.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , » Farra juara Idola Kecil 5 - Artis Cilik

Farra juara Idola Kecil 5 - Artis Cilik

Di gosipkan oleh Unknown on Friday, 4 January 2013 | 18:52

idola kecil 5
Adik Farra pemenang Idola Kecil 5
Tahiah OGA ucapkan kepada penyanyi cilik yang bersuara merdu ni.. Lenggok nada suara yang memikat pengadil menjadikan adik Farra menjuarai Idola Kecil ke-5. Hurm... OGA pula suara macam katak.. apepun tahniah kepada semua pemenang.. Agak-agak adik Farrah nak beli ape yer dengan duit RM5000 tu. Nak beli motor takde lesen lagi kan.. Beli emas.. hurm.. banyak pula kes rompak dan samun.. OGA rasa elok adik Farra menabung untuk masa depan.. tak rugi menabung kan adik Farra.
Jom kita baca artikel di bawah dari Kosmo.


VOKALNYA yang matang dan mantap serta persembahan penuh memukau membuatkan Farranisha Shazwany Mohd. Faizul atau nama glamornya Farra berjaya mencuri hati juri lantas memilihnya sebagai juara Idola Kecil 5 (IK5).
Kemenangan Farra itu sekali gus mengetepikan empat finalis lain iaitu Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah atau Darling yang muncul sebagai naib juara, manakala Muhammad Zelfeka Nasrun atau Zul di tempat ketiga.
Selain mereka, Muhammad Benladin Munshi atau Ben dan Nur Adlina Batrisya Zuraimi atau Tisyia turut memberikan saingan sengit pada konsert akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lepas.
Bakat yang dimiliki oleh Farra yang baru berusia 12 tahun itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila dia berjaya menyampaikan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce secara acapella pada pusingan pertama dengan lontaran vokal yang memukau.
Kehebatan persembahan Farra diakui oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai juri jemputan di samping Erra Fazira, yang menganggap nyanyian secara acapella daripada Farra itu merupakan suatu percubaan yang berani, dan ternyata 'eksperimen' yang dilakukan oleh gadis yang berasal dari Labuan itu berjaya.
"Saya memang berminat untuk menceburi bidang nyanyian semenjak berumur lima tahun dan berharap agar kemenangan ini dapat menjadi platform untuk saya meneruskan minat saya ini.
"Saya juga berharap agar saya dapat seimbangkan antara akademik dan nyanyian dengan cara memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika di dalam kelas dan terlibat dengan aktiviti seni mengikut kelapangan saya," ujarnya yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.
Sementara itu, saingan yang diberikan oleh empat lagi peserta turut tidak boleh dipandang ringan kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang hebat sehingga para juri mengalami kesukaran untuk memilih pemenang.
Perkara ini diakui oleh Alyah yang bertindak sebagai juri tetap semenjak minggu pertama, dengan mengatakan bahawa setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing dalam setiap persembahan mereka.
"Selain Farra, Darling turut mempunyai vokal yang matang yang menjadi pesaing terdekat kepada Farra, selain Zul yang bijak menguasai pentas sehingga membuatkan persembahannya tampak seperti penyanyi profesional.
"Ben pula mempunyai aura tersendiri kerana dia mampu menari dengan baik, manakala Tisyia pula sering mempamerkan persembahan yang konsisten pada setiap minggu," ujar penyanyi lagu Kau Yang Terindah ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sharina Nordin, program IK5 berjaya mencapai sasarannya apabila kesemua peserta menunjukkan prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu.
"Disebabkan perkara ini, jumlah penonton mingguan IK5 telah mencecah sehingga lebih daripada satu juta orang, dan ini merupakan satu perkara positif buat program ini.
"Reaksi yang positif daripada penonton ini menjadikan kami berasa teruja untuk meneruskan lagi program ini untuk musim yang akan datang," ujarnya kepada pihak media pada sesi sidang akhbar selepas final IK5.
Selain persembahan daripada peserta, konsert akhir yang dihoskan oleh Alif Satar itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Najwa Latif yang berduet dengan bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu iaitu Harris dan Hairul, Karmal dan DJ Fuzz, gabungan Fida, Jeff A to Z dan Stella, serta penampilan istimewa daripada Aliff Aziz.
Juara membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi, manakala naib juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi, sementara tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000 serta trofi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger