.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , » Cinta Sazzy pada organik

Cinta Sazzy pada organik

Di gosipkan oleh Unknown on Friday, 14 December 2012 | 07:17



WANITA ini memiliki personaliti yang menarik, peramah, ceria dan murah senyuman. Meskipun sentiasa sibuk dengan kerjaya serta menguruskan rumah tangga, Sazzy Falak atau nama sebenarnya, Sazlini Shamsul Falak tidak pernah mengeluh.
Dia sentiasa memotivasikan diri dengan sikap yang positif dan menggembirakan orang lain.
Pada sesi fotografi bersamanya baru-baru ini, Sazzy dengan santai membicarakan tentang perniagaan, keluarga, kecantikan dan kesihatan diri.
Ditanya bagaimana dia menguruskan semua perkara, jawapannya cukup mudah. Baginya, pengurusan masa sangat penting.
Mengakui jadualnya sebagai pengacara, duta produk, usahawan fesyen dan pelakon agak padat, Sazzy tidak pernah menganggap hal ini sebagai beban.
Sazzy masih mahu mencari rezeki pada usia muda asalkan dia dapat membahagikan masa dengan baik.
"Saya banyak mengurus masa mengikut kalendar Google. Alhamdulillah setakat ini saya boleh menguruskan jadual kerja dengan baik," katanya yang mempunyai anak kembar, Tiara Rose dan Imaan Lily.
Begitu juga masa yang terluang buat keluarga. Sazzy dan suami, Nazril Idrus akan memastikan masa lapang atau cuti yang mereka ada diisi dengan aktiviti berkualiti.
"Misalnya, baru-baru ini kami dapat hari cuti yang sama. Tanpa berfikir panjang, kami ke Genting Highlands bercuti bersama anak-anak. Walaupun masa singkat, masa yang ada kami isi dengan aktiviti untuk menggembirakan anak-anak," ujarnya.
OrganikPencinta produk organik ini turut sibuk membantu ibunya, menguruskan rangkaian produk, Blue Oak Valley.
Menurut Sazzy, perniagaan produk berasaskan organik itu diusahakan mereka sejak dua tahun lalu.
Istimewanya Blue Oak Valley juga menawarkan rangkaian produk untuk bayi seperti syampu, losen, mandian dan minyak yang dipakai sebelum mengenakan lampin.
Usai menguruskan perniagaan tersebut, Sazzy turut sibuk dengan perniagaan fesyen secara online.
Bermula Mac lalu, bekas pengacara Beat TV itu melancarkan jenama fesyen Street Fashion By Sazzy Falak yang mengetengahkan fesyen jalanan dan kombinasi gaya muda-mudi masa kini dengan sentuhan tersendiri.
Menurut Sazzy, dia menyediakan pakaian dan aksesori untuk wanita berusia 20 hingga 35 tahun yang ringkas, edgy dan bohemian serta memenuhi citarasa wanita.
"Saya sukakan fesyen yang ringkas. kalau anda lihat baju saya pakai hari ini, saya hanya menyarung dan kainnya tidak perlu digosok.
"Bukan sekadar menjual pakaian yang saya temui ketika menjejalah ke beberapa negara, saya juga turut menjual pakaian yang saya reka sendiri. Saya akan mengutamakan kualiti kain dalam rekaan yang saya hasilkan," ujarnya.
KesihatanWalaupun sibuk, ternyata Sazzy tidak mengabaikan perihal kesihatan dan penjagaan kecantikan diri.
Baginya, hanya itu sahaja cara untuk menjana pergerakan tubuh dan minda agar menjadi lebih aktif dalam melakukan aktiviti hariannya.
Apatah lagi dibesarkan dalam keluarga yang cukup mementingkan kesihatan, Sazzy mengamalkan senaman dan menjaga pemakanan.
"Saya pasti akan bersenam untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa dalam keadaan yang baik.
"Tetapi itu sahaja tidak cukup kerana amalan pemakanan yang sihat juga dititikberatkan. Saya kini lebih gemar memakan makanan berasaskan organik yang ternyata menyihatkan.
"Malah sebelum saya mengandung, saya dan suami mengamalkan pescetarianisme dengan hanya memakan sayur-sayuran dan ikan sahaja," katanya yang merancang untuk berlakon semula tahun hadapan selepas dua tahun 'berehat' kerana menyusukan anak-anaknya.
Apa sahaja yang berkaitan tentang kesihatan dan kecergasan, perkara ini pasti akan menarik perhatian dan minat wanita berusia 31 tahun ini untuk melakukannya.
Maka tidak hairanlah apabila tanpa berfikir panjang dia menyatakan persetujuannya untuk menerima pelawaan Pengurus Amaryllis Salon & Day Spa, Ain Nadya Yusoff untuk melakukan rawatan di pusat spa ini.
Kebetulan pusat spa ini turut menjadi pengedar rasmi produk keluarganya, Blue Oak Valley. Orang ramai yang berminat menjadi pengedar Blue Oak Valley boleh menghubungi Nadia di talian 012-6707629.
"Jika saya ada masa, saya akan ke sini untuk melakukan rawatan spa dan setakat ini saya suka melakukan urutan kaki di sini.
"Suasana di dalam spa dan di luar cukup berbeza. Apabila kita melakukan rawatan di sini, kita dapat merasai ketenangan. Secara tidak langsung, ini satu terapi minda yang baik," ujarnya yang mempunyai rakan-rakan baik dikenali sebagai geng Celepet.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger