Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff yang ditemui ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita harian 2012 (ABPBH 2012) baru-baru ini berkata, hubungannya dengan kerabat diRaja itu masih baik walaupun sudah menolak lamarannya.
Nur Fathia |
"Sebenarnya, dia (kerabat diRaja) tidaklah melamar saya secara formal seperti yang saya katakan sebelum ini.
"Cuma saya tidak mahu mempunyai hubungan dengan mereka yang berstatus kerabat kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan.
"Namun, saya akui hubungan kami baik sahaja, malah saya dan dia masih lagi berkawan," katanya kepada murai.com.my yang tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.Apabila ditanya,adakah dia menolak kerana sudah mempunyai hubungan cinta dengan jejaka lain, Fathia sekerasnya menafikan, malah memberitahu dia kini masih solo.
"Setakat ini saya belum menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran," jelasnya yang kini sengaja tidak mengambil banyak tawaran berlakon memandangkan sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjanah Muda jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Mengenai perkembangan terbaru, Fathia bakal menjalani penggambaran drama Diandra, yang akan menghiasi slot Lestari TV3.
0 comments:
Post a Comment