Foto itu dimuat naik ke dalam laman Instagram oleh pelakon Fouziah Gous yang menjadi pengapit di hari bahagianya itu.
Daripada 2 keping gambar tersebut, Siti Fazurina yang bergaun labuh itu seperti tidak berhijab. Dua keping foto yang dimuat naik itu dikritik dan dikeji teruk oleh beberapa follower mereka di Instagram. Rata-rata yang memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan Siti Fazurina yang diketahui sudah pun berhijrah, tetapi tiba-tiba dilihat membuka hijabnya itu di hari persandingnya itu.
Gambar majlis persandingan Siti Fazurina |
Wah kalau betullah dia memakai turban, syukurlah kerana dia masih menjaga penampilannya yang berhijab di hari sandingnya.
Tetapi jika dilihat kembali, nampak seperti turbannya itu adalah rambutnya.
Apa-apa pun OGA ingin ucapkan tahniah kepada Nina dan pasangannya Haikal yang selamat bersanding selepas pernikahannya menimbulkan kontroversi pada penghujung tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment