.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , » Patutkah Azmil Mustapha diberi gelaran 'Ali Setan' oleh akhbar tempatan - Gosip Panas Artis

Patutkah Azmil Mustapha diberi gelaran 'Ali Setan' oleh akhbar tempatan - Gosip Panas Artis

Di gosipkan oleh Unknown on Saturday 2 February 2013 | 02:40

Oh Gosip Artis terkedu juga terbaca tajuk 'Ali Setan' dapat permit sementara beri ceramah motivasi di Selangor. Tapi patutkah lagi gelaran seperti itu dikeluarkan di media. Hurm.. yang lepas tu biarlah lepas kan.. tak gitu.. apapun jom kita baca dari akhbar tempatan ni.

Azmil Mustapha
Azmil Mustapha


'Ali Setan' dapat permit sementara beri ceramah motivasi di Selangor

BEKAS pelakon terkenal dengan watak 'Ali Setan' dan kini penceramah bebas, Azmil Mustapha berkata beliau memperoleh permit sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyampaikan ceramah motivasi.
Azmil, 60, berkata, beliau menerima permit itu bagi satu program anjuran Jais di Bukit Kemuning di sini, yang disampaikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, bekas pelakon itu berkata beliau tidak cenderung kepada mana-mana parti politik dalam menyampaikan ceramah sebaliknya mengambil pendirian untuk bergerak secara bebas.
"Saya tidak berminat untuk menceburi bidang politik walaupun pernah ditawar menjadi calon oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Saya hanya mengikut cara kehidupan saya sendiri dan hanya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah (ketika menyampaikan ceramah)," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam, hari ini.
Pada 2011, Azmil dilanda kontroversi berikutan satu laporan polis terhadapnya oleh Pemuda Umno Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang yang mendakwa beliau menyampaikan ceramah menentang kerajaan dan bersifat menghina Perlembagaan serta Yang di-Pertuan Agong.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan mendakwa maklumat tersebut langsung tidak berasas serta disalahertikan pihak yang membuat laporan polis.
Azmil dalam pada itu tidak menolak kemungkinan pembabitan rakan artis dalam bidang politik mempunyai niat yang tersirat.
"Mungkin mereka sertai parti politik kerana ada habuan... tetapi bagi saya, kalau lakukan sesuatu perkara hanyalah kerana ALLAH kerana ALLAH yang beri habuan," katanya sambil mengakui tidak pernah mengundi sepanjang hidup beliau.
Sebelum ini, Azmil yang merupakan bekas pelakon popular tanah air sekitar tahun 80-an dan membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II serta Mekanik, berhijrah ke Syria pada 2006 bersama empat anaknya sebelum kembali ke Malaysia
ekoran peperangan yang tercetus di negara itu.
Beliau kemudian berhijrah ke daerah Telubo, sebuah kawasan di pinggir bandar Patani, Thailand dan menetap di sana sehingga hari ini.
Azmil pernah mengarah dua filem dokumentari berjudul Deen in Dublin Part One dan Deen in Dublin Part Two yang ditayang di seluruh Britain pada Disember tahun lepas, dan kini bekerjasama dengan syarikat Eco Riths Travel & Tour Sdn
Bhd menguruskan pakej umrah serta ziarah ke tanah suci sepanjang tahun ini.  - Bernama


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger