.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Perbalahan Dengan Syamsul Ada Hikmah - Yusof Haslam

Friday, 8 March 2013

Penerbit Datuk Yusof Haslam menyifatkan perbalahan yang berlaku diantaranya dengan Syamsul sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa bulan sebelum ini merupakan satu hikmah dan pengajaran yang perlu mereka dua beranak fahami. Syukur la kalau mereka berdua dah berbaik. Bak kata perpatah, air dicincang takkan putus. Tak Gitu? Paling penting sebagai anak hendaklah lebih hormat kepada orang tua. Tak kira la siapa yang mulakan dulu. OGA memang respect la kat Syamsul ni!

Yusof berkata, sebagai seorang ayah, dia sedar bahawa peredaran zaman telah mengubah cara anak-anak muda zaman kini berfikir dan mungkin tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik mahupun menegur mereka.

"Konflik yang berlaku antara saya dan Syamsul baru-baru ini telah menyedarkan saya bahawa zaman telah berubah. Budak-budak remaja berfikir lebih matang berbanding zaman dahulu dan saya kena faham tentang perkara itu.
"Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang ini. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat kami," katanya.
Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu.

Yusof Haslam 


syamsul yusof
Syamsul Yusof
Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepadanya yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahan Syamsul.

Bagaimanapun, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan.

Tambah Yusof, dia juga berharap agar segala masalah antaranya dengan Syamsul dapat dibincangkan dengan baik tanpa memendam perasaan.

"Baik seorang anak atau ayah, jangan pendam perasaan kerana ia akan timbul macam-macam andaian.
"Apabila berbincang, konflik yang besar dengan mudahnya dapat diselesaikan," ujarnya.
Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai seorang anak, mereka kena faham bahawa dalam hidup perlu ada disiplin selain hormat.

Syamsul mohon maaf kepada Yusof Haslam - Gosip Artis Terkini

Monday, 25 February 2013


Nak diceritakan kat sini, hari tu OGA adalah masukkan artikel pasal hubungan Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof dan ayahnya yang dikatakan dingin katanya ada krisis dalaman gitu. Tak tahu la pula OGA pasal apa tapi dengar-dengar Hal itu dikatakan berkaitan dengan filem KL Gangster 2 yang lebih setahun tertangguh. Namun, selepas tu dengar-dengar Syamsul sudah pun meminta maaf kat ayahnya. Bagusnya la tu Syamsul. Sebagai anak ni kita kena la buang ego tu dan minta maaf kat orang tua. Tak kisah la sape yang salahkan.

Walaupun, sebelum ini Yusof Haslam telah menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan dengan anak lelakinya itu tidak baik.

Melalui laman blog miliknya, Syamsul menulis dalam artikel bertajuk Deklarasi Pada Spekulasi Maafkan Aku yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

syamsul yusof
Syamsul  Yusof
“Semalam aku bersemuka dengan papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.
“Entah mengapa, apabila aku berdepan dengannya, kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya dari muda,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Gangster Celop ini turut menangis akibat terlalu sedih ketika berdepan dengan ayahnya.
“Belum sempat aku mulakan bait pertama, air mata sudah mencurah-curah. Aku capai tangan kanan papa dan ku cium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya erat-erat.
"Saat itu, apabila kehangatan tubuhnya ku rasa, aku lemah... selemah-lemahnya. Lumpuh seketika,” tulisnya lagi.

Pengarah berusia 29 tahun ini juga memberitahu telah menerangkan segala rasa yang terbuku dalam dada kepada bapanya yang juga penerbit Skop Productions.
“Habis berterabur bait-bait kata yang kususun pada awalnya untuk ku katakan pada papa. Aku jadi sebak tak terkata.
“Aku terangkan pada papa apa yang terbuku di dada, apa yang ku simpan sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja. Papa senyap seribu bahasa. Namun dalam senyap, dia mendengar dan aku sedar air matanya bertakung,” katanya.
Tambahnya: “Papa memberikan kata-kata semangat, sekali gus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.”

Sementara itu, Syamsul juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana mengambil sikap berdiam diri selama ini.
“Buat semua rakan media, aku memohon maaf kerana ketika isu ini sedang hangat, aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut.
“Aku tidak bermaksud untuk mengetepikan kalian, jauh sekali jadi pengecut kerana lazimnya aku berdepan dan bersemuka dengan sebarang isu berbangkit tentang diriku dan karierku,” katanya.
Syamsul juga berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar kepada pembaca.

Syamsul Yusof Tertekan - Gosip Artis

Monday, 11 February 2013


 Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memohon semua pihak memahami tekanan yang dihadapinya ekoran konflik hubungan dengan bapanya, penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Syamsul, 29, berkata, konflik tersebut adalah masalah dalaman keluarga yang tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan hubungan anak dan bapa.

“Ini bukan isu besar pun. Masalah dalaman keluarga adalah perkara biasa pada mana-mana orang pun.

“Saya tidak mahu ia diperbesarkan kerana orang tidak tahu kedudukan sebenar saya dalam hal ini,” luahnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

syamsul yusof
Syamsul Yusof

yusof haslam
Yusof Haslam
Syamsul berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan kononnya hubungan dua beranak itu semakin renggang akibat sikap Syamsul yang melenggahkan proses suntingan filem aksi arahannya berjudul KL Gangster 2.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar harian pada awal minggu lalu, Yusof menafikan hubungan mereka berantakan seperti didakwa.

Sebaliknya, dia sekadar menggertak anak lelakinya menyegerakan proses suntingan filem terbitan syarikat produksi mereka, Skop Production itu.

Syamsul berkata, sebagai anak dia menerima segala teguran yang diberikan bapanya dengan hati terbuka tetapi mempunyai sebab tersendiri yang membawa kepada penangguhan suntingan filem tersebut.

“Terguran dan cara papa (Yusof) agak keras tetapi saya ambilnya dari sudut positif. Mungkin itu caranya untuk membakar semangat saya.

“Namun, orang luar tidak tahu tekanan sebenar yang saya lalui dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan,” katanya.

Syamsul enggan mengulas hubungan dengan bapanya - Gosip Panas Artis

Thursday, 7 February 2013


Hari tu, OGA(Oh Gosip Artis) ada memasukkan entri mengenai hubungan syamsul dan ayahnya yang dikatakan renggang. Oleh itu, Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof, enggan mengulas mengenai hubungan dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam, yang dikatakan renggang, kerana bimbang kenyataannya disalahertikan. 
“Saya tidak mahu komen apa-apa. Ya, saya sudah baca cerita itu di akhbar, dan saya mahu berbincang dulu dengan papa, baru saya akan komen,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Memetik laporan akhbar Harian Metro, semalam, pengarah, produser dan pemilik syarikat Skop Productions, Yusof, turut menafikan hubungan mereka berdua dalam keadaan dingin. Kononnya, keadaan itu berlaku akibat sikap Shamsul yang berlengah untuk menyiapkan filem KL Gangster 2. 
syamsul yusof
Syamsul Yusof
Yusof yang ditemui wartawan HIP ketika menjayakan Anugerah Seri Temasek 2013 di Singapura, baru-baru ini, juga tidak menyatakan hubungan kedua-duanya renggang walaupun hadir ke acara itu tanpa Syamsul. 

OGA(OH Gosip Artis): Walaupun apa-apa yang berlaku hubungan ayah dan anak tidak sesekali pun putus walaupun mengalami konflik atau krisis. Bak kata perpatah, air dicincang tidak akan putus.

Betul ke hubungan Syamsul dan Yusof Haslam renggang? - Gosip Panas Artis

Wednesday, 6 February 2013


Kenyataan daripada mulut Yusof Haslam itu keluar menjawab persoalan yang timbul tentang hubungan beliau dengan anaknya itu yang di’katakan semakin renggang akhir akhir ini.

Yusof Haslam menolak dakwaan itu & berkata hanya menggertak Syamsul Yusof ekoran sikap beliau yang melengahkan proses suntingan dan menyiapkan filem terbaru KL Gangster 2.
syamsul yusof
Syamsul Yusof


“Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap,” ujar Yusof Haslam baru baru ini.

Peneraju Skop Production itu juga pelik dengan tindakan Syamsul Yusof menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem berjudul Oh Mak Kau & menyifatkan ianya sebagai tidak matang.

“Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production,” tambaj beliau lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger