Pelakon remaja kacak yang kian menempa nama menerusi filem bencana tsunami, Tom Holland, 16, mengakui sangat berbangga dengan pencalonan Naomi Watts dalam anugerah Oscar akan datang dan mengakui aktres itu memang cukup layak.
Melakonkan watak sebagai anak sulung Naomi menerusi filem The Impossible, pelakon yang berasal dari Surrey, England itu tumpang gembira buat ‘ibunya’ itu yang dicalonkan dalam kategori Aktres Terbaik.
“Bagi saya dia adalah seorang pelakon yang sangat hebat dan memang layak mendapat pengiktirafan itu. Saya sangat gembira untuknya dan doakan kejayaan buat Naomi,” katanya kepada BANG Showbiz.
Bintang baru yang pernah merangkul anugerah Penghibur Muda Terbaik menjelaskan sifat keibuan Naomi, 44, memang terserlah biar di set mahupun luar penggambaran.
Bintang baru yang pernah merangkul anugerah Penghibur Muda Terbaik menjelaskan sifat keibuan Naomi, 44, memang terserlah biar di set mahupun luar penggambaran.
“Dia sudah seperti ibu saya sendiri di set penggambaran. Bukan dalam babak filem saja, sekiranya saya meminta minuman Coke, pasti ada petugas akan datang dan memberikan satu buat saya.
“Ketika itulah, dia (Naomi) akan menegah saya dan secara spontan saya akan memanggilnya ‘mak’,” katanya yang pandai menari dan pernah menjayakan persembahan muzikal di West End, London.
Tom juga sempat berkongsi mengenai aktres itu sering memberikan nasihat berharga buatnya.
“Paling saya ingat apabila dia berkata dalam lakonan kita tidak boleh pentingkan diri sendiri dan paling penting adalah semangat kerja berpasukan.
“Jika hanya memikirkan persembahan diri sendiri saja pasti ia tidak akan menjadi sebuah filem yang baik. Sebab itulah kadangkala kalau kita menonton sesuatu filem, kita boleh rasa seperti pelakonnya tidak begitu bersatu,” ujar Tom.
0 comments:
Post a Comment