.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->
Home » , , » Filem Tamil Sanggup Menelan Belanja RM53juta - Bila Pula Filem Kita Nak Maju?

Filem Tamil Sanggup Menelan Belanja RM53juta - Bila Pula Filem Kita Nak Maju?

Di gosipkan oleh Unknown on Tuesday 25 December 2012 | 14:12


Filem Vishwaroobam yang menelan belanja RM53juta antara filem tamil yang di kategorikan filem paling mahal dan bertaraf antarabangsa. Apa yang amat mendukacitakan Oh Gosip Artis.., sanggupkah filem tempatan kita membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar semata-mata 1 filem yang BLOCKBUSTER. Kalau tak macammana nak tembusi pasaran dunia.. Tak gitu...? Apa yang pasti dengan modal yang sedikit mendapat pulangan yang besar. Hurm.. apepun risikonya terlalu besar kan.. hehehe..
Membebel jer panjang.. Jom berbalik semula kepada filem Vishwaroobam.


KEDATANGAN pelakon versatil dan hero antarabangsa, atau dikenali ‘ulaga nayagan’ dalam bahasa Tamil ke Malaysia baru-baru ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media. Ini berikutan objektif serampang dua mata, iaitu selaku tetamu khas bagi Konsert Yuvan @ Muzik Antarabangsa India Kuala Lumpur (KLIMF) dan mempromosi filem bajet tertinggi dalam sejarah pembikinan filemnya, Vishwaroobam atau alih bahasa dalam Hindi, Vishwaroop.
Kamal Hassan, 58, turut ditemani salah seorang daripada heroin filem tersebut, pertama kali diperkenal di skrin besar, diimport khas dari Amerika Syarikat, iaitu Pooja Kumar, 35.
Menjalani uji bakat filem menerusi laman sosial Skype dan dipilih kerana kredibiliti beliau yang sebelum ini terlibat dalam dunia lakonan teater, peragaan dan pengacaraan, Pooja Kumar menganggap dirinya sangat bertuah.
Gauthami (rakan Kamal Hassan yang juga pereka pakaian filem itu) memilih Pooja sebelum Kamal sendiri mengenali beliau. “Saya berasa amat bertuah kerana ramai di luar sana menunggu peluang bertahun-tahun lamanya untuk bergandingan dengan Kamal Hassan,” kata Pooja yang hanya mampu berbahasa Inggeris.
Namun, pelakon itu mendapat peluang membelakangkan beberapa pelakon lima bintang yang lain termasuk Sonam Kapoor dan Anuskha Sharma.
Ditanya kepada Kamal sendiri, beliau berkata: “Kami tidak memilih heroin untuk filem ini semata-mata, tetapi satu watak yang mampu membawa karakter Nirupama, watak utama Vishwaroobam,” ujar pelakon yang pernah memenangi Anugerah Kebangsaan India sebanyak empat kali itu.
Melihatkan Pooja seorang warga Amerika dan watak Nirupama juga membawa latar yang sama, Kamal memutuskan Pooja sebagai heroin selain kredibiliti lain milik wanita tinggi lampai itu.
Nirupama, watak yang dibawa Pooja mengenai seorang warga India yang berkahwin dengan lelaki warga Amerika Syarikat semata-mata untuk mendapatkan kad hijau (green card). Nirupama juga mempunyai ijazah kedoktoran dalam onkologi nuklear.
Dalam pada itu, hero, Kamal pula dipercayai membawa watak seorang penari Khatak dan sebuah lagi watak yang tidak didedahkan. Bagi mendalami watak penari Khatak, Kamal yang merupakan seorang penari Bharatanatyam mempelajari seni tari baru itu dalam masa hanya sebulan.
Dirakam di beberapa lokasi termasuk pusat penceritaan itu sendiri iaitu di Amerika Syarikat, Kamal memberitahu latar Afghanistan, satu lagi lokasi pusat penceritaan utama dirakam di Jerman dan Jordan.
Enggan mengulas lanjut mengenai jalan cerita, Kamal mengakui ia sebagai filem bajet tertinggi olehnya, iaitu melibatkan kos lebih RM53 juta. Kisah ini membawa genre suspen dan berlatar keganasan dengan harapan ia mampu memikat selera penonton antarabangsa.
“Pelbagai spekulasi dan kritikan yang kami lalui sepanjang dan selepas filem ini siap. Kami minta anda sebagai penonton melihat sendiri sebelum membuat apa-apa penilaian yang mungkin boleh menggugat keamanan,” katanya merujuk kepada spekulasi filem tersebut menyentuh sensitiviti Islam.
“Anda tahu, saya buat filem untuk semua, penonton antarabangsa dan tidak akan sama sekali menyerang sesiapa. Filem saya sebelum ini yang menjadi mangsa spekulasi akhirnya diterima baik,” ujar Kamal Hassan yang turut diberi anugerah tertinggi kerajaan India, Padma Shree.
Dijadual akan ditayang secara serentak pada 11 Januari 2013, Viswaroobam juga merupakan filem Tamil pertama dan terawal dalam arena antarabangsa yang dirakam menggunakan format audio terkini, Auro 3D serta menggunakan rakaman digital sepenuhnya.
Bukan sahaja membawa watak utama, Kamal Hassan turut memegang tanggungjawab selaku pengarah, penerbit dan penulis skrip filem.
Selain Kamal dan Pooja, turut membintangi Vishwaroobam (Tamil) dan Vishwaroop (Hindi) ialah Andrea Jeremiah, Rahul Bose, Jaideep Ahlawat, Samrat Chakrabarti, Zarina Wahab, Nassar, Shekhar Kapur (watak khas), Miles Anderson, James Babson, Jude S. Walko dan Chris Kotcher.
Kamal turut berkongsi pengalaman bersama rakan baiknya, juga penerbit Lord of The Rings, Barrie Osborne yang berkali-kali menonton tayangan khas Viswaroobam kerana amat menyukai jalan ceritanya.
“Ia satu pengiktirafan. Terdahulu, saya fikir beliau menontonnya kerana mahu mencari kesilapan. Bagaimanapun beliau menonton kerana sukakan cara cerita itu,” katanya sambil tersenyum sebelum berangkat ke konsert Yuvan @ KLIMF pada malam tersebut.
Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger