Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, memberitahu, dia dan Beego, 33, amat berpuas hati terhadap kelengkapan perkahwinan yang dipilih dengan bantuan keluarga yang turut serta dalam percutian itu.
"Kami pulang ke Malaysia pada malam Selasa lepas. Di sana kami memang cari kain-kain untuk dibuat baju pengantin serta pakaian untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
"Selain itu juga, kami turut buat tempahan kad kahwin dan membeli barang cenderahati. Kami memilih Jakarta kerana di sana lebih banyak pilihan, barang-barang pun berkualiti selain harga yang berpatutan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Beego dan Linda Hashim |
Linda dan Beego bakal berkahwin tidak lama lagi |
"Tema perkahwinan kami adalah dalam taman, jadi kami pilih warna yang bersesuaian iaitu putih dan lavender," katanya yang sudah pun membuat persiapan perkahwinan sebanyak 50 peratus.Sementara itu, dari segi tetamu majlis itu nanti kata Linda, pihaknya masih belum menyenaraikan jumlah dan individu yang akan dijemput.
Dalam pada itu Linda terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin untuk membuat persiapan perkahwinan kerana sedang sibuk dengan penggambaran drama dan program televisyen.
"Alhamdulillah sekarang rezeki yang datang banyak juga, jadual saya penuh sampai bulan Jun depan. Saya harap dapat habiskan penggambaran lebih awal sebelum majlis itu nanti.
"Semalam (Rabu) saya baru selesaikan isi borang nikah dan ujian HIV, tapi kursus kahwin belum sempat lagi. Insya-Allah mungkin dalam minggu depan," ujarnya.Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah di Masjid Wangsa Maju.
Sementara majlis persandingan akan di adakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
0 comments:
Post a Comment