.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , » Julia Perez mohon maaf - Gosip Artis Indonesia

Julia Perez mohon maaf - Gosip Artis Indonesia

Di gosipkan oleh Unknown on Saturday 22 December 2012 | 11:28

Julia Perez dengan isu hangatnya terkini
Aktres dari seberang, Julia Perez, akhirnya tampil memohon maaf menerusi syarikat produksi Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK).

Permohonan maaf itu dibuat Julia atau Jupe menerusi emel kepada Ketua Perniagaan dan Pemasaran NSK, Sofiyant Rahman.

"Komen saya sebenarnya telah disalah ertikan. Bagaimana pun, saya meminta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industri yang dihormati dan peminat kesayangan saya.

"Saya berterima kasih kepada industri filem Malaysia kerana sudi memberi peluang kepada saya melibatkan diri dan memberi kepercayaan kepada saya dan saya hargainya
dengan penuh hormat.

"Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat di Malaysia yang menyayangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa diterima dan disayangi peminat di Indonesia.

"Peluang bekerjasama di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus diberi peluang untuk berkembang, itu adalah satu keinginan saya secara peribadi," ujarnya.

Jupe sebelum ini secara lantang telah mengkritik drama Malaysia dan turut mengeluarkan kenyataan bahawa drama Indonesia, jauh lebih baik. Kenyataan berani itu telah menarik perhatian ramai, termasuk Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, sehingga menimbulkan perang di laman sosial Twitter.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger