Terlebih dahulu OGA ingin ucapkan takziah buat seluruh keluarga pelakon Catriona Ross atas kehilangan ibu tercinta. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin. Seperti yang diketahui, pada jam 1 pagi tadi, ibu kepada pelakon Catriona Ross bernama Siti Zawiah Abd Rahman, 63, telah disahkan telah meninggal dunia selepas mengalami kemalangan jalan raya.
Berita ini disahkan Catriona yang baru saja tiba di kampung halamannya,Kota Bharu,Kelantan, petang tadi untuk menguruskan pengebumian jenazah.
Catriona berkata, ibunya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Grik sewaktu dalam perjalan menuju ke Kedah dari Kota Bharu, Kelantan.
Catriona Ross |
"Ibu saya hanya penumpang saja. Dia bersama rakan-rakannya menuju ke Kedah atas urusan perniagaan. 3 penumpang kereta itu meninggal dunia termasuk ibu dan pemandunya cedera parah.
"Ibu saya seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Sewaktu menerima berita ini, saya berada di Kuala Lumpur. Insya-Allah, petang ini jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, " katanya kepada wartawan sebuah akhbar dalam nada sedih.Meneruskan penjelasan, anak sulung daripada tiga orang adik- beradik ini memberitahu ayahnya sekarang tidak berada di kampung sebaliknya dalam perjalanan pulang dari Rusia atas urusan kerja.
"Ayah saya iaitu Baharin Ross Abdullah, 61, dalam perjalanan pulang dari Rusia. Saya sudah dapat menghubunginya. Ayah pun selalu hubungi saya untuk mengetahui perkembangan lanjut.
"Ayah memang tidak sempat untuk kebumikan jenazah tapi kami sekeluarga selalu beritahu apa yang berlaku. Arwah ibu memang seorang yang sihat tapi mungkin dah tiba masa untuk Allah mengambilnya. Kami redha dan doakan agar rohnya berada di kalangan orang beriman," katanya.Dalam pada itu, Catriona memberitahu kali terakhir dia berjumpa arwah ibunya semasa ibunya itu hadir ke Kuala Lumpur melawat dia sekeluarga.
"Ibu tidak ada meninggalkan sebarang tanda dia mahu pergi buat selamanya. Namun, sebelum ini dia pernah berpesan kepada saya agar menghantar anak sulung saya ke kelas agama.
"Ibu mahu anak-anak saya pandai baca Quran supaya apabila saya dan suami meninggal kelak, anak boleh membacakan talkin. Walaupun pada mulanya saya menganggap ia sebagai pesanan biasa, tapi kini saya ambilnya sebagai amanah dari ibu untuk saya cepat-cepat jalankan sungguhpun anak saya belum berusia tiga tahun," jelasnya.
0 comments:
Post a Comment