Mujur beberapa minggu lalu, Qi Razali sudah menjelaskan keadaan sebenar hubungan yang terjalin antara dia dan seorang pelakon yang semakin meningkat naik, Nelydia Senrose.
Bagaimanapun kisah ini sebenarnya memberi kesan kepada Nelydia sendiri apabila dituduh sebagai penyebab Qi dan kekasihnya sebelum ini berpisah.
Menyangkal dakwaan tersebut Nelydia memberitahu, hubungannya dengan Qi hanya kembali rapat sejak dua bulan yang lalu. Ikuti temu bual Hits dengan Nely.
Nelydia Senrose |
Sama seperti Qi saya juga selesa berkawan dengannya, sebenarnya kami sudah lama kenal, cuma dua bulan kebelakangan ini hubungan itu lebih rapat.
Namun disebalik kemesraan mereka berdua ni, ramai yang menuduh bahawa Nelydia adalah punca perpisahan Qi dan Yuna. Namun, Nelydia menolak dakwaan tersebut:
Saya bukan perampas dan punca perpisahan Qi dengan Yuna. Malah sewaktu mereka bersama, saya dan Qi langsung tidak pernah berhubung. Hanya dua bulan kebelakangan ini baru kami rapat semula.
Selain itu, Nelydia mengakui hubungan mereka tidak terlalu serius sehingga Qi sanggup berkongsi sebarang kisah yang saya anggap peribadi.
Komen Nelydia tentang Qi:
Dia seorang yang bijak dan matang. Malah boleh dikatakan Qi banyak membantu saya di dalam pelajaran saya kini.Nelydia juga mengakui bahawa dia suka kepada lelaki yang lebih matang:
Saya tidak fikir itu sesuatu yang pelik, memandangkan saya memang suka lelaki yang jauh lebih matang dari saya.
0 comments:
Post a Comment