.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , , , » Azad Jazmin Pukul Isterinya Eira Syazira Yang Berbadan Dua ? - Gosip Artis Panas

Azad Jazmin Pukul Isterinya Eira Syazira Yang Berbadan Dua ? - Gosip Artis Panas

Di gosipkan oleh Unknown on Monday, 24 December 2012 | 02:53

Betul ke cerita gosip panas ni..? OGA (Oh Gosip Artis) terkedu jugak ketika membaca artikel ni di sebuah akhbar online.
Hurm.. Kalau benar seperti yang diwacanakan, amatlah dukacita OGA rasakan. Mungkin ada sebab-sebab tertentu diaorang bergaduh kan. Tak elok pukul isteri semasa berbadan dua. Sepatutnya sewaktu ni awak tu kena belai dan manjakan isteri dan berikan sepenuh perhatian padanya.. Isteri kena dimanjakan.. Maklumlah dan berbadan dua, jiwa mestilah sensitif.. Apepun jom kita layan sedikit cerita dari akhbar online ni.



JOYAH mengucap panjang bila dapat tahu tentang kes gaduh pelakon Azad Jazmin di Pulau Pinang pada Khamis lalu. Ini gaduh bukan gaduh-gaduh manja tau. Tapi gaduh tumbuk, terajang sampai kena lima jahit di kepala. Memang real kejadian itu, tak guna khidmat stuntman pun. Seram sejuk Joyah dengar keadaan suami kepada penyanyi dan pelakon Eira Syazira ni. Teruklah juga…
Seorang teman telefon Joyah untuk mengadu domba tentang kejadian itu. Ternganga mulut Joyah ni selama tiga minit dengar cerita pergaduhan Azad itu. Kata teman Joyah, "Wei Joyah yang kepoh. Aku nak beritahu yang Azad tu hot di Penang. Ramai orang dah mark dia. Jadi tak hairanlah dia kena."
Alamak sampai begitu sekali ke? Hot panas ke, hot kacak. Joyah tak nak komen cerita teman Joyah itu lebih-lebih. Apa yang Joyah boleh doa adalah kesihatan yang baik buat Azad. Dugaan sebelum bergelar bapa mesti banyak kan? Sabar jelah…
Dengar cerita juga, Eira risau dan tension berganda-ganda bila dapat tahu keadaan suami tersayang. Sekarang ni tengah sarat mengandung, lagilah jiwa kacau. Hati bakal ibu ni memang lain sikit. Banyak sensitif. Sabarlah Eira. Harap semuanya okey. Doa-doalah semoga semua perkara tu selesai. Jangan terlalu berfikir. Takut kesannya pada baby dalam perut tu.

 OGA - "Buang yang keruh... ambillah yang jenih.. baru hidup muafakat dan berkat"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger