.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , » Pengarah Mengaku Kirim Mesej Berunsur Seks Kepada Pelakon Baru

Pengarah Mengaku Kirim Mesej Berunsur Seks Kepada Pelakon Baru

Di gosipkan oleh Unknown on Tuesday 19 March 2013 | 17:48

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, seorang pengarah drama yang dikenali sebagai Rashid Ahmad, 38 atau Rashid San mengaku telah menghantar sebuah mesej berbaur seks kepada pelakon baru yang dikenali sebagi Carmen Chew Richy, 22 pada Januari lalu atas tujuan untuk menyedarkan pelakon wanita tersebut yang dikatakan tidak membayar sewa rumah di Setapak.

Namun begitu, pengarah tersebut telah meminta maaf secara terbuka kepada Carmen Chew di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), semalam.

 Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya –    ujar Carmen Chew menerusi laporan Harian Metro.
Untuk makluman, sebelum ini Carmen Chew pernah mendakwa pengarah drama tersebut atas tindakan mengirimkan mesej berbaur seks kepadanya dan selain itu, dirinya turut dikatakan dipukul, ditampar dan tidak dibayar gaji oleh pengarah tersebut.

Menurut laporan yang sama, punca Rashid berbuat demikian kerana Carmen dikatakan enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik biarpun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit.
charmen chew
Charmen Chew

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger