.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , » Gosip Artis Terkini - Ana Raffali tak putus berdoa

Gosip Artis Terkini - Ana Raffali tak putus berdoa

Di gosipkan oleh Normizan Nordin on Thursday, 7 March 2013 | 21:16


Melangkah ke gerbang perkahwinan mungkin menjadi impian buat semua pasangan. Rasanya dah hampir setahun penayanyi popular Ana Raffali berkahwin namun, sampai ke hari ini dia masih lagi belum diberi rezeki anak oleh Allah. Tak apa lah Ana masih belum ada rezeki lagi. Insyaallah akan ada. OGA doakan semoga Ana akan mendapat anak secepat mungkin. Amin

Bagi penyanyi dan komposer berbakat Ana Raffali, ikatan perkahwinan yang dijalinkan bersama Ahmad Aznaim Abdullah, 31, Februari tahun lalu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai buat dirinya.

Ana Nur Hidayah Mohd Razali, 27, atau lebih mesra di sapa Ana berkata, kegembiraan yang menghiasi kehidupannya kini membolehkan dia lebih fokus terhadap kerjaya seni.

"Alhamdulillah, setelah hampir setahun bergelar isteri saya memang gembira dan bahagia bersamanya. Bagi saya ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang kehidupan saya.
"Jika saya menghadapi situasi yang sukar untuk mencipta lagu, suami sentiasa ada untuk menemani saya. Walaupun dia hanya duduk di sebelah saya, namun kehadirannya memberi inspirasi dan memudahkan saya untuk mendapat idea yang baik," katanya sambil tersenyum.
ana raffali
Ana Raffali dan suami berserah kepada rezeki Allah
 Menyentuh mengenai kehadiran cahaya mata, Ana bagaimanapun memberitahu dia dan suaminya sentiasa menunggu masa untuk menimang anak.

"Kami tidak merancang dan ALLAH lebih tahu. Mungkin belum ada rezeki kami berdua untuk menimang cahaya mata.
"Saya dan suami hanya berdoa dan berserah mengenai perkara itu dan hanya mampu menantikan yang terbaik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Kali Pertama daripada penyanyi Asmidar yang dijalankan di Black Box, Publika, kelmarin.
Bercerita mengenai lagu Sepasang Sudu yang disumbangkan dalam pembikinan album penyanyi Asmidar, Kali Pertama, Ana memberitahu itulah kali pertama dia mencipta lagu untuk penyanyi lain.

Katanya, dia berpuas hati dengan nyanyian Asmidar mendendangkan lagu tersebut dan menganggap karyanya itu cukup sesuai dengan suara penyanyi tersebut.

"Lagu ini saya cipta pada 2008 dan ia mengisahkan mengenai kisah dua sahabat yang menyukai satu sama lain namun sukar untuk meluahkannya.
"Bagi saya, suara Asmidar memang sesuai dengan lagu itu dan bila pihak Warner Music Malaysia buka peluang, saya cuba pertaruhkan lagu ini untuk dinyanyikan oleh Asmidar.
"Saya rasa, Sepasang Sudu sudah jumpa tuannya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ana memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya, Jauh ke Syurga yang kini semakin mendapat perhatian peminatnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger