.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , » Pelakon Datin Paduka Umie Aida Mahu Segera Timang Anak

Pelakon Datin Paduka Umie Aida Mahu Segera Timang Anak

Di gosipkan oleh Unknown on Friday 15 March 2013 | 21:28

Meskipun usia perkahwinan aktres, Datin Paduka Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan sudah masuk tiga tahun, namun sehingga kini pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangganya.

Pun, begitu, sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3 pada 14 Mac lalu (semalam), Datin Paduka Umie Aida berharap agar dia dan suami akan segera dapat menimang cahaya mata daripada zuriatnya sendiri.

"Alhamdulilah, rasa sekejap sahaja masa berlalu, tidak sangka usia perkahwinan kami sudah masuk 3 tahun. Setelah melalui kehidupan rumah tangga, saya rasa seperti baru 3 hari sahaja kami bersama.
"Tiada apa yang hendak saya harapkan supaya hubungan kami ini akan kekal bahagia hingga akhirnya. Cuma sekarang, saya masih berdoa supaya Allah memberi kami rezeki anak untuk rumahtangga kami, itu pun jika diizinkan," katanya kepada murai.com.my selepas Majlis Tayangan Khas Media Filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cathay Cineleisure e@Curve, Damansara, malam semalam.
umie aida dan suami
Umie Aida dan suami mahu timbanga anak secepat mungkin
 Umie Aida dan suaminya selamat diijabkabulkan di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac 2010.

Umie Aida memberitahu, selama ini dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencuba dengan berjumpa doktor untuk meminta nasihat perubatan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

"Saya sentiasa mengharap dan mencuba supaya suatu hari nanti kami akan dikurniakan cahaya mata. Setakat ini, saya tiada pun mengikuti perubatan traditional, tetapi banyak merujuk kepada perubatan doktor moden.
"Saya juga mengambil vitamin dan ubat hormon yang diberikan dan dinasihatkan doctor. Doktor ada juga nasihatkan saya supaya banyak berehat agar mudah untuk menimang cahaya mata.
"Tetapi saya bukan seorang yang suka berehat panjang kerana saya jenis yang tidak suka duduk diam. Biasanya jika saya tiada menjalani penggambaran, saya akan aktif dengan sukan.
"Saya aktif dengan kelab sukan saya yang bernama Sutera, yang mana ianya turut disertai oleh selebriti-selebriti tanah air. Kami aktif bermain sukan badminton," jelasnya lagi.
Umie Aida yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ummi terbitan Filemscape Sdn Bhd itu bakal muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil arahan Kabir Bhatia di pawagam seluruh Malaysia, mulai 28 Mac ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger