.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , » Aeril Zafrel Sah Berlakon Filem Hollywood

Aeril Zafrel Sah Berlakon Filem Hollywood

Di gosipkan oleh Unknown on Friday 15 March 2013 | 21:33

Aktor Aeril Zafrel hari ini mengesahkan pembabitannya sebagai pelakon dalam sebuah filem Hollywood. Lebih menarik lagi, aktor berusia 26 tahun ini dikhabarkan akan bergandingan dengan pelakon handalan Christina Ricci dan Sharon Stone.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari berkata, pembikinan filem itu sedang diadakan di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.

Menceritakan pengalaman bagaimana dia terpilih, Aeril berkata seorang kenalannya di London meminta dia menghantar profil kerjayanya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi aktor itu kerana mendapati dia menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

"Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser," katanya.
aeril zafrel
Aeril Zafrel sah berlakon filem hollywood
 Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan.

Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

"Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi.
Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

"Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger