.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Chacha Maembong Dilarang Seksi - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Sunday, 24 February 2013 | 22:55


Pelakon  yang dikenali menerusi drama 'Mimpi Cinderella' dan 'Setia Hujung Nyawa', Siti Aisyah Maembong atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong, 17, mengakui penglibatannya dalam dunia lakonan adalah bersyarat. Dia tidak boleh berpakaian seksi dan syarat ini ditetapkan oleh ayahnya sendiri.

“Ayah kata Chacha boleh berlakon dengan syarat Chacha tidak boleh memakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata. Biarlah pakaian tersebut sesuai dengan usia Chacha. Selain itu, sekiranya Chacha mahu bergambar dengan pelakon lelaki, Chacha juga tidak dibenarkan terlalu rapat atau beraksi ‘daring’. Chacha sangat menghormati keputusan ayah dan mengikuti apa sahaja kehendaknya kerana Chacha tahu ayah seorang yang tegas tetapi baik hati dan sangat menyayangi anak-anaknya,”ujar Chacha yang ditemui baru-baru ini.
Mengimbas pembabitannya dalam dunia glamor, Chacha memberitahu dia bermula dengan dunia peragaan iaitu ketika masih kecil.  Apabila melangkah ke dunia remaja, dia  mengambil keputusan untuk aktif dalam dunia lakonan yang begitu diminatinya.

“Chacha memang sangat meminati dunia seni ini lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi Chacha minat berlakon tetapi Chacha lebih aktif dalam bidang peragaan dan sekarang ini Chacha mahu fokus kepada lakonan,” ujar Chacha.

Menginjak ke usia 17 tahun, Chacha sepatutnya akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini. Namun, adik kepada Emma Maembong ini punya perancangan lain. Chacha memberitahu dia akan terus fokus pada bidang lakonan. Manakala bidang pelajaran dilupakan seketika.

chacha maembong,
Cha Cha Maembong

“Tahun ini Chacha akan fokus untuk karier dan apabila sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM Chacha akan kembali belajar seperti biasa,” ujar Chacha ringkas.
Sementara itu, Chacha juga sempat berkongsi tentang watak-watak idamannya. Jelas Chacha, dia ingin melakonkan watak-watak aksi dan  berharap agar suatu hari nanti dia diberi peluang untuk melakonkan watak-watak tersebut.

“Kalau boleh Chacha hendak sangat melakonkan watak-watak aksi yang memerlukan kekuatan fizikal.  Bagi Chacha, watak-watak sebegitu sangat sukar untuk dibawa dan memerlukan komitmen 100 peratus,” ujar Chacha lagi.
Bagaimana pula dengan kehidupan peribadinya? Adakah Chacha sudah mempunyai teman istimewa? Maklumlah, apabila nama sedang meningkat naik, pasti ada yang ingin menghampiri. Tak gitu?

“Chacha masih tidak mempunyai kekasih dan memang tidak pernah terfikir untuk bercinta ketika ini. Chacha mahu mencapai cita-cita Chacha sebagai pelakon terlebih dahulu. Lagipun, Chacha masih terlalu muda dan mentah untuk memikirkan soal percintaan. Biarlah kerjaya Chacha kukuh dahulu,” ujar Chacha berterus-terang.
Bagus la Chacha kalau  macam tu. Awak tu masih muda lagi so, masa depan masih panjang. Jangan mempersiakan bakat yang awak ada sekarang ni.Apa-apa pun OGA doakan semoga awak success dalam bidang yang diceburi.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger