.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , » Ning Bersama Cahayamata Yang Baru - ARTIS MALAYSIA

Ning Bersama Cahayamata Yang Baru - ARTIS MALAYSIA

Di gosipkan oleh Unknown on Saturday 2 February 2013 | 02:09

Ning Baizura
Ning Baizura bersama suami.

Tahniah Oh Gosip Artis ucapkan buat Ning Baizura sempena kelahiran cahayamata baru. TARIKH 31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda buat penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif apabila menyambut anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Ning selamat melahirkan anak lelaki jam 3.06 pagi tadi.

Menurut pengurusnya, Aylwin Santiago, kedua-duanya dalam keadaan sihat.

"Ning telah selamat melahirkan anak lelaki, hari ini pada jam 3.06 pagi.

"Kedua-duanya dalam keadaan sihat," katanya dalam satu kenyataan.

Aylwin juga memberitahu hari ini merupakan hari istimewa pasangan itu.

"Hari ini juga hari istimewa Ning dan Omar yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima," katanya yang mengucapkan terima kasih bagi pihak Ning atas doa daripada peminat-peminatnya.

Pasangan ini bernikah pada 31 Januari 2008 lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger