OGA(Oh Gosip Artis) ada terbaca satu artikel dalam sebuah majalah hiburan baru-baru ni mengatakan pelakon, Nelydia Senrose yang sedang meningkat naik populariti menerusi drama setia hujung nyawa sedang bercinta dengan Qi. Betul ke Nelydia? atau sekadar gosip semata-mata. Kalau tiada angin takkan pokok bergoyangkan. Tak gitu? Namun, ini jawapan yang diberikan Nelydia tentang hubungannya dengan Qi:
"Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu,” kata Nelydia Senrose kepada Zass, semalam.Menurut Nelydia, sikap Qi, 36, atau nama sebenarnya, Kushairi Mohammed Razali yang matang dan senang didampingi membuatkannya selesa bersama pelakon dan pengacara itu.
Nelydia yang digosipkan bercinta dengan Qi |
“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya.
“Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.
“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” katanya. Hubungan Nelydia bersama bekas kekasih Yuna itu mula menjadi bualan selepas Qi menerusi sebuah akhbar, mengakui selesa bersama pelakon yang kian meningkat naik melalui watak Ersalina dalam drama Setia Hujung Nyawa itu. Qi juga mengaku mereka berdua sudah lama kenal dan masih dalam proses mengenali diri masing-masing.Beralih kepada perkembangan seninya, Nelydia berkata, dia kini kembali fokus terhadap pelajarannya dan jadual waktunya semakin padat.
“Walaupun sekarang tiada penggambaran, namun saya akan mempertimbangkan tawaran yang diterima.
“Bagaimana pun, jika bercanggah dengan waktu belajar, saya terpaksa menolak kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan tidak mahu menghampakan pihak produksi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment