Yusof berkata, sebagai seorang ayah, dia sedar bahawa peredaran zaman telah mengubah cara anak-anak muda zaman kini berfikir dan mungkin tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik mahupun menegur mereka.
"Konflik yang berlaku antara saya dan Syamsul baru-baru ini telah menyedarkan saya bahawa zaman telah berubah. Budak-budak remaja berfikir lebih matang berbanding zaman dahulu dan saya kena faham tentang perkara itu.
"Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang ini. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat kami," katanya.Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu.
Yusof Haslam |
Syamsul Yusof |
Bagaimanapun, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan.
Tambah Yusof, dia juga berharap agar segala masalah antaranya dengan Syamsul dapat dibincangkan dengan baik tanpa memendam perasaan.
"Baik seorang anak atau ayah, jangan pendam perasaan kerana ia akan timbul macam-macam andaian.
"Apabila berbincang, konflik yang besar dengan mudahnya dapat diselesaikan," ujarnya.Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai seorang anak, mereka kena faham bahawa dalam hidup perlu ada disiplin selain hormat.
0 comments:
Post a Comment