Khairul Fahmi Cucuk Muka?

Wednesday, 27 March 2013

 Menerusi akhbar Pancaindera keluaran semalam, penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex telah dituduh mencucuk muka supaya nampak lebih berseri agar bersesuaian dengan isterinya, Leuniey Natasha yang pakar dalam bidang kecantikan.

Bagaimanapun, Apex yang terlibat dengan program Jom Ceria sempena kempen IM4U pagi semalam di Putrajaya bersama Perdana Menteri Malaysia hanya mampu tersenyum lebar mendengar gosip berkenaan.

"Sebagai atlet saya bukan saja perlu menjaga kesihatan. Malah, saya juga perlu menjaga penampilan memandangkan saya juga adalah duta untuk beberapa produk.
"Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh wujud. Namun, saya anggap ia sama seperti gosip yang telah dilemparkan terhadap saya seperti sebelum saya berkahwin lagi. Saya tidak marah tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pula ke arah untuk cucuk muka.
"Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung," katanya kepada murai.com.my.
Khairul Fahmi
Khairul Fahmi cucuk muka?

Menjelaskan mengenai dirinya yang kelihatan lebih menjaga ketrampilan selepas berkahwin, Apex memberitahu dia tidak pernah berubah dan masih menjalani kehidupan seperti biasa.

"Hidup saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah saya sudah berkahwin. Kalau nak kata saya ubah penampilan kerana Leuniey, saya rasa dari dulu lagi saya sudah berpakaian seperti ini.
"Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
"Bercakap mengenai wajah saya, saya rasa selesa sekarang ini dengan menjadi duta produk Brand's. Saya rasa ia adalah kesan daripada penggunaan produk Brand's," jelasnya.

'Isteri saya masih belum mengandung lagi' - Apek

Wednesday, 20 March 2013

Selepas isteri Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha diusik pereka fesyen Ezuwan Ismail di laman twitternya, ramai menyangka bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan yang senang disapa panggilan Apex menegaskan bahawa isterinya itu masih belum mengandung lagi.

"Isteri saya masih belum mengandung lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakannya. Insya-Allah, saya akan berkongsi berita gembira ini nanti. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki lagi.
"Apapun, terus-terang, kami memang menginginkan anak cepat. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang mendoakannnya," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan lanjut mengenai berita ini, Apex tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggapan bahawa Leuniey sedang hamil ketika ini.

Apek dan Leuniey natasha
Apek dan Leuniey Natasha
Sebaliknya, Apex menganggap ini sebagai satu doa yang dari peminat yang tidak henti-henti menyokong kariernya.

"Seperti yang semua sudah sedia maklum, sangkaan ini timbul selepas isteri saya diusik Ezuwan Ismail. Saya tahu, semua orang menantikan berita gembira ini. Begitu juga saya dan Leuniey serta keluarga.
"Apapun, saya akan umumkannya kepada semua jika benar isteri saya sudah mengandung," jelasnya.
Difahamkan, Apex yang dilantik sebagai duta IM4U bakal menyertai kempen IM4U yang bakal diadakan di Putrajaya Ahad ini mulai jam 7 pagi. Oleh itu, Apex menyarankan peminatnya untuk turut serta program yang turut disertai Perdana Menteri Malaysia.

Gosip Artis Terkini - Leuniey Natasha hamil??

Friday, 15 March 2013


OGA dapat maklumat dari sebuah potal hiburaan Rotikaya mengatakan bahawa kemungkinan sekarang ni Leuniey Natasha sedang berbadan dua. Betul ke? Kalau lah betul tahniah la OGA ucapkan kat Apek dan Leuniey. Mesti anak korang ni lawa n kacak. Tak sabarnya OGA nak tengok!

Walaupun,kita tahu  perkahwinan Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang baru sahaja menginjak ke usia tiga bulan pastinya lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih. Ini merupaka kata-kata yang diberikan oleh Rotikaya:

Dari pengamatan team kami sendiri, adalah benar Leuniey kini sedang hamil namun seperti cuba mengelak dan masih tidak mahu menghebahkan berita tersebut setelah empunya badan menafikannya.
Berita gembira ini kami sendiri terjumpa di Instagram milik pereka fesyen terkenal Ezuan Ismail yang ketika itu sedang makan bersama Leuniey.
Walauapapun yang berlaku tahniah diucapkan kepada mereka berdua :)
Leuniey mengandung
Apek dan Leuniey bakal timbang anak?




Apek dan Leuniey merancang buka bisnes kecantikan - Gosip Selebriti Terkini

Sunday, 10 February 2013


Dah lama OGA  tak dengar cerita Apek dan Leuniey ni. Dengar khabar mereka berdua nak buka bisnes kecantikan. Betul ke? kalau betul, tahniah la buat mereka. Rezeki kahwin dikatakan.

Penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar yang baru melangkah ke alam perkahwinan akhir Disember lalu merancang untuk mengusahakan bisnes penjagaan kulit dan kecantikan.

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, 21, yang merupakan model dan pengusaha butik berkata, dia dan suaminya yang juga dikenali sebagai Apek, 23, merancang untuk menjalankan perniagaan dalam bidang tersebut kerana mereka berkongsi minat yang sama.

Apek dan Leuniey
Apek dan Leuniey
“Saya suka cantik dan perkara kecantikan, Apek juga serupa dan dia sangat mementingkan penampilan dari kaki sampai ke rambut. Jadi, kami merancang untuk buat bisnes bersama dalam bidang ini untuk bekalan masa tua kelak.
“Setakat ini ia cuma perancangan dan kami masih berbincang dengan keluarga. Kalau jadi, kami harap ia dapat direalisasikan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ditanya sama ada bisnes tersebut melibatkan pengeluaran produk atau perkhidmatan kecantikan, Leuniey berkata, ia masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat mereka untuk berbulan madu, Leuniey berkata, buat masa ini mereka perlu ‘melupakan sementara’ rancangan tersebut kerana kedua-dua mereka masih sibuk dengan karier masing-masing.
“Rancangan itu ada tapi perlu diketepikan sementara kerana belum berpeluang lagi. Saya juga mahu Apek fokus dalam kerjayanya dulu. Kalau ada cuti pun dalam dua tiga hari sahaja, ia sebaiknya digunakan untuk rehat dan fokus tentang perlawanan seterusnya.
“Lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, saya rasa bahagia dan merasakan hidup kini lebih lengkap tetapi saya merasakan kami masih dalam fasa ‘percintaan’ kerana tidak mempunyai banyak masa bercinta sebelum kahwin dahulu,” katanya.
Leuniey juga memberitahu, buat masa ini, belum ada lagi tanda-tanda mereka akan menimang cahaya mata.
“Belum ada rezeki lagi tapi kami berdua memang suka akan kanak-kanak,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger