.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Fizz Fairuz Enggan Ulas Kontroversi - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Sunday, 24 February 2013 | 14:18


Pelakon Fizz Fairuz mengambil pendekatan mahu menutup mulut daripada mengulas mengenai kesnya meminang isteri orang kerana enggan isu itu menjadi bertambah rumit.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, dia sekarang mahu melupakan terus peristiwa hitam itu untuk memberi fokus kepada bidang seni.

"Saya mahu tutup buku. Saya tak mahu lagi bagi apa-apa kenyataan. Bukan sifat saya untuk memburuk-burukan orang," katanya seperti dilaporkan Melodi siaran TV3 pada Ahad.
Pada 10 Februari lalu Fizz dilaporkan telah meminang seorang wanita bernama Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, dalam satu majlis rahsia di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun empat hari kemudian Fizz yang sebelum ini kekasih kepada pelakon Almy Nadia terpaksa memutuskan pertunangan itu selepas mendapat tahu wanita berkenaan adalah isteri orang.

fizz fairuz
Fizz Fairuz
Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Ramli mendedahkan dia telah bernikah dengan Azlyn Maissiela di Selatan Thailand sebagai isteri kedua tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.

Dalam pada itu Fizz mengaku apa yang terjadi ini adalah kesalahannya dan tidak berhasrat untuk mengingatinya lagi.

"Apa yang saya fikirkan sekarang saya nak jaga hati mak saya. Itu saja. Yang lain-lain saya tak mahu komen. Cukuplah.
"Saya juga tidak melarikan diri (dari media) cuma saya tak mahu ada pihak melaga-lagakan saya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger