.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Rozita dan Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza - Zain Saidin

Thursday, 21 March 2013

 Seandainya hubungan pelakon Zain Saidin dengan Rozita Che Wan berakhir ke jinjang pelamin pada penghujung 2013, pasangan ini dilihat mempunyai persamaan dengan pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini terutama sekali dari segi faktor usia.

Pun begitu, Zain Saidin yang dijumpai tatkala pelancaran Oh My English petang semalam memberitahu, kisah rumahtangga Rita yang mendapat perhatian peminat tempatan tidaklah dijadikan sebagai panduan bagi dirinya yang relah pun bersedia menjadi suami kepada Rozita.

"Saya tidaklah menjadikan kisah rumahtangga Aidil-Rita sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan diri ke gerbang perkahwinan seratus-peratus. Saya tahu kisah mereka berdua pun menerusi laporan media tempatan.
"Dari apa yang berlaku, sudah tentu saya akan cuba belajar dari kesilapan. Malah, saya akan cuba mengelak dari kesilapan yang pernah berlaku itu dan ianya akan dijadikan sebagai satu pengajaran buat diri saya kelak.
"Lagipun, Rita dan Rozita adalah orang yang berlainan. Jadi, saya tidak boleh membuat sebarang persamaan. Bagi saya Rozita lagi mudah pendiriaannya. Namun, saya tidak tahu pula dengan Rita," katanya.

Bakal bergandingan dengan Rita rudaini dalam sebuah drama terbaru nanti, Zain tidak mahu menghakimi sikap Rita yang hanya bersandarkan laporan dari pihak media semata-mata.

"Saya tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dan menilai Rita sebegitu saja. Rita dan Rozita sudah semestinya mempunyai pendirian yang berbeza. Sebab itulah, saya tahu macam mana nak kawal kisah hidup saya dengan Rozita selepas sah bergelar suami isteri nanti," ujarnya.

Gosip Artis - Gelang emas buat Rozita

Sunday, 17 March 2013

Bukan sebarang hadiah, tapi gelang emas dari Habib Jewels! Itulah hadiah dari Zain buat kekasih hatinya, Rozita Che Wan sempena ulang tahun ke-39.

Lebih romantis pasangan ini turut meluangkan masa makan malam bersama di KLCC.

Bakal disatukan tidak lama lagi, Zain turut berharap agar impiannya memperisterikan aktres jelita itu akan tertunai.

“Harap-harap ia akan jadi lebih bermakna dengan niat suci kami untuk bergelar suami isteri. Mana-mana pasangan bercinta pun mengharapkan pengakhiran yang indah untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat.
“Ia lebih baik kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama-sama. Susah senang bersama,” ujar Zain.
rozita che wan
Rozita Che Wan dapat hadiah gelang emas dari Zain Saidin

Kisah kahwin: Publisiti murahan Zain Saidin?

Wednesday, 13 March 2013

 Pelakon, Zain Saidin, 29, enggan mengambil pusing 'cakap-cakap' orang lain mengenai hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan, 42.

Menurut Zain, selagi perkara tersebut tidak mengganggu dirinya, dia rela membiarkan orang lain bercakap apa sahaja yang mereka mahu.

"Jika ada orang nak percaya mengenai penulisan tersebut atau merasakan perancangan perkahwinan kami satu publisiti murahan, terpulanglah.
"Saya tak akan ambil tahu dan orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu. Biar sajalah," ujarnya kepada Zass.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Zain Saidin dan Rozita Che Wan
 Zain berkata, dia serius mengahwini aktres itu. Bagaimanapun sehingga kini dia masih belum berbincang dengan lebih lanjut dengan keluarga masing-masing mengenai rancangan perkahwinan mereka kerana merasakan tempoh berkenaan masih jauh lagi.

"Mungkin selepas raya baru saya akan berjumpa dengan keluarga Che Ta (Rozita) dan buat masa ini kami baru berbincang berdua sahaja," jelasnya.
Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Zain berkata, dia akan terlibat dengan program Master Chef Selebriti musim kedua dan hanya memberi tumpuan terhadap program itu buat masa ini.

Sementara itu, Che Ta enggan lagi berbicara mengenai soal perkahwinan mereka dan berharap semua pihak menanti sidang media mengenai perkahwinan mereka kelak.

Shah Iskandar terkejut dengan perkahwinan Rozita dan Zain

Thursday, 28 February 2013

Macam kita tahu, pelakon Shah Iskandar tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

shah iskandar
Shah Iskandar
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.

Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Dapat Restu Keluarga - Gosip Artis Terkini

Tuesday, 26 February 2013

Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.

Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.

"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya
Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.
Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal berkahwin tidak lama lagi
Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal berkahwin tidak lama lagi




 Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan.

Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya.


"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.
"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.

Rozita Che Wan bakal kahwin julai ini - Gosip Perkahwinan Artis

Sebelum tu OGA nak ucapkan tahniahlah buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang akan berkahwin pada bulan julai ini nanti. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Rozita Che Wan.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Kalau selama ini hanya Zain yang tampil meluahkan perasaan cintanya terhadap Che Ta, kali ini Che Ta mengambil peluang untuk memuji keromantikan Zain. Kata Che Ta:

Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta tetapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya. Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya.
Sementara itu Zain Saidin yang ditemui menyatakan rasa terkejutnya atas pengakuan Rozita Che Wan ini dan tidak menyangka mereka berdua akan bernikah seawal ini. Kata Zain:
Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat ini tetapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut mengenai tarikh yang sesuai. Memang bermaca perkara yang perlu dibuat dan dirancang untuk bekahwin. Sudah tentu majlis perkahwinan kami ini membabitkan ramai pihak dan kami perlu merancang sebaiknya.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini
Rozita Che wan dan Zain Saidin bakal berkahwin julai ini

Datuk Aznil, Rozita Che Wan Sertai Masterchef Selebriti 2? - Gosip Artis

Saturday, 16 February 2013

Nampaknya, aktor Zain Saidin dengan kekasihnya, Rozita Che Wan sudah tidak lagi bersembunyi dan sering saja menjawab segala persoalan mengenai hubungan cinta mereka.

Dalam pada Murai Batu membaca pengakuan Zain terhadap Rozita, Murai Batu terkejut apabila adik kepada Shasha Saidin ini telah mengumumkan kepada pihak MStar Online bahawa dia bakal menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua walaupun belum ada sidang media dibuat mengenai hal tersebut.

Murai Batu bukannya apa, sebenarnya Murai Batu tidak menyangka Zain juga pandai masak orangnya. Terlintas juga di fikiran Murai Batu, adakah ini sebabnya Rozita terima Zain sebagai bakal suaminya? Mungkin jua Rozita suka suami yang suka ke dapur.

aznil dan rozita che wan
Aznil dan Rozita  Che Wan
Namun, Murai Batu juga tertanya-tanya, selain dari Zain, siapa lagi selebriti yang bakal menyertai program masak popular ini. Ada ramai bintang popular ke?

Huh, dalam Murai Batu korek punya korek mencari jawapan mengenai peserta program itu, Murai Batu dapat tahu, pengacara popular yang baru saja dianugerahkan pangkat Datuk iaitu Aznil Hj Nawawi bakal menyertai tersebut . Wow, best tu!

Wah, adakah Aznil bakal menjadi penyeri sepertimana Azwan pada musim yang pertama?

Lagi kelas, Murai Batu dapat tahu, Zain bukan saja keseorangan menyertai program tersebut. Dengarnya, Rozita Che Wan juga akan bersamanya menjadi peserta. Wah, romantisnya...Mungkin mereka boleh sama-sama mencari menu baru untuk wedding mereka nanti.

Apa sekalipun, Murai Batu turut mendapat tahu, isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha turut sama mendapat tawaran menyertai program tersebut. Bagaimanapun, Leuniey telah menolaknya kerana ada komitmen perniagaan yang tidak dapat dielakkan.

Yang penting, ada banyak lagi nama A List yang disebut-sebut bakal menjadi peserta Masterchef Selebriti Musim Kedua.

Tapikan, mesti menarik kalau Johan atau Zizan masuk program ini. Mesti lagi kelas rating program berkenaan. Murai Batu teringin juga nak lihat Awal, Scha Al Yahya, Hafiz Suip, Shuib Sepahtu atau Neelofa masuk program ini. Mesti meletup gitu.

Sumber: Murai.com

Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita - Gosip Panas Artis

Tuesday, 12 February 2013


 Aktor kacak Zain Saidin memberitahu dia mahupun keluarga belum menetapkan sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa terdekat.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil.
“Hubungan kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu.

gambar rozita che wan dan zain saidin
Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios
Singapura pada hujung minggu lalu.
Ditanya mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan keluarganya.
“Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.
Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini.
“Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan,” katanya.

Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Tidak Bertepuk Sebelah Tangan - Gosip Artis

Sunday, 23 December 2012


Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita
Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan
enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah
Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin
mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan
kepada wanita itu sahaja.
"Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto
dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya
untuk dia (Rozita).
"Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya yang dihubungi mStar Online
pada petang Sabtu, dekat sini.

Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never
will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise
you menerusi Instagram.
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang
hampir serupa dengan Zain berbunyi Never find a man that will do or love you as
much as I will, I promise you.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan
semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.

 Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan
aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.

Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama
tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
Nampaknya tak lama lagi Oh Gosip Artis dapatlah makan nasi minyak ... idok gitu... hehehe...

Zain Saidin Luahkan Ayat-ayat Cinta Kepada Rozita Che Wan Menerusi Instagram - Gosip Artis

Saturday, 22 December 2012

 Amboi... Romantiknya Zain Saidin... mendengar ayat-ayat cinta daripada Zain Saidin. Memang romantik habis!!! Tak sangka pulak yang Zain Saidin ini jiwang jugak orangnya. Untunglah Rozita!!!


“Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you..” Memang cair habis kan? Nampaknya Zain Saidin sudah berani untuk meluahkan isi hatinya terhadap Rozita Che Wan secara umum. Eloklah macam tue, at least orang tahu yang Zain memang mencintai Che Ta.


Adakah Rozita Che Wan akan membalas kata-kata romantik Zain Saidin? Abang Nara berharap agar Rozita menerima cinta Zain Saidin. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Single pun single. Kalau bercinta pun confirm ramai orang suka dan menyokong. Tak gitu?

Shah Iskandar Sukakan Rozita Che Wan? - Gosip Artis

Thursday, 20 December 2012



SEPANJANG bergelar artis, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 38, sudah acap kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang lelaki, kebanyakannya yang lebih muda berbanding usianya.
Terkini, dia dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz.
Menariknya, gara-gara gosip tersebut, timbul pula cerita yang mengatakan timbul perselisihan faham antara Iskandar dengan pelakon Zain Saidin, 28, yang sebelum ini merupakan antara individu yang rapat dengan Che Ta sehingga mereka sering digosip mempunyai hubungan istimewa.
Namun begitu, Shah, 29, yang ditemui pada acara Viewing Party perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3 yang diadakan di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempunyai jawapan tersendiri tentang gosip tersebut.
Sementelah, dia mengakui pernah mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan dirinya.
Kosmo!: Bagaimanakah boleh timbul cerita yang mengatakan Shah bercinta dengan Che Ta?
SHAH ISKANDAR: Cerita sebegini boleh timbul kerana kami sering berlakon di bawah produksi yang sama iaitu Zeel Production. Sehingga kini kami sudah berlakon tiga kali berturut-turut bersama iaitu menerusi drama Kiah Spy, Anak Ikan dan Kiah Ke Jepun.
Jadi, benarkah dakwaan yang mengatakan kamu berdua bercinta?
Sudah tentu ia tidak benar kerana hubungan rapat kami hanya di lokasi penggambaran.
Saya rasa cerita ini timbul apabila ada pihak yang salah anggap terhadap kemesraan kami, tetapi pada hakikatnya hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sesama pelakon.
Lagipun buat masa sekarang saya belum terfikir lagi untuk bercinta dengan sesiapa kerana mahu memberikan tumpuan terhadap karier terlebih dulu.
Bagaimanakah pula hubungan Shah dengan Zain Saidin?
Setakat ini hubungan saya dan Zain juga tiada masalah dan kami tidak pernah berselisih faham apabila cerita ini timbul. Kami menganggap ia tidak lebih daripada sekadar gosip.
Adakah Che Ta memiliki kriteria yang menjadi idaman Shah?
Secara jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut, antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya terhibur semasa berada di lokasi.
Pada masa yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang. Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak cepat melatah.
Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut.
Adakah Shah mengelak untuk menjalinkan hubungan cinta atau bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia?
Apabila bercakap tentang cinta dan jodoh, saya tidak kisah sama ada pasangan saya itu lebih muda atau berusia daripada saya.
Sebelum ini saya pernah bercinta dengan wanita yang lebih berusia semasa di Singapura dahulu.
Paling penting, dalam sesebuah perhubungan itu perlu ada persefahaman antara satu sama lain dan soal umur sepatutnya tidak perlu timbul.
Sumber dari Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger