.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Rozita dan Rita Rudaini Punya Pendirian Berbeza - Zain Saidin

Di gosipkan oleh Unknown on Thursday 21 March 2013 | 21:21

 Seandainya hubungan pelakon Zain Saidin dengan Rozita Che Wan berakhir ke jinjang pelamin pada penghujung 2013, pasangan ini dilihat mempunyai persamaan dengan pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini terutama sekali dari segi faktor usia.

Pun begitu, Zain Saidin yang dijumpai tatkala pelancaran Oh My English petang semalam memberitahu, kisah rumahtangga Rita yang mendapat perhatian peminat tempatan tidaklah dijadikan sebagai panduan bagi dirinya yang relah pun bersedia menjadi suami kepada Rozita.

"Saya tidaklah menjadikan kisah rumahtangga Aidil-Rita sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan diri ke gerbang perkahwinan seratus-peratus. Saya tahu kisah mereka berdua pun menerusi laporan media tempatan.
"Dari apa yang berlaku, sudah tentu saya akan cuba belajar dari kesilapan. Malah, saya akan cuba mengelak dari kesilapan yang pernah berlaku itu dan ianya akan dijadikan sebagai satu pengajaran buat diri saya kelak.
"Lagipun, Rita dan Rozita adalah orang yang berlainan. Jadi, saya tidak boleh membuat sebarang persamaan. Bagi saya Rozita lagi mudah pendiriaannya. Namun, saya tidak tahu pula dengan Rita," katanya.

Bakal bergandingan dengan Rita rudaini dalam sebuah drama terbaru nanti, Zain tidak mahu menghakimi sikap Rita yang hanya bersandarkan laporan dari pihak media semata-mata.

"Saya tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dan menilai Rita sebegitu saja. Rita dan Rozita sudah semestinya mempunyai pendirian yang berbeza. Sebab itulah, saya tahu macam mana nak kawal kisah hidup saya dengan Rozita selepas sah bergelar suami isteri nanti," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger