.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Wajah Penyanyi Popular Tanpa Make-up - Artis Luar Negara

Friday, 8 February 2013

Penyanyi popular sentiasa meletakkan wajah mereka yang terbaik ke hadapan dengan sedikit  alat solek yang kelihatan ala roll rock 'n' atau dengan bantuan artis solek yang profesional. Pernah juga kitya tertanya-tanya apakah mereka kelihatan menarik tanpa alat-alat make-up ? Di bawah OGA (Oh Gosip Artis) memaparkan artis luar negara tanpa alat Make-Up untuk tontonan anda semua.. Zasss...

Taylor Swift
Taylor Swift
Taylor Swift yang boleh disenaraikan di kalangan pemuzik dan artis paling popular di luar sana, berumur 23 tahun namun masih menggunakan artis solek yang mahir. Walaupun tanpa bulu mata palsu yang biasa, bayangan mata berat dan bibir lembayung. Namun bagi OGA (Oh Gosip Artis) Swift kelihatan menarik sekali walaupun tidak bersolek.


Faith Hill
Faith Hill
Faith Hill yang kini berusia 44-tahun yang pupular dengan Mizikal Lama. Tetapi pemenang Grammy ini seolah-olah tidak dapat kita kenali. Sudah pastinya, setiap bintang memerlukan sedikit rangsangan alat solek agar kelihatan tampak anggun dan menarik.

Beyonce
Beyonce
Walaupun tidak kelihatan dengan alat Make-up, Beyonce 31 tahun kelihatan amat menakjubkan. Penyanyi ini kelihatan tampak hebat dan menarik. OGA mengagumi artis ini yang kelihatan menarik walaupun tanpa alat Make-Up.. 

Marilyn Manson
Marilyn Manson
Salah seorang superstar Undead muzik, Marilyn Manson yang  berusia 44-tahun jarang sekali kita melihat beliau tanpa lat Make-Up, namun beliau kelihatan pucat, gincu gelap dan pelapik mata hitam. Apa pun You are Super Star.. hehehe..

Lady Gaga
Lady Gaga
Jarang sekali kita melihat wajah sebenar Lady Gaga. Beliau akan menyambut hari kelahiranya ke 26 tak lama lagi. Namun OGA lihat Lady Gaga ni seolah-olah muka Madonna pulakkan. Apapun walaupun tidak kelihatan alat Make-Up Lady Gaga tampak menarik juga kan.

Gene Simmons
Gene Simmons Kiss
Salah seorang lelaki dalam industri musik, Gene Simmons Kiss band yang dicalonkan di Grammy juga dicop sebagai "Demon" atau HANTU. Walaupun dengan rambut beliau yang tidak kemas dan mengerikan namun dengan sedikit sentuhan solek yang kelihatan ceria tampak di wajahnya, dia merupakan sinar pemuzik Rock n Roll.. Cayalah..

Alice Cooper
Alice Cooper

Kejutan perintis rock Alice Cooper kelihatan tidak meletakkan celak yang dalam beberapa dekad. Berumur 65 tahun. Wow.. kelihatan masih PAPA ROCK N ROLL TULEN selain Ramli Sarip Papa Rock Tanahair kita.. OGA respect Alice Cooper.. dan suaranya yang memukau itu.You are amazing man..Alice Cooper.







Ezad putus tunang kerana masalah kewangan? Gosip Artis

Tuesday, 5 February 2013

Ezad Exist

Antara rahsia Allah kepada kita adalah soal jodoh pertemuan. Walau sekuat manapun kemahuan kita untuk disatukan dengan insan tersayang, tanpa keredaan-Nya, ia mungkin tidak terlaksana. Itu merupakan kenyataan yang harus diterima lelaki berusia 34 tahun ini. Mengakui melalui fasa yang paling perit didalam hidupnya apabila perkahwinan yang dirancang terpaksa dibatalkan, Ezad Exist tetap merasa akan hikmahnya kini.

Meneruskan kehidupan dengan sisa kekuatan yang masih ada, lelaki ini percaya masih ada ruang untuknya mencari kebahagiaan. Menurut Ezad setelah setahun meletakkan kariernya di belakang, dia kini mahu memberi nafas baru buat dunia nyanyiannya.Menurut Ezad:

"Selepas putus tunang saya akui, saya melalui fasa yang menakutkan. Hidup saya kosong, tidak bermakna.
"Mungkin setelah empat tahun ditemani, bila berseorangan tanpa teman di sisi, ia agak lain. Apa yang boleh saya kata ia memang banyak memberi kesan kepada diri saya," katanya kepada Hits.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk berkongsi punca keretakan hubungan dengan bekas tunang, Ezad memberitahu ia terlalu peribadi untuk diceritakan.

"Saya memang tidak mahu berkongsi mengenai hal ini. Cukuplah kalau saya katakan setiap yang berlaku melibatkan banyak pihak, maksud saya keluarga masing-masing. Jadi adalah lebih baik untuk saya menjaga hati mereka," katanya.
Ezad juga menolak khabar angin yang mengatakan dia sebenarnya mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa membatalkan urusan perkahwinan, Ezad sekali lagi menegaskan itu bukan punca sebenar.

"Perkahwinan yang saya rancang ini, mengambil masa selama setahun. Jadi saya memang cukup bersedia melangkah ke alam perkahwinan.
"Duit bukanlah sebab utama mengapa kami berdua membatalkan perkahwinan kami, bukan itu, " katanya tegas.
Meneruskan cerita, Ezad sempat berkongsi cara dia melupakan perkara yang menyakitkan ini. Menurutnya bagi mengelakkan dia terlalu berfikir, dia mengambil lebih peluang untuk pulang ke kampungnya di Alor Star, Kedah.

"Saya bukan tertekan sebab malu, tetapi kerana tidak percaya ini semua berlaku tanpa dijangka.
"Keluarga saya banyak membantu, malah beberapa bulan lepas juga saya banyak berada di kampung untuk bersama keluarga," katanya.
Meneruskan kehidupan sendiri kini, Ezad bagaimanapun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk menguruskan kariernya sendiri.

"Seperti yang semua tahu bekas tunang merupakan pengurus saya sebelum ini,
"Namun selepas apa yang berlaku saya memilih untuk menguruskan diri saya sendiri. Dan ternyata ia bukan sesuatu yang mudah," katanya yang turut mengakui sudah tidak berhubung dengan bekas tunangnya itu.
Percaya perkahwinan mampu melengkapkan kehidupannya sebagai lelaki, Ezad secara terbuka memberitahu dia kini bersedia untuk menerima orang baru didalam hidupnya.

"Prinsip saya kini kehidupan harus diteruskan.
"Dan saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, cumanya jodoh belum sampai," katanya tersenyum. 


Farah Asyikin sertai pembangkang ? Gosip Panas Artis

Penyanyi yang kini sudah berhijrah dan menampilkan imej muslimah, Farah Asyikin menafikan dakwaan bahawa dia menyertai parti pembangkang.

Menurut Farah, dia memang ada menyertai ceramah anjuran sebuah parti pembangkang baru-baru ini, tetapi bukan sebagai penyokong.

Saya memang ada sertai ceramah itu, tetapi saya hanya berucap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan masalah perpaduan sesama Islam.

“Memang tidak terniat langsung untuk saya menyertai parti itu. Apa yang saya lakukan ialah menyertai program yang berunsur Islam sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Farah Asyikin baru-baru ini telah dikatakan menyertai parti pembangkang kerana kelibatnya yang sering kelihatan sewaktu program anjuran parti tersebut

Tambah Farah, dia memang tidak ada niat untuk menyertai mana-mana parti kerana masih kurang pengetahuan dalam arena politik.



“Kalau kerajaan sendiri ada memanggil saya untuk menyertai salah satu program yang berunsurkan Islam, saya tidak akan menolak untuk menyertai program itu," ujarnya.
Jelasnya lagi, memang dia sudah lama menyertai program anjuran parti itu, tetapi bukan kerana politik sebaliknya untuk bersama mengangkat martabat Islam.

Aliff Aziz serik kongsi cerita peribadi - Gosip Artis Terkini

Aliff Aziz
Sejak kisah cintanya dilanda kontroversi pada tahun lalu, penyanyi Jangan Ganggu Pacarku, Aliff Aziz seakan serik untuk berkongsi soal kehidupan peribadinya lagi.

Kali ini, Aliff lebih memilih untuk bercerita soal kerjaya berbanding kehidupan peribadinya.

Hubungan cintanya kandas dengan pelakon, Anne Ngasri sekitar September lalu.

Aliff berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadinya untuk tatapan umum pada masa akan datang.

“Ya (lebih berhati-hati)... saya rasa peminat nak tahu tetapi sebagai selebriti, kita harus bersikap profesional, jangan terlalu membuka cerita kerana kadang-kadang kita dapat benda itu pulang balik kepada kita ‘in a bad ways’.

Seperti yang Aliff kena baru-baru ini.

“Jadi, saya tak nak bercerita bab itu tetapi tahun ini, insya-ALLAH, Aliff akan lebih berkarya daripada lebih kontroversi,” katanya.

Ketika ditanya soal status dirinya sekarang setelah hampir lima bulan putus cinta, Aliff menolak untuk memberikan apa-apa status.

“Aliff tak mahu meletakkan apa-apa status. Aliff rasa cukup-cukuplah Aliff bercerita tentang itu (cinta). (Tahun) 2012 Aliff sudah terkena kejadian yang banyak memberi Aliff pengajaran. Jadi, Aliff tak nak lah cerita banyak sangat bab itu (cinta).

“Aliff rasa untuk tahun ini, Aliff akan banyakkan menjawab soalan tentang pekerjaan. Itu lebih bagus. Aliff nak kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi Aliff sebagai seorang selebriti. Aliff rasa Aliff berhutang itu (prestasi) terhadap peminat-peminat Aliff kerana merekalah yang menyokong Aliff daripada dulu sampai sekarang,” katanya.

Menyentuh soal kontroversi itu lagi, Aliff sempat meminta maaf kepada peminatnya di samping berjanji untuk menjauhi kontroversi selepas ini.

“Aliff tahu apabila kontroversi melanda, mereka (peminat) juga terasa peritnya.

"Jadi, Aliff ingin memohon maaf kepada semua penyokong Aliff. Kepada yang masih menyokong terima kasih banyak-banyak.

“Aliff janji akan buat yang terbaik tahun ini dan jauhi kontroversi sebanyak mungkin,” katanya yang bakal memulakan penggambaran telemovie.

Meskipun turut melibatkan diri dalam bidang lakonan, penyanyi berusia 22 tahun ini tetap meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Bercakap soal karier, Aliff berkata, album keempatnya bakal dikeluarkan tahun ini.

“Aliff sedang mengumpul ‘material’ untuk album Aliff yang keempat yang bakal keluar tahun ini,” katanya.

Bercerita soal nyanyian dan lakonan, Aliff akui cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam kedua bidang tersebut.

“Aliff lagi suka menyanyi. Aliff Aziz dikenali sebagai penyanyi tetapi lakonan itu juga satu seni. Aliff minat dengan kedua-duanya  jadi, Aliff akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik dalam kedua-dua bidang.

"Walau macam mana sekalipun, Aliff tetap seorang penyanyi,” katanya.

Justin Bieber cipta lagu untuk kekasihnya

Wednesday, 30 January 2013

PENYANYI remaja, Justin Bieber telah mengeluarkan album terbarunya, BelieveAcoustic yang memuatkan 11 lagu popularnya yang dibawakan secara akustik.

Menurut sumber, album ini dihasilkan dengan kerjasama beberapa artis dan pemuzik popular seperti Rihanna, Big Sean dan Tom Strahle yang pastinya memberikan kelainan pada album tersebut.

“Album ini juga dihasilkan oleh Bieber untuk berkongsi luahan hati mengenai kehidupan peribadi bersama peminat setianya,” kata sumber.

Justin Bieber
Selain itu, beberapa hari sebelum melancarkan album ini, satu single terbaru darinya Yellow Raincoat telah dimuat naik menerusi Youtube dan apa yang menariknya, lirik lagu tersebut mengisahkan mengenai bekas kekasihnya, Selena Gomez.


Farra juara Idola Kecil 5 - Artis Cilik

Friday, 4 January 2013

idola kecil 5
Adik Farra pemenang Idola Kecil 5
Tahiah OGA ucapkan kepada penyanyi cilik yang bersuara merdu ni.. Lenggok nada suara yang memikat pengadil menjadikan adik Farra menjuarai Idola Kecil ke-5. Hurm... OGA pula suara macam katak.. apepun tahniah kepada semua pemenang.. Agak-agak adik Farrah nak beli ape yer dengan duit RM5000 tu. Nak beli motor takde lesen lagi kan.. Beli emas.. hurm.. banyak pula kes rompak dan samun.. OGA rasa elok adik Farra menabung untuk masa depan.. tak rugi menabung kan adik Farra.
Jom kita baca artikel di bawah dari Kosmo.


VOKALNYA yang matang dan mantap serta persembahan penuh memukau membuatkan Farranisha Shazwany Mohd. Faizul atau nama glamornya Farra berjaya mencuri hati juri lantas memilihnya sebagai juara Idola Kecil 5 (IK5).
Kemenangan Farra itu sekali gus mengetepikan empat finalis lain iaitu Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah atau Darling yang muncul sebagai naib juara, manakala Muhammad Zelfeka Nasrun atau Zul di tempat ketiga.
Selain mereka, Muhammad Benladin Munshi atau Ben dan Nur Adlina Batrisya Zuraimi atau Tisyia turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lepas.
Bakat yang dimiliki oleh Farra yang baru berusia 12 tahun itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila dia berjaya menyampaikan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce secara acapella pada pusingan pertama dengan lontaran vokal yang memukau.
Kehebatan persembahan Farra diakui oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai juri jemputan di samping Erra Fazira, yang menganggap nyanyian secara acapella daripada Farra itu merupakan suatu percubaan yang berani, dan ternyata 'eksperimen' yang dilakukan oleh gadis yang berasal dari Labuan itu berjaya.
"Saya memang berminat untuk menceburi bidang nyanyian semenjak berumur lima tahun dan berharap agar kemenangan ini dapat menjadi platform untuk saya meneruskan minat saya ini.
"Saya juga berharap agar saya dapat seimbangkan antara akademik dan nyanyian dengan cara memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika di dalam kelas dan terlibat dengan aktiviti seni mengikut kelapangan saya," ujarnya yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.
Sementara itu, saingan yang diberikan oleh empat lagi peserta turut tidak boleh dipandang ringan kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.
Perkara ini diakui oleh Alyah yang bertindak sebagai juri tetap semenjak minggu pertama, dengan mengatakan bahawa setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing dalam setiap persembahan mereka.
"Selain Farra, Darling turut mempunyai vokal yang matang yang menjadi pesaing terdekat kepada Farra, selain Zul yang bijak menguasai pentas sehingga membuatkan persembahannya tampak seperti penyanyi profesional.
"Ben pula mempunyai aura tersendiri kerana dia mampu menari dengan baik, manakala Tisyia pula sering mempamerkan persembahan yang konsisten pada setiap minggu," ujar penyanyi lagu Kau Yang Terindah ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sharina Nordin, program IK5 berjaya mencapai sasarannya apabila kesemua peserta menunjukkan prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu.
"Disebabkan perkara ini, jumlah penonton mingguan IK5 telah mencecah sehingga lebih daripada satu juta orang, dan ini merupakan satu perkara positif buat program ini.
"Reaksi yang positif daripada penonton ini menjadikan kami berasa teruja untuk meneruskan lagi program ini untuk musim yang akan datang," ujarnya kepada pihak media pada sesi sidang akhbar selepas final IK5.
Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Najwa Latif yang berduet dengan bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu iaitu Harris dan Hairul, Karmal dan DJ Fuzz, gabungan Fida, Jeff A to Z dan Stella, serta penampilan istimewa daripada Aliff Aziz.
Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi, manakala naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi, sementara tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 serta trofi.

Artis Top Korea PSY Beli Rumah Di Los Angeles ? - Artis Korea

Sunday, 30 December 2012

PSY antara artis paling popular masakini, dinobatkan jutawan You Tube dan terkini beliau telah membeli rumah di Los Angeles.., Wow.. bila pulak Artis Tempatan kita nak meletup di You Tube yer..
OGA berharap suatu hari nanti Artis kita ataupun Rakyat di Malaysia ni mampu MELETUP di arena Antara Bangsa.. Kelasssss... Oh Gosip Artis A.K.A OGA malas nak berceloteh panjang kat sini.. Ape pun jom layan artikel mengenai PSY beli rumah di Los Angeles ni.. Zasss...~!!!!


LOS ANGELES - Penyanyi sensasi Korea Selatan, Psy dilaporkan merancang untuk menjadi penduduk tetap Amerika Syarikat selepas membeli sebuah kondominium mewah di sini, baru-baru ini.

Kondominium mewah yang bernilai AS$1.25 juta (RM3.8 juta) itu terletak di 29 Story Blair House, di Wilshire, tidak jauh dari pusat bandar.
Bangunan kondominium mewah yang dibina pada tahun 1989 itu turut memiliki kemudahan kolam renang, pusat gimnasium, gelanggang tenis dan spa.
Ia juga dikatakan mempunyai pemandangan menarik di sekitar bandar raya itu.
Malah, dekorasi dalaman kondominium mewah itu dikatakan berkonsepkan moden dan menarik.
Menurut laman web hiburan, TMZ, penyanyi yang terkenal dengan gaya Gangnam itu dikatakan tidak sabar untuk mengubahsuai rumah yang baharu dibelinya itu. - AGENSI

Lagu Tarantula berhantu - Artis Malaysia


TARANTULA percaya bahawa irama rock 90-an masih lagi diterima pada masa kini.RESMI grup ini ibarat seekor labah-labah tarantula. Binatang itu nampak lambat melangkah, bahkan banyak yang menjadikannya sebagai binatang peliharaan. Namun, ketenangan yang kelihatan itu tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Sekali sengatannya mengena boleh membuatkan mangsanya lumpuh.
“Begitu juga dengan kami. Kalau boleh kami mahu grup ini memberikan satu sentuhan yang berbisa kepada peminat muzik. Namanya kedengaran sedikit garang, tetapi tetap ada juga kelembutan di sebaliknya. Justeru sebab itu juga nama tersebut dipilih untuk kumpulan kami,” ujar Taha selaku pemain drum kumpulan itu.
Tampil bersama menubuhkan grup itu sejak 2002, Tarantula dianggotai oleh Taha serta Joe Bugis selaku vokalis, Keon (basis), Padil (gitar) dan Barai (gitar kedua).
Pada awal kemunculan, grup itu menjadikan majlis-majlis perkahwinan sebagai ruang mencuri perhatian peminat. Namun, mereka mula mengorak langkah untuk mengkomersialkan Tarantula setanding grup lain.
Keputusan tersebut bagaimanapun tidak melenyapkan nama Tarantula yang popular di majlis kenduri kahwin.
“Permintaan untuk kenduri kahwin masih ada. Justeru kami tubuhkan dua versi Tarantula iaitu satu grup untuk kenduri kahwin dan satu lagi yang bergerak secara komersial.
“Jika ada antara kami yang mempunyai kelapangan, akan ada yang turun padang mengisi kekosongan untuk membuat persembahan di majlis kahwin. Cuma Tarantula yang komersial tidak akan terkait dengan persembahan di majlis kahwin,” kata Talha.
Berani mempertaruhkan irama rock 90-an, Tarantula kini sudah tampil dengan dua buah single sebelum muncul dengan sebuah album penuh pada awal tahun hadapan.
Jelas Joe, pemilihan irama tersebut masih tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap minat dan permintaan lagu-lagu berentak sebegitu di pusat hiburan dan untuk diputarkan di radio.
“Haluan Tarantula sebenarnya ialah lagu-lagu rock. Memang benar, lagu-lagu rock yang mendayu-dayu lebih popular pada zaman dahulu. Tetapi saya yakin pengikutnya masih ramai.
“Penampilan kami di peringkat komersial bukanlah untuk syok sendiri, tetapi mengikut selera pendengar. Kalau perhatikan di pusat karaoke pun, ramai yang lebih gemar menyanyi lagu-lagu 90-an tidak kira golongan yang membesar dalam era itu mahupun generasi muda,” kata Joe.
Buat permulaan, Tarantula mempertaruhkan dua buah single iaitu Pusara Cinta dan lagu ‘berhantu’ berjudul Rumah Puaka.
“Lagu berjudul seram sebegitu sebenarnya sudah popular dalam kalangan penyanyi rock zaman 90-an. Banyak lagu yang judulnya seram sebegitu. Jadi Tarantula tidak mahu lari daripada konsep tersebut.
Sumber: Kosmo

Penyanyi ROCK bertukar kepada "Penyanyi Ketuhanan"

Saturday, 15 December 2012



OPICK atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus mungkin tidak memiliki nama yang gah seumpama penyanyi Once mahupun Ahmad Dhani di Malaysia kerana dia merupakan seorang penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan.
Begitupun, lagu-lagu berunsur sebegitu hasil nukilan penyanyi yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu sangat popular dan ada di antaranya menjadi siulan di Malaysia sehingga kini.
Salah satu lagu yang paling popular ciptaannya sudah tentu yang berjudul, Dealova yang pernah dialunkan Once bersama kumpulan Dewa, malah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjud Cinta juga menyanyikan lagu Opick iaitu Ketika Cinta dengan susunan muzik baharu.
Lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia yang berjudul, Perempuan Berkalung Sorban.
Bertemu dengan Opick ketika kedatangannya ke Malaysia di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, Opick mendedahkan, Dealova sudah lama diciptanya tetapi tiada seorang pun penyanyi di Indonesia mahu menyanyikannya.
"Tiada seorang penyanyi mahu menyanyikan lagu itu (Dealova). Kata mereka sulit (sukar) untuk mendendangkannya. Hinggalah pada suatu hari ada syarikat muzik datang kepada saya berbincang mengenai lagu itu dan Once menjadi satu-satunya penyanyi yang sanggup mendendangkannya.
"Jadi, saya berikan lagu itu kepadanya untuk dinyanyikan," ulasnya mengenai lagu Dealova yang menggambarkan rasa cintanya terhadap Allah SWT.
Biarpun lagu yang dipopularkan Once itu dianggap peminat sebagai ditujukan buat seorang kekasih yang dicintai, ia tidak menjadi masalah buat Opick.
Ujarnya: "Ketika saya menghasilkan Dealova, ia menggambarkan betapa besarnya perasaan rindu saya kepada Allah juga kepada Rasulullah.
"Bagaimanapun, apabila Once menyanyikannya dan lagu ini dianggap buat kekasih hati, ia tidak apa-apa bagi saya kerana terpulang kepada penilaian pendengar. Apa yang mereka fikir, saya tidak boleh mengatakan ia salah kerana itu hak masing-masing."
Justeru, kenapa dia sendiri tidak menyanyikan Dealova sebelum ini? Jujur akui Opick, ketika itu dia belum dikenali ramai seperti hari ini.
Begitupun, sebagai seorang pencipta lagu itu dia tidak menyangka lagu tersebut sangat disukai ramai kerana baginya, ia sudah cukup menggembirakan apabila sesebuah lagu itu siap dihasilkan.
"Apabila Dealova berjaya dipopularkan oleh Once, saya bersyukur dan anggap kejayaan itu sebagai bonus," ungkapnya yang pada awal kariernya merupakan seorang penyanyi rock.
Penyanyi rock
Mengenali Opick, dia sebenarnya seorang penyanyi rock yang memiliki vokal yang hebat tetapi lagu-lagu ciptaannya bagaimanapun tidak diterima peminat kerana semuanya berunsur protes.
Kehidupan akan datang memang tidak mampu ditebak. Opick yang dulunya tidak pernah menyebut nama Tuhan dalam lagu-lagunya kini dikenali sebagai penyanyi yang mencipta lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.
Bukan sahaja lagu-lagunya berunsurkan ketuhanan malah dirinya juga berubah yang mana ia selalu dibaluti oleh jubah dan juga serban.
"Dulu hidup saya gelap. Saya suka protes dan seorang pemarah. Malah karya-karya saya juga penuh dengan rasa kebencian terhadap kerajaan mahupun apa jua perkara yang saya tidak suka.
"Tiba-tiba Allah bagi saya hidayah untuk mendekatinya dan sentiasa tulis tentang Dia," akuinya yang kini sudah menghasilkan lapan album berunsurkan ketuhanan.
Sangat jarang, lagu-lagu yang bercerita tentang ketuhanan mampu sukses secara komersial di pasaran namun Opick membuktikannya sebaliknya.
Album pertamanya berjudul Istiqhfar pada tahun 2005 begitu sukses. Sebulan di pasaran, Istighfar berjaya dijual lebih 300,000 unit dan mencapai status 'double platinum'.
Kejayaan Opick bukan sampai di situ sahaja malah selepas album keduanya berjudul Semesta Bertasbih keluar pada tahun 2006, ia turut mencapai kejayaan.
Tahun demi tahun, album-albumnya yang lain turut keluar iaitu Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan kini hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Salam Ya Rosulullah terbitan syarikatnya, Tombo Ati Production yang diedarkan secara eksklusif oleh Inteam Records Sdn. Bhd.
Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anta Allah, Ya Hannan Ya Mannan, Bila Waktu T'lah Berakhir, Salam Ya Rosulullah, Syukur Atas Karunia, dan Dealova yang dinyanyikan dengan gubahan muzik baharu sesuai dengan jiwanya.
Melly Goeslow
Selain menjadi penyanyi solo, Opick juga tidak mengehadkan dirinya untuk berkolaborasi bersama artis-artis terkenal seperti Melly Goeslow melalui lagu Takdir serta penyanyi remaja, Amanda menerusi lagu Alhamdulillah.

Alvin pilih krew Indonesia bikin klip video Sally



Penyanyi yang baharu mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Alvin Anthons, 36, mengakui pembikinan klip video untuk single kedua beliau berjudul Sally menggunakan tenaga produksi dari Indonesia.
Beliau berkata, klip video itu menggunakan tenaga produksi yang sama termasuk pengarah dan model sewaktu pembikinan klip video single pertama beliau, Berdua.
“Almer Lipasha bertindak sebagai pengarah untuk pembikinan kedua-dua klip video saya kerana saya senang bekerja dengan beliau.
“Keadaan itu sekali gus memudahkan kerja penggambaran kerana antara klip video Berdua dengan klip video Sally, ada hubung kait atau kesinambungannya," kata Alvin ketika menjayakan program Jom Chat bersama Utusan Online di sini malam tadi. - UTUSAN

Perjuang rock kapak - Tarantula

Friday, 14 December 2012



SUATU ketika dahulu, muzik rock kapak pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila lagu-lagu yang dimainkan menjadi ikutan ramai. Muzik rock pernah berada di papan atas dalam senarai populariti, terutamanya sekitar tahun 80-an dan 90-an.
Atas inisiatif itulah, kumpulan Tarantula mahu menghidupkan kembali genre muzik yang pernah mempunyai jutaan peminat di seluruh tanah air.
Kumpulan yang diasaskan sejak 2004 itu disertai enam orang iaitu Johari Jumadi selaku vokalis, Ahmad Faizal Ibrahim (gitar utama), Hazrai Wahid (gitar kedua), Khairul Azhar Ibrahim (gitar bass), Mohd. Talha Abdul Rahman (pemain drum dan Asmadi Zainal (pemain keyboard).
Menurut Johari, tujuan mereka mahu mengembalikan genre rock kapak adalah kerana lagu-lagunya yang mempunyai jutaan peminat dan masih diminati ingga kini.
"Walaupun kelihatan seperti sudah semakin tenggelam dalam industri muzik tanah air, tidak dinafikan genre ini masih mempunyai peminat.
"Selain itu, muzik yang dihasilkan juga lebih menarik kerana dekat dengan pendengar yang menjadikan lagu-lagunya mempunyai perasaan dan hidup," tambahnya.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan kumpulan ini termasuklah Jangan Merajuk, Merebut Waktu dan Selamat Tinggal Cinta.

M.Nasir : Tiada formula cipta lagu popular



KEBANYAKAN lagu ciptaan Datuk M. Nasir diminati para pendengar tidak kira sama ada dinyanyikannya sendiri atau dipopularkan oleh penyanyi-penyanyi lain. Jika tidak, masakan dia boleh mendominasi Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (Anugerah MACP) selama ini.

Sepanjang 17 kali anugerah itu dianjurkan, komposer kelahiran Singapura itu telah mengunggulinya sebanyak 13 kali, termasuklah pada anugerah yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara, Selangor baru-baru ini. Ramai yang tidak hairan dengan pencapaian Nasir itu.

Sebabnya, ramai yang kagum dengan kemampuan beliau mencipta lagu-lagu baru termasuklah lagu-lagu lamanya yang boleh dikategorikan sebagai malar segar dan terus diminati ramai peminat sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, Nasir yang telah mencipta hampir 2,000 buah lagu sejak hampir 30 tahun lalu tidak mempunyai formula tertentu dalam mencipta lagu.

Katanya, dia juga tidak ada resipi bagaimana untuk menjadikan sesebuah lagu itu popular di halwa telinga para pendengar.

"Sukar saya hendak cakap apakah formula yang saya gunakan untuk mencipta lagu supaya ia popular. Kalau ada formula itu bolehlah saya ajar kepada orang lain.
"Kalau cara mencipta lagu sahaja memang ada. Tetapi kalau hendak kasi orang minat, menjangkaui aspek teknikal.

"Bagi saya, ia lebih ke arah kerohanian. Sebabnya kita (komposer) mencipta sesebuah lagu dengan mengawal melodi dan senikatanya. Kalau ia boleh diminati ramai maka itu adalah suatu anugerah," komennya sewaktu ditemui selepas anugerah tersebut.
Sementara itu, Ramli Sarip yang memenangi anugerah Nadi Cipta berasa terharu kerana mendapat penghargaan tersebut selepas terbabit dalam bidang nyanyian dan muzik sejak lebih 30 tahun lalu.

Pada usia 60 tahun, dia masih berkarya dan ternyata kebanyakan karya-karyanya itu diterima oleh para pendengar dan menganggap royalti yang diterimanya daripada MACP sebagai suatu pendapatan yang menguntungkan golongan sepertinya.

"Ramai yang tanya saya bila mahu bersara daripada menyanyi, mencipta lagu dan bermain muzik sejak kebelakangan ini. Saya cakap sebagai anak seni kita tidak ada istilah bersara. Sejak dulu saya memang tidak ada kerja selain dalam bidang ini. Saya telah 32 tahun terbabit dalam bidang ini.

"Cuma saya tidak ada EPF (simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) seperti pekerja-pekerja dalam bidang lain. Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu saya mencipta lagu dan hanya mendapat RM60 untuk sebuah lagu dan habis begitu sahaja. Tetapi dengan adanya MACP golongan seperti saya juga lebih terbela," ujarnya.

Konsert percuma bunuh industri?



MALAYSIA kini merupakan antara negara rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan banyak artis terkenal dunia untuk melebarkan pengaruh dan populariti mereka. Kesungguhan yang ditunjukkan pihak penganjur dapat memastikan artis-artis antarabangsa ini mendapat kelengkapan konsert bertaraf dunia, meskipun kebanyakkan daripadanya berbentuk konsert jelajah mempromosikan album-album baru semata-mata.
Menyoroti nama-nama besar yang sudah berkunjung ke negara ini sepanjang tahun, tidak dapat kita tolak sedikit sebanyak terdetik rasa bangga. Ini kerana kelihatannya, Malaysia diiktiraf selaku destinasi tetap kunjungan artis terkenal dunia.
Pada 2012, antara nama-nama besar yang sudahpun mengunjungi peminat di negara ini adalah selebriti sensasi dunia Jennifer Lopez (Jlo), Elthon John, kumpulan Maroon 5, Jason Mraz dan ramai lagi.
Tidak cukup dengan itu, himpunan konsert penyanyi dari Korea juga nampaknya berjaya meneruskan demam irama itu di kalangan peminat. Namakan siapa, Bing Bang, Wondergirls dan T-Ara? Mereka antara penyanyi K-pop yang berjaya membuat persembahan berskala besar di negara ini.
Bagaimanapun persoalannya, jika negara kita terus dikerumuni artis luar negara, apa pula nasib yang bakal dilalui penyanyi di negara kita sendiri?
Kebanjiran konsert artis luar di negara ini nampaknya meninggalkan kesan yang mencabar artis kita. Hanya dua nama besar sahaja yang berani mengadakan konsert secara solo di negara ini iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Yuna ditaja.
Hanya mereka artis wanita yang berjaya menganjurkan konsert secara solo pada tahun ini. Manakala konsert besar seperti 4 Lagenda misalnya, mempertaruhkan Shiela Majid, Amy Search, Jamal Abdillah dan juga Zainal Abidin dalam satu pentas untuk mengumpul peminat rang ramai. Malangnya, konsert yang sepatutnya menjelajah ke beberapa buah negeri ini akhirnya terpaksa membatalkan konsert mereka di Kuching, Sarawak kerana tiada sambutan.
Sememangnya, keterbukaan menerima pemuzik dari luar memberi peluang industri kita belajar daripada mereka yang lebih profesional.
Ia juga boleh menjadi kuasa besar untuk menarik kehadiran pelancong dalam negara.
Tidak dinafikan kehadiran mereka mampu menggamit ribuan peminat Malaysia dan juga negara jiran sekitar untuk menyaksikan persembahan. Malah ada juga yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih baik untuk menyaksikan artis luar ini beraksi.
Senario ini seharusnya dilihat normal di dalam mana-mana industri hiburan.
Bagaimanapun ada sesuatu yang harus kita berikan perhatian apabila timbul perasaan takut di kalangan artis kita sendiri untuk mengadakan konsert atau persembahan berbayar.
Perasaan takut ini tidak seharusnya dilihat sebagai sikap paranoid tidak menentu. Ini kerana ada benarnya kesan kebanjiran konsert artis luar ini seperti menidakkan hak artis kita sendiri.
Malah pihak penaja juga sebenarnya lebih berminat untuk menaja artis-artis luar dari artis kita sendiri, kerana percaya keuntungan lebih berpihak kepada konsert artis antarabangsa.
Cuba mencari punca sebenar permasalahan ini, kita sebenarnya tidak perasan (atau sengaja tidak ambil tahu?) cara industri ini sendiri melayan penyanyi kita tanpa meletakkan nilai eksklusif seseorang artis itu di tahap yang sepatutnya.
Apakah artis kita hanya layak mengadakan konsert terbuka secara percuma?
Memang pada suatu sudut ia mendekatkan peminat dengan penyanyi tersebut namun apa yang kita tidak tahu adalah bila perkara ini mewujudkan definasi terbaru di kalangan peminat sendiri.
Tidak dinafikan sebenarnya kini ada di antara peminat kita beranggapan adalah sesuatu yang tidak berbaloi untuk menyaksikan persembahan artis tempatan kerana kemudahan untuk menyaksikan persembahan percuma itu terlalu banyak. Tanya mereka, untuk apa membayar kalau boleh dapat dengan percuma?
Sikap penaja yang terlalu 'berkira' dengan artis tempatan akhirnya menimbulkan tanggapan yang artis kita boleh ditonton dalam acara berbentuk percuma semata-mata. Mereka tidak akan sama sekali membayar.

Beri kepercayaan - Siti Nurhaliza
Berkongsi pendapat mengenai hal ini adalah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Siti merayu agar penyanyi di negara ini turut diberikan kepercayaan untuk mempamerkan kebolehan.
“Apa yang diperlukan adalah kepercayaan penaja kepada golongan artis itu sendiri. Realitinya kita tahu tidak semua mampu mengadakan konsert secara solo. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah untuk kenali potensi setiap artis itu dahulu. Saya percaya ada di antara artis kita juga mampu menarik golongan peminat mereka dan tidak menjadikan penaja kerugian. Cuma, tidak banyak peluang diberikan, " katanya.
Melihat perkara ini dengan lebih mendalam, penyanyi Tahajjud Cinta ini percaya perkara ini memerlukan campur tangan pihak berwajib, didalam membantu artis kita untuk lebih berani kehadapan.
“Saya tidak fikir dengan mengehadkan konsert artis luar bakal membantu memulihkan kembali perkara ini. Jika dilihat dari sudut positif bermacam benda baru boleh kita belajar daripada konsert artis luar negara terutamanya dari segi persembahan mereka.
“Bagaimanapun artis kita masih memerlukan bantuan dari pihak tertentu di dalam merealisasikan persembahan berskala besar. Ini kerana, dari sudut itu kita mampu menyakinkan penonton di dalam memberikan kepuasan setaraf artis luar," katanya.

Terlalu mudah - Andy Flop Poppy
Sementara itu bagi penyanyi Andy yang juga vokalis kumpulan Flop Poppy, memberitahu keadaan semasa kini menyebabkan peminat muzik tempatan lebih rela menunggu konsert percuma yang kini wajib menghiasi acara tahunan industri kita.
“Eksklusif artis itu sendiri sudah kita gadaikan dengan mengadakan konsert-konsert percuma sehingga peminat sendiri tahu ia tidak terlalu istimewa untuk menonton konsert berbayar lagi.
“Bukan konsert percuma dari artis negara kita malah artis luar yang datang juga kadang kala mengadakan persembahan percuma, jadi tekanan ini agak berat sebenarnya untuk artis kita yang kita tahu mempunyai peluang yang agak terhad," katanya.
Dengan bantuan teknologi kita Andy juga tidak menolak untuk mengatakan artis kita lebih senang di dekati, yang kadang kala memberi impak kepada penyanyi itu sendiri.
“Melalui Youtube kita dapat menyaksikan penyanyi itu, melalui Twitter kita mengenali lebih dekat artis tersebut. Apa yang kita tidak perasan apabila terlalu mudah didekati menyebabkan peminat rasa tidak berbaloi untuk membayar untuk menyaksikan mereka," katanya.

Faizal Tahir terkilan
Cukup terkilan! Itu merupakan kata-kata penyanyi Gemuruh ini. Bagi Faizal Tahir, bukan masanya untuk kita saling menuding jari mencari kesalahan. Bagi penyanyi ini, dia sendiri sedar apa yang penting adalah peluang yang harus diberikan kepada artis lokal untuk membuktikan kemampuan diri.
“Tidak semua kehadiran artis luar itu akan mendapat sambutan. Saya rasa masih ada yang bersetuju untuk mengatakan artis kita sebenarnya berkeupayaan sama seperti artis luar.
“Cumanya apabila peluang yang seharusnya di berikan sama rata itu terus didominasi artis luar, nampak seperti penyanyi kita dianak-tirikan dalam negara sendiri," katanya.
Percaya kerjasama yang baik di antara pihak media, pengajur ,penaja dan artis itu sendiri mampu melakukan perubahan, Faizal tidak menolak ini merupakan cara terbaik untuk memastikan nadi industri ini terus berdenyut.
“Apa yang perlu kita tahu, industri kita kecil berbanding luar, bagi artis luar mereka sebenarnya mampu untuk meneruskan konsert tanpa pihak penajaan kerana pendapatan mereka yang begitu lumayan.
“Sebagai penaja mereka seharusnya tahu memang diluar kemampuan artis kita untuk menganjurkan sebuah konsert itu tanpa penglibatan mereka. Jadi sudah sampai masanya untuk mereka memikirkan kedaan artis kita sebenarnya," katanya.
Mengakui lambakan konsert artis luar kini sedikit sebanyak mengugat pendapatnya sebagai artis, bagi Faizal ada caranya untuk terus membantu artis di negara ini agar tidak terus tertekan dengan perkara ini.
“Saya akui pendapatan saya kini semakin berkurangan. Adakah kita mahu tunggu sampai semua artis putus asa dan baru kita mula menghargai apa yang saya dan artis lain cuba lakukan?
“Mungkin sudah sampai masanya pihak penganjur yang semakin rakus memikirkan keadaan kami pula, artis-artis tempatan," katanya.

Artis pun ada silap - Joe Flizzow
Sementara itu bagi penyanyi Hip Hop, Joe Flizzow, sikap artis kita sendiri juga menjadi punca kepada masalahan yang timbul. Ini kerana, tidak banyak daripada mereka yang percaya kepada kemampuan diri sendiri.
Bagi Joe ada suatu ketika artis di negara ini seperti kehilangan punca sehingga mengelirukan peminat mereka apabila sering menyanyikan lagu artis luar dalam banyak persembahan di sini.
“Ada suatu masa bila ada artis kita lebih suka menyanyikan lagu artis luar. Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana lambat laun akan timbul satu perasaan di kalangan peminat bahawa lebih berbaloi untuk menyaksikan artis sebenarnya menyanyikan lagu itu.
“Dan bila ini berlaku, peminat kita secara automatiknya hanya akan mahu membeli tiket artis luar dari konsert penyanyi kita sendiri yang mereka tahu akan menghidangkan perkara yang sama," katanya.
Tidak mahu melihat perkara ini seperti tiada kesudahan Joe percaya lokasi seperti KL Live mampu membantu artis kita kembali pada teras yang lebih baik. Menurut penyanyi yang pernah terkenal menganggotai kumpulan Too Phat ini lokasi yang lebih kecil seperti itu dilihat sebagai alternatif untuk artis kita mengadakan konsert berskala kecil.
“Kita perlu ada lokasi sebegini di dalam memulihkan kembali kepercayaan peminat kepada kemampuan artis kita.
“Walaupun lokasi ini tidak mampu untuk menampung kehadiran peminat yang ramai namun ia masih berguna untuk menggerakkan industri muzik kita sendiri," katanya.

May terus kecewa



PENGALAMAN lebih 25 tahun di dalam industri belum dapat memastikan mereka mendapat layanan istimewa. Walaupun pahit untuk menelan kesahihan tersebut, bagi vokalis kumpulan rock terkenal May, ini merupakan realiti yang harus mereka terima. Mengimpikan untuk mengadakan konsert khas sempena ulang tahun ke 25 kumpulan May, hasrat ini sudah tertangguh hampir setahun kerana tiada penaja yang mahu membantu mereka meneruskan konsert tersebut.
"Kami sebenarnya sudah memberi tarikh kepada peminat kami, untuk konsert ini diadakan. Bagaimanapun ketiadaan penaja memaksa kami menangguhkan dahulu konsert ini.
"Sampai bila itu tidak pasti kerana sehingga kini masih belum ada penaja yang memberikan kata pasti untuk menjayakan konsert kami," katanya.
Percaya mendapat galakkan yang baik dari peminat muzik mereka, namun Mus tetap tidak menolak untuk mengatakan masih ada peminat di negara ini yang tidak percaya kemampuan artis tempatan.
"Bila kita sudah selalu di sogokan dengan persembahan artis luar negara, secara automatiknya peminat akan berpendapat lebih berbaloi untuk menanggung kos tiket artis luar dari artis tempatan.
"Saya percaya peminat itu wujud, cuma mereka merasakan artis kita tidak terlalu eksklusif untuk dibayar. Itu yang menyebabkan mereka tidak mahu mengeluarkan duit untuk menonton konsert, kerana mereka tahu akan dapat menonton persembahan artis itu secara percuma melalui pelbagai saluran," katanya.
Berbanding dengan era 90-an dan tahun 80-an, Mus berkata, pada waktu itu peminat tidak mempunyai cara lain untuk bertemu penyanyi pujaan mereka selain melalui konsert.
"Pada waktu itu peminat menghargai penyanyi melalui kehadiran mereka ke konsert. Sebab itu susah untuk melihat kegagalan sesuatu konsert pada waktu itu.
"Bagaimanapun kini keadaan cukup mencabar. Artis khususnya penyanyi seperti silap percaturan mencari publisiti sehingga meletakkan kerjaya sebagai penyanyi begitu mudah didapati.
"Jika difikirkan, memang tidak salah untuk artis dan peminat saling berkenalan tanpa sempadan, tetapi jangan sampai menjejaskan periuk nasi kita sendiri," katanya.



Sukar cari penaja
Namun itu bukan hanya masalah May semata-mata. Banyak lagi nama-nama besar dalam dunia nyanyian terpaksa memadamkan impian mengadakan konsert gara-gara ketiadaan sumber kewangan.
Sikap penaja yang lebih memihak kepada artis luar, menjadi punca utama masalah tersebut.
Bagi pemilik Mewah Event Management, Aida Husin, soal ketiadaan penaja menyebabkan banyak konsert artis tempatan terbantut di tengah jalan.
"Memang benar, punca utama artis tempatan gagal meneruskan konsert bukan kerana takut tidak ada sambutan tetapi kekurangan penajaan.
"Jika tiada penaja bagaimana sesebuah konsert itu akan diteruskan? Tanpa promosi siapa yang akan mengetahui konsert tersebut dan tanpa penajaan juga sukar rasanya untuk kami menyediakan lokasi dan memberikan kemudahan bunyi terbaik sepanjang konsert," katanya.
Mengulas kehadiran artis luar yang terus memenuhi jadual persembahan negara, ada kata-kata terkilan dari penganjur konsert Lagenda itu.
"Mungkin benar artis luar kini lebih mendapat tempat di hati peminat. Tetapi jangan kita lupa artis kita sebenarnya yang sedang berusaha menggerakkan industri kita yang semakin nazak ini.
"Sungguh tidak adil untuk kita membelakangkan kemampuan artis kita. Sudah sampai masanya ada tindakan yang sewajarnya agar artis kita tidak terus diperlekehkan," katanya.
Ditanya sama ada masih relevan untuk artis di negara ini mengadakan persembahan sedangkan terdapat banyak saluran yang membolehkan peminat menonton secara percuma, Aida menjelaskan konsert juga penting untuk industri itu.
"Konsert merupakan pencapaian seseorang artis tersebut, setelah bergelar penyanyi akan ada satu tahap yang memerlukan mereka di uji dipentas sebenar," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger