.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , » Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis - Gosip Artis Terbaru

Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis - Gosip Artis Terbaru

Di gosipkan oleh Normizan Nordin on Tuesday, 12 February 2013 | 00:37


Masihkah anda ingat tentang seorang pelakon popular ni yang pernah bercinta dengan dua artis popular iaitu dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti. Betul k? hrmmm..

Fahrin Ahmad, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis.
"Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan," katanya.
Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.

Fahrin Ahmad masih solo
"Risau juga apabila saya sudah mula tidak terlalu kisah tentang teman hidup memandangkan sudah biasa hidup berdikari.
"Mak saya pun risau tentang saya. Katanya, jika saya sakit nanti siapa yang nak jaga? Atau pastinya rasa sunyi akan terasa dalam hati apabila tua kelak.
"Jadi tidak mustahil sekiranya satu hari nanti mak saya yang cari jodoh buat saya," selorohnya.
Dalam perkembangan lain pula, lakonan Fahrin dapat disaksikan menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.

Menariknya dalam drama ini, Fahrin turut menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu tema drama 28 episod terbitan Zeel Production itu.
"Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu dalam studio rakaman. Ternyata ia sebuah pengalaman yang begitu berbeza.
"Pengalaman merakamkan lagu juga mengajar saya bahawa menjadi penyanyi itu bukannya mudah. Saya kagum dengan penyanyi-penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik mereka," ujarnya.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fauziah Ghous.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger