Menurut laporan Utusan Malaysia pada Rabu, Abd. Radzak, 64, berkata, beliau hadir ke mahkamah pada Selasa sebagai wakil kepada anaknya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan sepatutnya isteri kepada anaknya itu turut menghantar wakil, namun gagal berbuat demikian.
Menurutnya, berikutan perkara tersebut, mahkamah menetapkan 3 April ini untuk Rita, 37, menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.
"Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul.
"Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah di sini, Selasa.
Pelakon Rita Rudaini |
"Sebenarnya, jika tidak dapat hadir sekali pun, pihak Rita boleh menghantar nama wakilnya itu kepada saya atau mahkamah, bagi membolehkan proses ini diteruskan.
"Apa yang berlaku sekarang satu lagi tarikh terpaksa ditetapkan ekoran kegagalan pihak defendan menamakan wakil mereka, dan sekiranya beliau masih gagal lagi saya akan mohon kepada mahkamah supaya perbicaraan terus dijalankan tanpa perlu menunggu keputusan jawatankuasa pendamai," jelasnya.Mahkamah pada 25 Februari lalu mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah oleh Rita.
Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.
Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Mereka tidak tinggal bersama selepas pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara pada tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment