.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Sharnaaz buat hal lagi? Gosip Terkini Artis Malaysia

Di gosipkan oleh Unknown on Thursday 21 February 2013 | 17:10


Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dakwaan kononnya dia enggan bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev timbul kerana masalah komunikasi antara mereka.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, kesilapan itu berlaku kerana dia terlupa untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu kepada Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak yang menguruskan kes berkenaan dengan syarikat produksi White Merpati Entertainment (WME).
sharnaaz ahmad
Sharnaaz Ahmad
“Sebenarnya saya dan Seniman tidak ada apa-apa masalah. Salah saya juga sebab tidak menghubungi Zahrin untuk berkongsi perkembangan kes itu ekoran kesibukan kerja dan krisis Shila (Amzah) sebelum ini.
“Kini, pihaknya sudah faham keadaan sebenar selepas saya hubungi tadi (tengah hari Khamis). Perkara ini timbul apabila pihak Seniman tidak tahu perkembangan kes itu apabila ditanya oleh media sedangkan konflik itu hampir selesai,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.


Dalam laporan sebelum ini, Zahrin turut meluahkan perasaan kesal dengan sikap Sharnaaz yang sukar memberikan kerjasama sedangkan aktor itu beria-ia meminta bantuan Seniman bagi menyelesaikan kes berkenaan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu Sharnaaz berkata, krisis antara dia dan WME sudah hampir selesai selepas mereka mencapai kata sepakat dalam pertemuan baru-baru ini.

“Saya dan pihak WME sudah berjumpa baru-baru ini dan mencapai kata sepakat. Kes ini ke peringkat seterusnya dan ia sudah dimaklumkan kepada Seniman,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger