.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , , » ND Lala Minta Sharnaaz Hentikan Beri Kenyataan - Gosip Artis Terkini

ND Lala Minta Sharnaaz Hentikan Beri Kenyataan - Gosip Artis Terkini

Di gosipkan oleh Unknown on Sunday, 10 February 2013 | 22:12

Penyanyi ND Lala meminta pelakon Sharnaaz Ahmad tidak lagi memberi kenyataan berhubung hubungan dia dengan anaknya iaitu Shila Amzah untuk mengelakkan prasangka dan juga fitnah.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, 27, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

"Saya harap tak ada lagi kenyataan kerana ia boleh mengundang prasangka dan fitnah. Kenyataan yang diberikan boleh memalukan keluarga," katanya ketika memberi kenyataan dalam rancangan Melodi siaran TV3 pada Ahad.
shilla dan ND lala
Shila mencium bapanya ketika mereka pulang ke tanah air dari China selepas
memenangi pertandingan Asian Wave 2012 pada September tahun lalu.
ND Lala memberi respons itu bagi menjelaskan kemelut hubungan tiga pihak iaitu dirinya, Shila dan juga Sharnaaz.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya itu kerana masalah tersebut.

hubungan sharnaaz dan shilla
Shilla dan Sharnaaz
Shila pada Jumaat lalu pula turut memuatkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Dalam pada itu menerusi Melodi itu juga ND Lala turut menjelaskan tiada sebarang perbincangan yang dibuat Sharnaaz ataupun melalui wakil keluarga masing-masing mengenai perancangan perkahwinan ataupun merisik sebagaimana didakwa.

Katanya negara ini mempunyai undang-undang manakala orang Melayu pula berpegang teguh kepada adat serta budaya dan seseorang itu tidak wajar berpelakuan biadab.

"Urusan jodoh adalah ketentuan Allah dan terletak kepada qada dan qadarNya. Bukan mudah untuk kahwin dan belajarlah untuk jadi pemimpin dan memimpin diri sendiri," ulasnya yang disimpul berdasarkan kepada rakaman siaran itu.

ND Lala turut menambah, nasihat yang diberi itu ditujukan juga kepada anaknya manakala setiap tindakan seseorang itu adalah mencerminkan keperibadian masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger