.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , » Gosip Artis - Suami Noniswara dirampas rakan artis

Gosip Artis - Suami Noniswara dirampas rakan artis

Di gosipkan oleh Unknown on Sunday, 17 March 2013 | 22:45

Perpisahan adalah satu yang amat menyakitkan bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mendambakan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir nyawa, namun pelakon Noniswara mengakui tiada siapa mampu menidakkan ketentuan Tuhan.

Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama, Datuk Rosman Ridzwan, 54, akhirnya Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 42, akur dengan kehendak suaminya supaya menuntut cerai.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia amat terkilan kerana kawannya sendiri yang menjadi duri dalam daging memusnahkan hubungannya bersama suami.

"Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga.
"Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki.
"Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Pengerusi U Mobile itu, pada 1 Ogos 2009.
Sebelum berkahwin, Nonis punyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala Rosman yang berstatus duda ketika itu memiliki lima anak daripada dua perkahwinan terdahulu.

pelakon noniswara
Pelakon Noniswara
Mula menghidu perubahan suaminya sejak enam bulan lalu, Nonis mengakui, dalam masa itu, Rosman mula tiada keinginan untuk pulang ke rumah. Adakah suami Noniswara terkena buatan orang? Wallahuallam..

Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan hubungan itu dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional daripada beberapa ustaz.

"Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai 'hantu'.
"Saya tidak kisah sekiranya dia ingin kahwini wanita itu dan menjalani kehidupan poligami. Namun dia tak mahu (poligami) dan suruh saya failkan tuntutan cerai. Dia berjanji akan beri kerjasama," katanya kesal dengan tindakan suami gagal hadir pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Nonis, dia memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah sama.

"Saya berharap agar dia memberikan kerjasama dalam kes ini kerana ia adalah kemahuannya sendiri," katanya.
Tabah menghadapi apa yang berlaku, Nonis bagaimanapun menepis dakwaan yang dirinya pernah merampas kebahagiaan orang lain untuk memiliki Rosman.

"Tiada istilah rampas suami orang. Saya berkawan dengan Rosman ketika dia berdepan dengan masalah rumah tangga. Ketika itu, dia tidak terurus dan perniagaan mula merudum.

"Setelah dia bercerai dengan kedua-dua isterinya, barulah saya mula bantu dia memulihkan semangat. Setelah melihat kesungguhannya, saya yakin dialah yang terbaik untuk saya walaupun sebelum ini, ada di kalangan Datuk dan
kerabat yang melamar saya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod, Lara.

Mengakui rezekinya dalam bidang seni semakin murah sejak akhir-akhir ini, Nonis menganggap perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

"Saya yakin, saya boleh hidup sendiri tanpa dia (Rosman). Lagipun, sebelum ini, memang saya jenis yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang diterima dan ruang saya dalam industri lakonan masih ada. Lagipun, sudah lebih 15 tahun saya berkecimpung dalam bidang lakonan dan ia menjadi mata pencarian saya.

"Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia," katanya yang turut menerima beberapa tawaran drama selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger