.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Pierre Andre bertunang dengan gadis dari Johor - Gosip Terkini Artis

Di gosipkan oleh Normizan Nordin on Sunday, 10 February 2013 | 16:12

Kesempatan ini OGA(Oh Gosip Artis) mengucapkan tahniah kepada pengarah dan pelakon, Pierre Andre selamat bertunang dengan seorang gadis dari Johor, semalam.Akhir tahun lalu, Pierre telah dikhabarkan akan bertunang bulan ini. Pierre mengikat tali pertunangan dengan Nurhidayah yang bukan dalam kalangan orang seni. Metrowealth International Group (MIG) milik penerbit terkenal, Mejar (K) David Teo, telah berkongsi gambar sekitar pertunangan anak dramatis terkenal, Khatijah Tan itu di laman sosial Facebook.
“Tahniah buat Pierre Andre telah melangsungkan pertunangan pada hari ini (semalam). Nurhidayah dari Johor berjaya mencuri hati Pierre. Semoga bahagia,” tulis Facebook MIG Online itu.
Sebelum ini, ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad dalam Anugerah Skrin lalu, Pierre telah memberi ucapan yang disifatkan sebagai ucapan terbaik yang pernah keluar dari mulut seorang anak seni.

pertunangan piere andre
Pertunangan Piere Andre dengan gadis  johor
gambar tunang piere andre
Gambar tunang Piere Andre dengan Khadijah Tan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger