.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , , , , , » Gosip Artis Terkini - Pelakon Ayu Raudah bakal lahir bayi lelaki

Gosip Artis Terkini - Pelakon Ayu Raudah bakal lahir bayi lelaki

Di gosipkan oleh Normizan Nordin on Thursday, 21 March 2013 | 21:07

Pelakon Ayu Raudah mengesahkan bahawa dia bakal melahirkan bayi lelaki di Hospital Columbia Asia, Nusajaya, Johor dan mengikut perkiraan doktor, dia akan bersalin pada 29 Mac ini.

Ayu Raudah yang kini menetap di Johor Bahru bersama suaminya, Zaquan Adha berkata perasaannya kini berbaur takut dan teruja untuk melahirkan bayi pertama setelah kandungannya kini mencecah 9 bulan.

"Alhamdulilah, saya dan kandungan sihat dan sekarang hanya tunggu hari untuk saya melahirkan anak sahaja. Ketika doctor scan pun, bayi berada dalam keadaan sihat dan jantinanya nampak seperti bayi lelaki.
"Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur .
"Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat," katanya.
Pasangan ini berpindah dan menetap di Johor Bahru selepas Zaquan mengikat kontrak selama setahun dengan kelab bola Johor Darul Takzim pada akhir tahun lalu.

Ayu Raudah dan Zaquan Adha bakal timbang anak lelaki
Ayu Raudah dan Zaquan Adha bakal timbang anak lelaki
Meskipun sedang sarat hamil, Ayu Raudah memberitahu sejak menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berpindah di Johor Bahru, dia kini semakin aktif melakukan aktiviti seharian seperti ke pasar dan memasak setiap hari.

"Saya rasa saya semakin aktif bergerak dan melakukan apa sahaja tanpa batasan sejak hamil ini. Sehingga sekarang ini pun, saya masih keluar membeli barang, tak kiralah ke pasar atau pusat membeli belah.
"Di rumah pun, saya tidak duduk diam melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas dan memasak kerana Zaquan akan pulang makan di rumah setiap hari.
"Lagipun, saya dinasihatkan oleh kakak-kakak saya yang lain yang sudah berpengalaman bersalin supaya sentiasa banyak bergerak walaupun sedang sarat hamil supaya mudah untuk melahirkan anak nanti," jelasnya lagi.
Bercakap mengenai persiapan daripada fizikal untuk menyambut cahaya mata pertama dalam rumahtangganya, Ayu memberitahu semuanya sudah disiapkan, malah Zaquan sendiri yang lebih berminat dalam membeli pakaian untuk bakal anaknya nanti.

"Semua barang-barang keperluan termasuk bajunya kami sudah siapkan. Malah kami bersama-sama menghias bilik tidurnya.

"Bahkan, saya lihat Zaquan pula yang paling bersemangat dalam memilih baju dan kasut anak kami nanti. Dia banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun. Saya gembira melihat keterujaannya," ceritanya lagi.

Ayu Raudah juga memberitahu, dia masih belum mempunyai perancangan untuk kembali berlakon dan bakal memikirkannya selepas selesai berpantang nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger