememangnya ramah berbicara, sebelum berlepas ke Tanah Suci lagi sudah ramai kenalan yang turut menitipkan pesan memintanya mendoakan mereka di sana.
“Ramai yang kirim (doa) sampai saya perlu menulis setiap permintaan mereka di atas sehelai kertas, takut terlupa. Saya berbesar hati dapat melunaskan permintaan mereka, atas bantuan kertas itu,” ceritanya disusuli tawa kecil.

Ditanya mengenai perubahan diri selepas menyandang gelaran Hajah, katanya, sebelum ini ramai tertanya-tanya apabila dia membuka hijab semula selepas genap 40 hari pulang dari sana.

Tidak sesekali mahu mempersendakan agama, ia disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sejak awal, namun jauh di sanubarinya dia tetap ingin menutup aurat dan berhijab penuh.

“Doakan saya mendapat hidayah-Nya. Saya melihat semua ini sebagai peralihan secara berperingkat. Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi.
"Bagi yang memberi komen sama ada positif atau negatif, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Siapa yang tidak ingin berubah menjadi insan yang lebih baik?” katanya yang anggun mengenakan gaun biru Cosry.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger