.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , » Lagu Tarantula berhantu - Artis Malaysia

Lagu Tarantula berhantu - Artis Malaysia

Di gosipkan oleh Unknown on Sunday 30 December 2012 | 17:50


TARANTULA percaya bahawa irama rock 90-an masih lagi diterima pada masa kini.RESMI grup ini ibarat seekor labah-labah tarantula. Binatang itu nampak lambat melangkah, bahkan banyak yang menjadikannya sebagai binatang peliharaan. Namun, ketenangan yang kelihatan itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Sekali sengatannya mengena boleh membuatkan mangsanya lumpuh.
“Begitu juga dengan kami. Kalau boleh kami mahu grup ini memberikan satu sentuhan yang berbisa kepada peminat muzik. Namanya kedengaran sedikit garang, tetapi tetap ada juga kelembutan di sebaliknya. Justeru sebab itu juga nama tersebut dipilih untuk kumpulan kami,” ujar Taha selaku pemain drum kumpulan itu.
Tampil bersama menubuhkan grup itu sejak 2002, Tarantula dianggotai oleh Taha serta Joe Bugis selaku vokalis, Keon (basis), Padil (gitar) dan Barai (gitar kedua).
Pada awal kemunculan, grup itu menjadikan majlis-majlis perkahwinan sebagai ruang mencuri perhatian peminat. Namun, mereka mula mengorak langkah untuk mengkomersialkan Tarantula setanding grup lain.
Keputusan tersebut bagaimanapun tidak melenyapkan nama Tarantula yang popular di majlis kenduri kahwin.
“Permintaan untuk kenduri kahwin masih ada. Justeru kami tubuhkan dua versi Tarantula iaitu satu grup untuk kenduri kahwin dan satu lagi yang bergerak secara komersial.
“Jika ada antara kami yang mempunyai kelapangan, akan ada yang turun padang mengisi kekosongan untuk membuat persembahan di majlis kahwin. Cuma Tarantula yang komersial tidak akan terkait dengan persembahan di majlis kahwin,” kata Talha.
Berani mempertaruhkan irama rock 90-an, Tarantula kini sudah tampil dengan dua buah single sebelum muncul dengan sebuah album penuh pada awal tahun hadapan.
Jelas Joe, pemilihan irama tersebut masih tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap minat dan permintaan lagu-lagu berentak sebegitu di pusat hiburan dan untuk diputarkan di radio.
“Haluan Tarantula sebenarnya ialah lagu-lagu rock. Memang benar, lagu-lagu rock yang mendayu-dayu lebih popular pada zaman dahulu. Tetapi saya yakin pengikutnya masih ramai.
“Penampilan kami di peringkat komersial bukanlah untuk syok sendiri, tetapi mengikut selera pendengar. Kalau perhatikan di pusat karaoke pun, ramai yang lebih gemar menyanyi lagu-lagu 90-an tidak kira golongan yang membesar dalam era itu mahupun generasi muda,” kata Joe.
Buat permulaan, Tarantula mempertaruhkan dua buah single iaitu Pusara Cinta dan lagu ‘berhantu’ berjudul Rumah Puaka.
“Lagu berjudul seram sebegitu sebenarnya sudah popular dalam kalangan penyanyi rock zaman 90-an. Banyak lagu yang judulnya seram sebegitu. Jadi Tarantula tidak mahu lari daripada konsep tersebut.
Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger