.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , » Akma Kini Cikgu Sekolah Sepenuh Masa - Gosip Artis Terkini

Akma Kini Cikgu Sekolah Sepenuh Masa - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Saturday, 9 February 2013 | 23:47


Rasanya dah lama OGA(Oh Gosip Artis) tidak mendengar cerita seorang artis ni. Dengar cerita Bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Asiahtunakma Abdullah atau Akma yang berkahwin pada 30 Jun 2012 bersama Farih Hamshi kini telah disahkan mengandung empat bulan.

Tahniah buat akma! semoga menjaga diri dan juga kandungan itu sebaik mungkin.

Lebih menarik lagi, Akma yang sering mengidam makan buah mangga muda pada setiap hari juga telah rasmi menjadi guru sekolah sepenuh masa sejak Oktober 2012.
"Alhamdulillah, saya sudah mengandung empat bulan. Insya-Allah, saya dijadualkan melahirkan anak sulung pada 31 Julai 2013. Saya telah disahkan mengandung pada November tahun lalu.
"Saya menyedari saya mengandung selepas saya berasa tidak sedap badan dan sering saja muntah-muntah. Pada mulanya saya tidak mahu membuat pemeriksaan doktor kerana tidak mahu terlalu mengharap.
"Namun, selepas mendapat nasihat suami, saya memberanikan diri dan membuat peperiksaan secara sendiri dengan menggunakan alat pengesan kehamilan. Syukur, keputusannya positif dan saya terus pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan," katanya kepada murai.com.my.
Akma AF3
Akma AF3 kini menjadi cikgu sepenuh masa
 Sungguhpun tidak mengalami sebarang alahan yang teruk, Akma memberitahu, pada peringkat awal kehamilan, dia dan suaminya telah diserang penyakit demam selama seminggu.
"Saya tak mengidam teruk pun. Cuma disebabkan tekak saya selalu rasa pahit, setiap hari saya mesti nak makan buah mangga muda. Kalau tidak, saya tidak akan berselera untuk makan.
"Sejujurnya, selepas dapat tahu saya mengandung, senyuman tidak pernah lekang dari wajah saya. Begitu juga suami. Pada peringkat awal, saya terpaksa duduk di rumah ibu saya di Klang Lama tetapi sekarang saya dah sihat sepenuhnya dan sudah boleh tinggal di rumah sendiri bersama suami.
"Saya pun bersyukur, sekarang ini suami pun sudah jarang kena pergi out station untuk bekerja. Kalau diberikan pilihan, saya mahukan anak lelaki sulung untuk menjaga adik-adiknya nanti. Namun, kami tidak kisah. Perempuan pun boleh. Yang penting anak kami sihat," jelasnya.
Menjelaskan mengenai kariernya dalam bidang seni, Akma terpaksa meninggalkan seketika bidang nyanyian demi menjaga kesihatannya.
"Bila sudah mengandung ni, Akma terpaksa berhenti menyanyi sekejap. Lagi pun, sekarang ini Akma sudah jadi cikgu sepenuh masa di Sekolah Beachon House, Sri Inai, Petaling Jaya.
"Akma mengajar pendidikan Moral & Muzik. Tidak semua anak murid Akma kenal yang Akma ini adalah seorang penyanyi kerana kebanyakan pelajar di sana rata-ratanya berbangsa Cina. Akma mengajar setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad. Waktu kerja Akma dari jam 8 pagi hingga 4 petang," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger