Sebelum ini, ND Lala membuat kenyataan di media dengan menuduh Sharnaaz biadab berhubung niat pelakon itu yang tetap mahu meneruskan rancangan merisik anak perempuannya itu meskipun sudah dilarang.
Shilla dan Sharnaz |
ND Lala dikatakan tidak bersetuju terhadap perancangan itu kerana mahu Shila menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya.
Kenyataan ND Lala itu dikatakan telah mengguris hati keluarga Sharnaaz.Ni komen Shilla:
"Shila nak menjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.
"Sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini juga memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga kekasihnya itu.
"Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan keluarganya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini.
"Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua 'damage' yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan keluarganya," katanya.
Juara Asian Wave ini juga memberitahu tidak sanggup melukakan hati kedua ibu bapanya.
"Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila daripada pelbagai aspek mereka menyayangi Shila.
"Takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai," katanya yang turut berharap semua pihak yang terlibat dapat berdamai.
Sementara itu, Shila juga meminta maaf kepada pihak media dan peminatnya.
"Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.
"Shila juga ingin memohon maaf kepada semua (peminat) kalau ada yang terguris hati. Demi ALLAH, Shila sangat sayangkan anda semua," katanya.
Seakan pasrah dengan hubungannya dan Sharnaaz, Shila menyerahkan semuanya pada takdir.
"Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkanlah dan andai kata ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.
"Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH," katanya.OGA(Oh Gosip Artis): Apa-apa pun OGA doakan semoga hubungan Shilla dan Sharnaaz mendapat restu daripada kedua-dua ibubapa. Setiap dugaan yang datang mesti ada hikmahnya.
0 comments:
Post a Comment