.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Kieran Hot FM Mengaku Bercerai - Gosip Selebriti

Di gosipkan oleh Unknown on Thursday, 7 February 2013 | 17:32


Ogos tahun lalu, penyampai radio Hot FM, Kieran, mengakui dia dan isterinya, Yang Azliyang Mohd. Yunus, tinggal berasingan kerana menghadapi krisis rumahtangga. Kini, Kieran mengakui rumahtangga yang dibina telah hancur berkecai kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka. Kini mereka telah sah bercerai. Menurut Kieran:
“Saya telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumahtangga kami. Kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak bulan Mac tahun lepas dan sah bercerai pada 28 Novemberlalu. Saya mengganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” ujar Kieran ketika ditemui di majlis kesyukuran HotFM di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, pada Rabu.
OGA(Oh Gosip Artis) doakan semoga Kieran akan menemui kebahagian selepas ni. Anggaplah bahawa perpisahan yang berlaku ini mempunyai hikmah.

kieran penyampai radio hot fm
Kieran Hot FM
Biarpun kecewa dengan kemusnahan perkahwinannya itu, namun dia pasrah dengan suratan takdir. Jelas Kieran, dia dan bekas isteri masih lagi mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
“Walaupun kami bukan lagi pasangan suami- isteri, namun kami masih lagi berkomunikasi setiap hari. Saya pernah mengalami kisah lampau akibat penceraian dan saya tidak mahu anak-anak turut melalui perkara yang sama,” ujar Kieran.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger