.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Siti Fazurina - "Hak Saya Nak Seksi"

Thursday, 14 February 2013


OGA mendapat berita daripada GUA.COM berhubung pakaian perkahwinan yang dipakai oleh Fazurina yang dikata agak jarang dan juga dia dikatakan tidak bertudung penuh sedangkan umumnya sudah mengetahui bahawa Fazurina telah lama bertudung. Ramai berpendapat bahawa pakaian yang dipakai oleh Fazurina tidak sesuai dengan imej diri yang bertudung. Ini reaksi Fazurina apabila diajukan tentang perkara tersebut:
“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi. Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang,” ujar isteri kepada Muhammad Hykal Zulkifli ini.
“Walau bagaimanapun, jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing.
"Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelas Fazurina mengenai isu itu. 
siti fazurina dan suami
Pakaian perkahwinan yang menjadi kontroversi kerana dikata
 agak jarang dipakai oleh Fazurina

Siti Fazurina buka hijab dimajlis persandingan? Gosip Perkahwinan Artis

Tuesday, 12 February 2013

Selepas menimbulkan kontroversi apabila kahwin lari dari pengetahuan keluarga, OGA(Oh Gosip Artis) terkejut apabila terlihat foto Siti Fazurina yang tidak berhijab ketika menjayakan majlis persandingannya baru-baru ini.

Foto itu dimuat naik ke dalam laman Instagram oleh pelakon Fouziah Gous yang menjadi pengapit di hari bahagianya itu.

Daripada 2 keping gambar tersebut, Siti Fazurina yang bergaun labuh itu seperti tidak berhijab. Dua keping foto yang dimuat naik itu dikritik dan dikeji teruk oleh beberapa follower mereka di Instagram. Rata-rata yang memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan Siti Fazurina yang diketahui sudah pun berhijrah, tetapi tiba-tiba dilihat membuka hijabnya itu di hari persandingnya itu.

siti fazurina
Gambar majlis persandingan Siti Fazurina
Menurut sumber. Siti Fazurina atau Nina sebenarnya mengenakan turban, namun di dalam gambar yang diambil dalam jarak yang agak jauh kelihatan dia tidak berhijab.

Wah kalau betullah dia memakai turban, syukurlah kerana dia masih menjaga penampilannya yang berhijab di hari sandingnya.

Tetapi jika dilihat kembali,  nampak seperti turbannya itu adalah rambutnya.

Apa-apa pun OGA ingin  ucapkan tahniah kepada Nina dan pasangannya Haikal yang selamat bersanding selepas pernikahannya menimbulkan kontroversi pada penghujung tahun lalu.

Muhammad Hykal Suami Siti Fazurina Tampil Memohon Maaf - Gosip Artis Terkini

Wednesday, 26 December 2012

"Doakan kebahagiaan kami" -  Hykal
Kahwin sudah.. Gosip panas di blog pun sudah.. yang sudah tu sudahlah.. dan untuk menyudahkan cerita gosip paling hot lagi cool beb ni, Muhammad Hykal Zulkifli suami kepada Siti Fazurina tampil membuat kenyataan dan memohon maaf kepada keluarga di akhbar BH. OGA berharap selepas ni kes ni ditutup dan para blogger yang cool beb dapat bersihkan nama diaorang. Hurm.. tak cool lagi ker..??? tiada yang cool selain york cooling king. Pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan gosip.. Gulp... tersilap pulak.. hehehe...
OGA nak beri sedikit hadis kat sini..


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat .”
(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah HARAM dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah , lagi yang hina , yang suka mencaci , lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".

Apepun jom terjah ape yang ada dekat BH.


BH : “Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu. 

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu. 
“Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik,” katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam. 

Turut hadir pada sidang akhbar itu, bapa Muhammad Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59. Hadir sama, ibu Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta dua adik Fazurina, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. 

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku. 

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu. 

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka. 
Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri. 

“Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. 

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. 

“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya. 

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis. 

Resepsi di Pearl Island bulan depan Rina berkata, dia tidak pernah terlintas untuk mencetuskan kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu. Rina berpendapat, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga dan Allah menemukan jodoh dengan Hykal sebagai suami dan pelindung buat dirinya. 

Dia berharap masalah itu tidak berpanjangan, selain memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, peminat dan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan itu. 

“Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000.

Isu Panas Siti Fazurina Telah Di Bongkarkan Untuk Pengetahuan Umum - Gosip Panas Artis

Monday, 24 December 2012

Isu panas yang melanda artis tempatan kita Siti Fazurina telah dibongkarkan oleh Roti Kaya. OGA (Oh Gosip Artis) mengambil peluang dan kesempatan untuk mengepos artikel menarik ini untuk tatapan umum. Semoga nama yang tercalar ini dapat di bersihkan kembali. Apapun OGA mengucapkan selamat pengantin baru buat Siti Fazurina dan suami. Jom layan artikel dari Roti Kaya dulu..

Siti Fazurina bersama suami di sidang  bersama  Roti Kaya
Beberapa hari ini, nama Siti Fazurina tiba tiba menjadi sebutan peminat hiburan Malaysia selepas di’khabarkan kahwin lari dan tanpa pengetahuan keluarga sendiri.

Petang tadi, berlangsungnya sidang media khas di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di’sebalik tuduhan yang tidak tepat.
Menurut Siti Fazurina, beliau tahu yang dirinya dan pihak suami tidak melakukan apa apa kesalahan dan majlis pernikahan mereka di’jalankan dengan cara yang betul dan sah.
“Saya rasa nama saya tercalar apabila apa yang saya lakukan betul — tetapi ada pihak yang menghentam tindakan saya dan ianya datang dari keluarga saya sendiri,” ujar beliau.
“Saya faham keadaan mereka & tidak akan memperbesarkan isu kahwin lari ini lagi selepas ini — saya kenal siapa ibu saya yang sebenar & dia juga kenal diri saya siapa.”
“Isu dalaman keluarga saya tidak perlulah untuk satu Malaysia tahu — biar kami selesaikan satu per satu & jika ibu saya boleh terima keputusan saya yang ini, semuanya akan pulih.”
Siti Fazurina yang hadir bersama suami, Hykal Zulkifli turut di’temani oleh bapa saudara yang menjadi wali dalam majlis pernikahan selain beberapa ahli keluarga sebelah lelaki.
Ibu Siti Fazurina turut hadir bersama dalam sidang media khas ini bersama adik beradik yang lain tetapi enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu yang sebenarnya belum selesai ini.
“Kami datang hanya untuk mendengar, biar dia (Siti Fazurina) yang cakap,” ujar salah seorang dari adik beradik aktress yang kini bertudung ini yang enggan identitinya di’ambil media yang hadir.
Siti Fazurina menambah yang beliau nekad untuk berkahwin kali ini kerana sebelum ini pun niat beliau untuk mendirikan rumah tangga sering mendapat tentangan daripada pihak keluarga sendiri.
“Biarlah isu ini menjadi hal peribadi kami & apa apa hentaman dari mana mana pihak selepas ini tidak akan saya jawab kerana tidak mahu memanjangkan cerita,” tambah Siti Fazurina yang beberapa kali di’lihat menitiskan airmata sepanjang sidang media.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger