OGA dah lama tak dengar cerita Elly Mazlein. Dengar khabar dia dah putus tunang, betul ke? Kita tunggu jer lah jawapan daripada tuan badan sendiri.
Elly Mazlein tunggu masa sesuai untuk jawab spekulasi hubungan dengan pengarah, Azmi Md Hatta putus di tengah jalan
Biar ramai berteka-teki mengenai status pertunangannya, Elly Mazlein hanya membuka mulut andai tiba waktu sesuai apatah lagi membabitkan khabar kurang enak.
Elly Mazlein |
Bagi pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, sejak mempertaruhkan bakat dalam industri hiburan 15 tahun lalu, seboleh-bolehnya cerita sedih cuba ditutup untuk diri sendiri.
“Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.
“Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan,” katanya penuh tertib saat ‘dijolok’ soal ikatan pertunangannya dengan pengarah, Azmi Md Hatta pada Mei 2011.Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu. Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.
Tak kisah anggapan orang
Tidakkah bimbang dengan tanggapan insan sekeliling? Kali ini, dia tertawa kecil sambil menuturkan sebaris ayat penuh bermakna.
“Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan,” ulasnya ringkas.
0 comments:
Post a Comment