Setelah 10 tahun menduda, Acong atau nama sebenarnya
Ahmad Fauzi Manan akhirnya bergelar suami semula kerana beliau telahpun
selamat melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu (15 Disember 2012) di
Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Seperti yang dilaporkan mStar Online,
isteri Acong itu adalah peminat’nya yang dikenali pada 14 tahun lalu.
Namanya Siti Zuraida Zahari (Marya) dan kini berusia 31 tahun. Merupakan
seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia enam
tahun.
Semoga kekal ke anak cucu. |
Menurut Acong, hatinya terbuka untuk berumah tangga
setelah 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki
keluarga sendiri. Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira
dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan
sikap memahami di antara satu sama lain.
“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.“Sejak mengenali Marya, saya berasa selesa dengannya kerana kami berkongsi banyak persamaan dan dia memahami serta menyokong kerjaya saya,”
P/S: Acong dan Marya akan mengadakan majlis resepsi kedua di
sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit
Damansara. Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan
media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam. Oh-Gosip Artis berharap mereka berbahagia hingga ke anak cucu.
0 comments:
Post a Comment