HUJUNG tahun ini, macam-macam pula gosip yang OhGosip-Artis dengar. Salah satunya yang terkini adalah komen kontroversi yang dimuat naik oleh pereka fesyen yang baru mencipta nama, Nurita Harith ke laman twitter yang dikatakan tidak puas hati dengan pelakon Neelofa, beberapa hari lalu.
Menerusi laman twitter itu, Nurita menulis: “Hope yesterday was the job of me with this Neelofa girl. Very disrespectful and unprofessional”.
Kenyataan itu jelas membuatkan ramai peminat dan pereka fesyen tempatan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku sehingga Nurita sanggup memberikan kenyataan yang panas sebegitu kepada Neelofa.
OhGosip-Artis difahamkan, Nurita memiliki sebuah butik di Jalan Telawi, Bangsar dan dia semakin mendapat perhatian ramai golongan ‘urban’ untuk bergaya.
OhGosip-Artis difahamkan, Nurita memiliki sebuah butik di Jalan Telawi, Bangsar dan dia semakin mendapat perhatian ramai golongan ‘urban’ untuk bergaya.
Namun Nurita dikatakan enggan memberikan sebarang komen, mungkin tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Nampak gaya Neelofa sekali mencetuskan suasana sensasi selepas senyap beberapa ketika.
Dalam pada itu, rakan SS cuba menghubungi pembantu peribadi penyanyi kelahiran Kelantan itu namun difahamkan dia kini sedang bercuti bersama keluarganya selama seminggu di Dubai. Amboi mesti percutian mewah ala Tok Arab!
Mengenai isu berkenaan, Neelofa sendiri katanya enggan mengulas dan menganggap ia salah faham dan sengaja diperbesarkan. Entahlah, SS pun tak faham dan akan bertanyakan sendiri kepada Neelofa kalau bertemunya di Kuala Lumpur nanti.
Kalau betul pun ada masalah, baik Nurita mahupun Neelofa, OhGosip-Artis harap dapat selesaikan dengan baik.
0 comments:
Post a Comment