Malah jika melihat jadual kerja Nora Danish, aktiviti seninya sentiasa penuh. Berlakon dari satu lokasi ke satu lokasi umpama tidak terkejar dengan masa.
Namun sebagai wanita biasa, Nora juga memerlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki dan dia mengakui sedang mencari pengganti terhadap cintanya yang pernah hilang selama ini.
Walaupun mencari cinta sejati itu amat sukar namun bagi pelakon yang cukup popular melalui filem Aku Terima Nikahnya ini, perkara tersebut bukannya satu halangan yang besar baginya.
Kisah saya selama ini biarlah menjadi sejarah yang berguna kepada kehidupan saya sendiri dan juga cara untuk mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup yang sebaik-baiknya.
Istilah gagal dan serik untuk kembali bercinta tidak pernah terukir dalam perjalanan hidup saya. Saya akui ketika ini memang saya sedang mencari cinta sebenar," jelas Nora.
Bagi Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif yang baru sahaja menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-31 Khamis lalu, kekangan masa adalah penghalang utamanya untuk terus menjalinkan cinta ketika ini.
Buat masa ini memang saya akui masa cukup mencemburui saya untuk menjalinkan apa-apa hubungan. Saya juga tidak menyasarkan bila masa untuk tamatkan status saya sekarang.
Yang penting saya dan Rayqal bahagia. Tumpuan saya lebih kepadanya selain kerjaya," kata Nora yang bakal muncul bersama Shaheizy Sam dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah yang akan ditayangkan pada 4 April nanti.
Ketika diajukan soalan mengenai teman istimewa, raut wajahnya dilihat merah padam seakan-akan menyembunyikan sesuatu namun jawapannya tetap sama, semuanya kawan biasa.
Ya... semuanya masih kawan biasa, tiada yang betul-betul istimewa dalam hati saya ketika ini. Saya berharap agar yang betul-betul istimewa akan tiba nanti, insya-Allah," katanya optimis.Tambah Nora, sekiranya jodoh telah ditetapkan untuknya dalam kalangan artis, dia tidak akan menolak. Dan saat ditanya siapakah artis yang mempunyai ciri-ciri jejaka idaman, jawapannya:
Anuar Zain! Sebab dia cukup gentleman, semua wanita pasti menyukainya. Peluang berlakon dalam video klip bersamanya baru-baru ini cukup mengujakan saya.
Saya harap lepas ini ada lagi peluang bergandingan dengan saya, nak berduet memang tidaklah sebab suara saya tak sedap," ujarnya sambil ketawa.Dalam pada itu, Nora menganggap dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam sebagai sesuatu yang kelakar.
Menurut Nora, gosip yang disiarkan di salah sebuah akhbar mingguan baru-baru tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu itu hanyalah andaian penulis tersebut sahaja. Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya.
Ada laporan yang mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem 2 Kalimah arahan Eyra Rahman.
Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sesuatu penggambaran.
Memberitahu gosip itu bukan kali pertama yang mengaitkan dirinya dengan pelakon lelaki yang digandingkan bersama-samanya dalam filem. Sebelum ini dia pernah dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan Adi Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Terima Nikahnya.
Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Tambah pula dengan status saya sekarang, memang perkara ini kurang elok jika terus-menerus diperbesarkan.
Mungkin perkara itu belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya yang kini turut bergelar pengacara Republik Cinta yang sedang disiarkan di Astro Ria bersama ikon Indonesia, Ahmad Dhani.
Nora Danish |
Dia seorang yang unik kerana suka sangat kumpul barang antik. Hampir kesemua barang dalam rumahnya adalah barang antik yang berusia beratus tahun," katanya
0 comments:
Post a Comment