.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Tuduhan Ini Mencalar Reputasi Baik Saya – Rita Rudaini

Thursday, 21 March 2013

Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan semalam yang menyatakan dia kecewa kerana menantunya, Rita Rudaini gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah Seremban, Selasa lalu, hari ini Rita telah tampil untuk menjelaskan segala-galanya.

Menurut Rita, dia tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak mengetahui bahawa kes perbicaraan mereka sudah ditunda ke tarikh lain dan bertegas pihaknya bakal menghantar wakil untuk kes pendamaian tersebut.

 Jangan hendak burukkan nama saya sebab selama ini saya tidak pernah tidak hadir mana-mana perbicaraan, tuduhan ini mencalar reputasi baik saya.
 Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013 – ujar Rita melalui akhbar Kosmo hari ini.
Dalam laporan yang sama, Rita turut menyatakan yang dia tidak harus dipersalahkan dalam hal ini kerana peguamnya telah menghantar surat kepada peguam suaminya dan mahkamah terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Jimmy Shanley Jumpa Perdana Menteri

Pengacara dan pelakon Jimmy Shanley berpeluang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berkongsi kisah peribadi yang selama ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, peluang itu diperolehnya apabila diberi kepercayaan oleh pengendali saluran radio UFM bersama deejay Tyzo bagi menjayakan segmen ‘Bersama Perdana Menteri’.

“Dalam pertemuan itu Perdana Menteri benar-benar terbuka untuk menceritakan kisah-kisah peribadinya yang selama ini orang tidak tahu.
"Saya juga benar-benar kagum selepas mendengar penjelasan bagaimana beliau bekerja,” kata Jiimmy ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Jimmy (kiri) ketika menemubual Najib untuk siaran radio UFM.
Jimmy (kiri) ketika menemubual Najib untuk siaran radio UFM.
Menurut Jimmy yang juga deejay stesen itu, temu bual santai tersebut akan disiarkan menerusi UFM pada Jumaat (esok) bermula pukul 7 pagi.

Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Kelang menerusi frekuensi 101.3 FM.

Jimmy berkata, antara topik menarik yang dibualkan mereka untuk rakaman itu ialah gaji bulanan yang diperoleh Najib serta bagaimana beliau membelanjakan wangnya.

Turut diselitkan bagaimana beliau menguruskan diri di rumah dan soal berpakaian.

Jimmy menambah, pertemuannya dengan Perdana Menteri secara peribadi itu akan terpahat dalam hidupnya sampai bila-bila kerana bukan mudah untuk bertemu dengan pemimpin negara yang mempunyai jadual padat.

Apa yang lebih penting ujar Jimmy, dia melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja berkarisma tetapi tokoh politik yang harus diberi peluang untuk terus mentadbir negara.

Kontroversi Video, Akhirnya Nabil Beri Penjelasan

Tuesday, 19 March 2013

Susulan daripada kontroversi video Salih Yaacob bersama pelawak terkenal, Nabil yang dimuat naik menerusi laman YouTube pada 25 Februari lalu mendapat kritikan hebat daripada segelintir penonton, akhirnya Nabil tampil untuk menjelaskan segala kontroversi tersebut menerusi sebuah majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Menurut Nabil, dia tidak takut dengan segala tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya dan menyifatkan segala perkara yang diperkatakan menerusi video tersebut adalah satu kebenaran yang perlu diketahui oleh masyarakat di Malaysia.

Oleh kerana terlalu lantang bersuara, Nabil sekali lagi dikritik oleh segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak ini, sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai individu yang berfikiran seperti lembu dan menuduh Nabil sebagai macai parti polotik yang disokong.
pelawak terkenal nabil
Pelawak terkenal Nabil

Di sini kami sertakan beberapa respon penonton yang mengkritik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Nabil :
Berikut kami tampilkan video penjelasan Nabil, untuk tatapan anda semua :


Fergie Hamil Anak Kembar

Wednesday, 13 March 2013

Ahli kumpulan The Black Eyed Peas, Fergie dan suami, pelakon, Josh Duhamel menerima perkhabaran gembira apabila Fergie telah disahkan mengandung anak kembar.

“Apabila mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka orang paling gembira. Nampaknya, tidak sia-sia penantian mereka.
 “Kerana itu juga, Fergie sanggup mengurangkan aktiviti seninya dan mengamalkan diet yang seimbang.
 “Dia benar-benar menjaga kesihatan dan kandungannya,” ujar sumber yang rapat dengan pasangan ini. 
 Sebelum ini, Fergie dan Duhamel dikatakan kecewa kerana masih belum mempunyai anak walaupun sudah empat tahun berkahwin, namun kini mereka tentunya antara pasangan paling gembira dengan berita ini.
fergie the black eyed peas hamil anak kembar
Fergie dan suami bakal dapat anak kembar

Justin Bieber Diminta Tinggalkan LA Kerana Perangai Buruk

Friday, 8 March 2013

Perilaku Justin Bieber yang semakin pelik sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai sehingga dia diminta untuk meninggalkan segera Los Angeles (LA) oleh rakan-rakannya.

Menurut laporan portal Dailymail.co.uk, rakan-rakan Justin menganggap perilaku Justin, 19, yang semakin liar berpunca daripada persekitaran penyanyi itu di bandar raya terbabit.

"Semua keburukan itu mula kelihatan sejak dia (Justin) berada di LA. Dia banyak menghabiskan masa di sana (LA) sehingga kelakuannya mula berubah.

"Jadi, adalah lebih baik dia keluar sahaja dari tempat itu," kata sumber.
Sumber lain pula mengatakan Justin masih mencari identiti dirinya sendiri dan jika tidak bertegas, berkemungkinan besar dia akan hanyut dengan perkara-perkara negatif.

Sebelum ini, Justin telah pun menunjukkan perilaku tidak senonohnya dengan keluar tanpa memakai baju, menghisap ganja dan melanggar peraturan jalan raya.

Kelewatannya dalam membuat persembahan dalam sebuah konsert turut membuatkan orang ramai bengang dengan sikapnya itu.
Justin Bieber 
justin bieber
Justin Bieber

Penyanyi Hafiz selamat menjalani pembedahan - Gosip Artis

Sunday, 24 February 2013

Ini berita yang OGA dapat tahu, penyanyi popolar, Hafiz telah selamat menjalani penbedahan  ‘minor’ pada jam 12:30 tengah hari, 21 februari hari tu.

Pembedahan terpaksa dilakukan kerana Hafiz mengalami masalah dengan gigi gerahamnya. Pembedahan telah dilakukan di sebuah klinik swasta di Damansara dan Hafiz kini terpaksa berehat  sementara semuanya kembali sembuh.

penyanyi hafiz
Penyanyi Hafiz
OGA ucapkan semoga Hafiz cepat sembuh 

Almy Nadia sindir Fizz Fairuz? - Gosip Artis Terkini

Thursday, 21 February 2013


Dua tiga hari ni kecoh  cerita Fizz Fairuz yang putus tunang dek kerana tunangnya itu adalah isteri orang. Memang dahsyat! Terfikir juga OGA, macamanalah Fizz ni tak tahu yang tunangnya itu adalah isteri orang. Takkan tak ada orang beritahu kot? Ke si Fizz ni dah terkena buatan orang ? Tak naklah OGA tuduh-tuduh kalau tak betul nanti tak pasal-pasal dapat dosa free kan.

 Menerusi sebuah portal hiburan, bekas kekasih Fizz Fairuz  Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”. Amboi, OGA nampak macam Almy nak sindir benda tu kat Fizz jer. Tak gitu? Oppss...Sory la kalau anggapan OGA ni salah. OGA just agak jer la kan.
almy nadia
Almy Nadia
Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.

"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.
"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur," katanya

Penyanyi Jeslina Hashim Bakal Bercerai Esok? - Gosip Panas Artis

Tuesday, 19 February 2013


Nampaknya sudah lama pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim menyepikan diri dalam industri hiburan tempatan.

Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ ini difahamkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi esok bagi mengikuti perbicaraan kes cerainya bersama pasangan, Dion.

Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangn ini iaitu Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan Dion telah bersetuju untuk menjalani proses percerian dan esok merupakan proses perbicaraan pertama buat mereka.
jeslina hashim
Jeslina Hashim
Untuk makluman, Jeslina Hashim atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang berasal dari New Zealand iaitu Dion Rais Vercoe.

Pasangan ini telah bernikah pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan selama 8 tahun pasangan ini telah dikurnikan dua orang cahaya mata.

Kembar YoonA Girl Generation Berada Di Malaysia


Media online dari Korea Selatan kecoh membincangkan mengenai kembar ahli Girl Generation yang ditemui di Malaysia, baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku apabila tersebar sekeping gambar gadis bertudung yang memiliki wajah serupa dengan YoonA yang bukan saja popular sebagai bintang K-Pop tetapi turut diminati sebagai pelakon drama.

Menerusi gambar tersebut, gadis yang tidak tahu namanya itu mengenakan tudung berwarna unggu dan wajahnya persis YoonA.

Dek kerana wajahnya menyerupai YoonA, gadis tersebut mendapat perhatian ramai peminat K-Pop di lama Facebook.
Kembar seiras YoonA
Kembar seiras YoonA
Bila OGA tengok betul-betul memang sama lah mereka berdua ni. Namun, antara komen yang diterima gadis tersebut adalah gadis bertudung ini lebih cantik dari Yuna.

Malah, tidak hairan juga ada fanatik K-Pop yang cemburu dengan gadis tersebut kerana memiliki wajah yang sama.

Tambah kelakar, ada yang menganggap itu adalah YoonA yang mengenakan tudung.

Kamal Adli Belum Layak Dipanggil Pelakon Komedi - Gosip Artis

Aktor Kamal Adli menganggap belum layak untuk dipanggil sebagai pelakon komedi walaupun sering menerima watak berkenaan menerusi drama mahupun filem sejak akhir-akhir ini.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, dia bukan malu jika di cop sedemikian sebaliknya merasakan sudah terlalu ramai pelawak yang lebih berkaliber berbanding dirinya untuk menggalas gelaran itu.

"Saya tidak mahu dikenali hanya kerana sesuatu watak sahaja sebaliknya sebagai pelakon saya mahu mencuba pelbagai korektor supaya lakonan itu dapat berkembang.
"Tambahan pula sudah terlalu banyak pelawak yang sememangnya benar-benar bagus dalam bidang mereka dan sejujurnya saya masih belum layak dilabel dengan gelaran tersebut," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak kisah dengan sesuatu watak diberikan sama ada ia dari genre komedi, drama atau aksi kerana baginya sebagai pelakon itu adalah tanggungjawabnya untuk melunaskan tugas yang diberikan.
Kamal Adli
Kamal Adli
Jelas Kamal, dia bersyukur kerana penerbit dan pengarah banyak memberikannya peluang untuk mencuba pelbagai watak dan tidak terhad kepada sesuatu peranan sahaja.

"Sebelum ini agak terhad peranan yang diberikan namun sekarang ia semakin terbuka dan sebagai pelakon ia dapat melatih saya dalam teknik lakonan," katanya.
Sementara itu, Kamal berkata, selepas bekerjasama dengan Syamsul Yusof menerusi filem Gangster Celop, dia berhasrat untuk berlakon di bawah arahan pengarah muda itu pada masa hadapan.

Menurut Kamal, dia sangat selesa dengan Syamsul dan kagum dengan cara kerja anak kepada Datuk Yusof Haslam itu ketika di set penggambaran.

"Walaupun ketika penggambaran filem itu dia hanya sebagai pelakon tetapi saya selesa bekerja dan teringin untuk bekerja di bawah arahannya pula," katanya.

Fizo Omar tidak berniat untuk menjual kisah cintanya

Pelakon Fizo Omar tidak berniat untuk menjual kisah cintanya dengan Haas Jaafar, 25, kepada umum apabila gambarnya dengan wanita itu tersebar sebaliknya lebih senang bersikap 'low-profile' mengenai perkara tersebut.

Fizo, 28, bagaimanapun berkata, dalam masa yang sama langkahnya tidak menyembunyikan status kerana enggan menipu peminatnya yang bertanyakan perkara berkenaan ketika terserempaknya dengan Haas.

"Saya kalau boleh tidak mahu terlalu terbuka mengenai hubungan ini kerana ia masih lagi di peringkat awal dan takut jika percintaan ini tidak berakhir dengan baik.
"Apabila wartawan nampak saya dengan Haas di sebuah majlis baru-baru ini saya terpaksa berterus-terang kerana saya tidak mahu menipu. Lagipun itu bukan sikap saya (menipu)," jelasnya kepada mStar Online.
Fizo ditemui pada sidang media percutian eksklusifnya bersama Ramli Sarip ke Istanbul, Turki anjuran Arlief Event Management di sini, pada Isnin.

Hubungan Fizo dengan Haas mula mendapat perhatian apabila mereka dilihat muncul dengan wanita tersebut pada majlis resepsi persandingan Liyana Jasmay dengan Fathuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Februari lalu.
fizo dan haas
Fizo dan Haas
Tambah Fizo, dia bersyukur apabila berita mengenai percintaannya itu mendapat reaksi positif banyak pihak terutama peminat setianya.

"Apabila saya fikir balik kalau saya terus berdiam diri tentang hubungan ini ia mungkin mengundang pelbagai perkara negatif kerana peminat hari ini lebih bijak dan kuasa media sosial tidak memungkinkan saya dapat sorok perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia merancang mahu berjumpa dengan keluarga Haas dalam masa terdekat untuk mengenali dengan ibu bapa teman wanitanya itu.

Fizo memberitahu, walaupun telah mengenali ibu Haas, namun perjumpaan ini adalah lebih kepada rasa hormatnya kepada keluarga wanita berkenaan.

"Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bertemu keluarganya untuk berkenalan dengan lebih rapat," jelasnya.
Bagaimanapun, Fizo berkata, perjumpaan itu bukanlah untuk merisik kerana ia masih terlalu awal.

"Kami baru bercinta enam bulan dan masih di peringkat mengenali hati budi namun jika ada jodoh saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun," katanya.

Aidil Zafuan Bakal Lafaz cerai Rita Rudaini 55 Februari ini? Gosip Artis Malaysia Terkini

Monday, 18 February 2013


Pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan di’laporkan ada memfailkan permohonan cerai yang di’jangka bakal menjadi hari yang penting buat beliau & isterinya ketika ini, Rita Rudaini.

Memetik laporan Berita Harian, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

“Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” ujar Rita Rudaini.
Aktress ini mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.


rita rudaini
Rita Rudaini




Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan & Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.
“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah”

Rihanna tidak kisah - Gosip Artis Luar Negara

Sunday, 17 February 2013


Penyanyi Rihanna mengakui dia tidak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling tentang hubungannya bersama penyanyi Chris Brown.

Penyanyi We Found Love itu baru-baru ini mencetuskan kontroversi dengan penyanyi Don't Wake Me Up yang masih dalam pengawasan ekoran memukul dirinya pada tahun 2009 apabila berkata akan mengabaikan orang yang mencela dirinya.

Satu sumber memberitahu laman web hiburan, HollywoodLife, Rihanna tidak kisah dengan tanggapan orang ramai yang mencela dirinya.
penyanyi rihanna
Penyanyi Rihanna
"Ramai yang menghukum dia ekoran bersama Brown tetapi dia berkata, itu semua bukan alasan untuk mencampuri masalah yang dihadapinya,'' kata sumber tersebut.
Penyanyi berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa dia tahu ramai yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk terus bersama Brown.

"Saya memutuskan ia adalah penting kepada saya. Selagi ia membahagiakan saya, saya tidak memerlukan pandangan orang lain.
"Walaupun ini adalah keputusan yang salah dan ia adalah kesilapan saya selepas menderita sekian lama, saya mahu hidup dalam kebenaran, saya boleh melakukannya,'' ujar penyanyi Diamond ini lagi.


Nelydia Senrose kini kembali fokus kepada pelajaran - Gosip Artis Popular

Pelakon muda yang semakin dikenali menerusi watak Ersalina dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose memberitahu kami bahawa dia akan kembali fokus kepada pelajarannya selepas hampir sebulan lebih menghabiskan masa di lokasi penggambaran.


“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan”
“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya”
“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” kata Nelydia Senrose ketika ditemui.
Dia juga turut mengulas bahawa dia tidak akan berhenti dari dunia lakonan, cuma mahu memberi tumpuan terhadap pelajarannya. 

nelydia senrose
Nelydia Senrose
Baguslah macam tu Nelydia. OGA sokong! Apa-apa pun pelajaran adalah sangat penting dalam diri seseorang tu. Nak-nak awak tu masih muda dan perjalanan masih jauh lagi. Jadi jangan sia-siakan benda yang baik untuk masa depan.

bercakap tentang kontroversi yang berlaku terhadap seseorang yang bergelar artis, dan adakah dia sudah bersedia? Ini jawapan Nelydia Senrose:


“Kontroversi memang tidak dapat lari dunia artis, cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengelakkannya dari berlaku. Memang tidak salah sekiranya seseorang artis itu mempunyai kontroversi tetapi biarlah kontroversi itu, merupakan kontroversi ke arah positif dan boleh menaikkan nama dan kariernya, tetapi elakkanlah dari kontroversi yang boleh menjatuhkan maruah, kredibiliti dan memusnahkan kerjaya seseorang artis itu.”

Bapa Linda Onn meninggal dunia - Gosip Artis Terkini


Bapa kepada penyampai radio popular, Linda Onn iaitu Onn Chik, 80, meninggal dunia sewaktu sedang mendapat rawatan serangan jantung di Hospital Ampang, di sini kira-kira pukul 2.30 pagi ini.

Onn dibawa ke hospital pada kira-kira pukul 10 malam semalam selepas mengadu sakit dada.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak serta 13 orang cucu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai, Cheras hari ini.

linda onn
Linda Onn
Takziah OGA(Ohgosip-artis.blogspot.com) ucapkan kepada Linda Onn dan keluarga. Semoga roh arwah bapa Linda ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 



Hajat Kuswadinata Bercuti Di Pulau Kapas Tidak Kesampaian - Gosip Artis Terkini

Sebelum itu, OGA nak ucapkan takziah kepada keluarga Kuswadinata. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita pergi. 

Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia pada petang Sabtu.

Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini malam ini.
Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.
kuswadinata
Gambar arwah Kuswadinata
Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

"Apa yang lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, Allahyarham memberitahu saya 'Saya akan merindui kamu', dan saya tidak menyangka ada maksud di sebalik kata-kata itu," kata Kamariah, ibu kepada empat anak berumur antara 23 dan 27 tahun hasil perkongsian hidup bersama Kuswadinata.
Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Datuk Aziz Singah.

Sementara itu, seorang pelakon yang juga anak saudara Allahyarham, Heryanto Hassan, 42, menyifatkan arwah sebagai mentornya dalam dunia lakonan.

"Allahyarham banyak mengajar saya dalam dunia lakonan, dan antara insan yang membawa saya lebih ke depan dalam industri lakonan," katanya.
Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang turut menziarahi memberitahu Bernama, pihaknya akan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

"Saya sebagai ketua di sini rasa bertanggungjawab untuk membantu memandangkan Allahyarham juga merupakan seorang anggota qariah masjid berhampiran," katanya.
Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan esok.
Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

Farawahida Gelar Farizal Marlias Jejaka Comel! - Gosip Artis Terkini

Saturday, 16 February 2013


Sungguhpun pasukan Harimau Malaya kalah dan tidak dapat memasuki final Piala AFF Suzuki 2012, ianya bukan bermakna peminat sukan bola tempatan akan memutuskan sokongan mereka terhadap pasukan tempatan.

Dek kerana itulah, Murai Batu mendapat tahu, peminat fanatik kepada penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias terus melakukan satu kempen untuk menaikkan semula semangat penjaga gawang berkenaan.

Menerusi status yang tertulis-Jangan Salahkan Farizal...' yang disiarkan dalam laman facebook tidak lama dulu, ramai menyokong bahawa Farizal telah melakukan yang terbaik ketika perlawanan separuh akhir menentang Thailand tempoh hari.
farawahida
Farawahida
Dalam komen tersebut, Farawahida menerusi akaun Facebook Real Farawahida Razali Full telah mengatakan Farizal seorang lelaki comel dan tidak pula dia menyokong status yang ditulis peminat terhadap Farizal.

 Adakah Farawahida salah seorang peminat fanatik Farizal? Atau sebenarnya, Farawahida sememangnya mempunyai perasaan cinta terhadap Farizal yang berusia 25 tahun ini. 

Yang penting, mungkin Farizal akan melalui kisah yang sama dengan Khairul Fahmi Che Mat apabila nama penjaga gol kebangsaan ini menjadi sebutan selepas Piala AFF Suzuki 2010 dan dikaitkan dengan Nora Danish.


Almy Nadia Enggan Ulas Sudah Putus Cinta 2 Tahun Lalu - Gosip Artis


Kenyataan penyanyi, Fazli Zainal yang mendakwa rakannya, Fizz Fairuz sudah pun memutuskan hubungan cintanya dengan pelakon Almy Nadia sejak 2 tahun lalu, telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak terhadap status sebenar hubungan cinta aktor dan aktres tersebut.

Ini kerana, sebelum ini, umum telah menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun sangkaan itu bagaimana pun meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Malah, Almy Nadia dalam kenyataannya dalam artikel murai.com.my sebelum ini berkata, dia sendiri pun tidak mengerti apa sebenarnya niat Fizz berbuat begitu. Bagi mendapatkan kesahihan mengenai status sebenar hubungan cinta mereka seperti yang didakwa oleh Fizz kepada Fazli Zainal itu, portal Murai cuba mendapatkan Almy sendiri.
almy nadia
Almy Nadia
Namun, Almy ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut ": Saya tidak mahu komen,," tegasnya yang tidak mahu mengulas lanjut.

Foto-foto pertunangan Fizz Fairuz sudah tersebar beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah pun bertunang dengan Azlyn Massiela di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013.

Datuk Aznil, Rozita Che Wan Sertai Masterchef Selebriti 2? - Gosip Artis

Nampaknya, aktor Zain Saidin dengan kekasihnya, Rozita Che Wan sudah tidak lagi bersembunyi dan sering saja menjawab segala persoalan mengenai hubungan cinta mereka.

Dalam pada Murai Batu membaca pengakuan Zain terhadap Rozita, Murai Batu terkejut apabila adik kepada Shasha Saidin ini telah mengumumkan kepada pihak MStar Online bahawa dia bakal menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua walaupun belum ada sidang media dibuat mengenai hal tersebut.

Murai Batu bukannya apa, sebenarnya Murai Batu tidak menyangka Zain juga pandai masak orangnya. Terlintas juga di fikiran Murai Batu, adakah ini sebabnya Rozita terima Zain sebagai bakal suaminya? Mungkin jua Rozita suka suami yang suka ke dapur.

aznil dan rozita che wan
Aznil dan Rozita  Che Wan
Namun, Murai Batu juga tertanya-tanya, selain dari Zain, siapa lagi selebriti yang bakal menyertai program masak popular ini. Ada ramai bintang popular ke?

Huh, dalam Murai Batu korek punya korek mencari jawapan mengenai peserta program itu, Murai Batu dapat tahu, pengacara popular yang baru saja dianugerahkan pangkat Datuk iaitu Aznil Hj Nawawi bakal menyertai tersebut . Wow, best tu!

Wah, adakah Aznil bakal menjadi penyeri sepertimana Azwan pada musim yang pertama?

Lagi kelas, Murai Batu dapat tahu, Zain bukan saja keseorangan menyertai program tersebut. Dengarnya, Rozita Che Wan juga akan bersamanya menjadi peserta. Wah, romantisnya...Mungkin mereka boleh sama-sama mencari menu baru untuk wedding mereka nanti.

Apa sekalipun, Murai Batu turut mendapat tahu, isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha turut sama mendapat tawaran menyertai program tersebut. Bagaimanapun, Leuniey telah menolaknya kerana ada komitmen perniagaan yang tidak dapat dielakkan.

Yang penting, ada banyak lagi nama A List yang disebut-sebut bakal menjadi peserta Masterchef Selebriti Musim Kedua.

Tapikan, mesti menarik kalau Johan atau Zizan masuk program ini. Mesti lagi kelas rating program berkenaan. Murai Batu teringin juga nak lihat Awal, Scha Al Yahya, Hafiz Suip, Shuib Sepahtu atau Neelofa masuk program ini. Mesti meletup gitu.

Sumber: Murai.com

Kakak Tidak Campur Hasrat Sharifah Sakinah Berlakon - Gosip Artis


Aktres baharu Sharifah Sakinah mengakui kedua-dua kakaknya iaitu pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) tidak mencampuri keputusannya menceburi bidang seni kira-kira tiga tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, kakak-kakaknya itu bersikap demikian kerana sudah berpengalaman dengan asam garam dunia seni.

Justeru, mereka tidak mahu dia menyesal jika perkara buruk atau kontroversi menimpa apabila bergelar artis.

“Memang pada awalnya mereka (kakak-kakak) tidak galakkan dan tidak pula larang keputusan saya menceburi bidang ini.
“Mereka sudah arif dengan asam garam dunia hiburan dan tidak mahu saya menyesal kalau tidak mampu menempuhi cabaran dalam bidang ini,” katanya.
Bagaimanapun, Sakinah berkata, minat yang mendalam terhadap lakonan menjadi pegangan untuk dia mengikut jejak mereka dalam bidang ini.

“Saya bina kerjaya atas usaha sendiri dengan menghadiri apa sahaja uji bakat lakonan yang ada.
“Walaupun ada dua kakak yang dikenali tetapi saya tidak bergantung harap pada mereka untuk tawaran lakonan,” katanya.
Mengenai kecenderungannya dalam dunia komedi, Sakinah berkata, kebanyakan tawaran lakonan yang diterima sejak awal menjurus pada genre itu.

“Saya suka dilabel pelakon komedi sebab seingat saya tidak ramai pun pelakon generasi baharu yang buat komedi.
“Kebetulan pula dari awal lagi kebanyakan tawaran lakonan untuk saya adalah bagi watak dan drama komedi, jadi saya buat sahajalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, lakonan Sakinah boleh ditonton dalam drama 13 episod berjudul Bunga Merah Punya bermula 21 Februari ini pada setiap Khamis, pukul 8.30 malam di Slot Aurora, TV9.

sharifah sakinah
Sharifah Sakinah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger