.breadcrumbs{padding:0px 5px 5px 0;margin-bottom:20px;margin-top:0px;font-size:11px;color:#ff0000;border-bottom:1px dotted #bbb;} -->

Zed Zaidi terima gelaran "Ayahanda" - Gosip Artis Malaysia

Di gosipkan oleh Unknown on Saturday 16 February 2013 | 06:35

Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.
“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.
“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dianugerahkan pangkat ‘ayahanda’ oleh Epanco pada Ahad lalu.
zed zaidi
Zed minta masyarakat ubah persepsi mengenai
 istilah 'ayahanda' yang sering dikaitkan dengan gengsterisme.
Pertubuhan berdaftar itu bertujuan memelihara agama Islam selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Zed berkata, dia tidak perlu berasa bimbang dengan gelaran tersebut kerana ia tiada kaitan dengan unsur gengsterisme seperti yang sering disalah ertikan oleh masyarakat.
“Tiada apa yang perlu saya takut dengan gelaran ini. Saya sendiri panggil bapa saya dengan gelaran ayahanda, adakah bapa saya ketua gengster?
“Sebelum ini pun saya terima pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) daripada Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia) dan ia lebih kurang sama juga dengan pangkat ini (Epanco).
“Cuma istilah sahaja berbeza kerana kebanyakan pertubuhan Melayu memilih istilah ‘ayahanda’ sebagai simbolik seorang ketua,” katanya.
Zed berkata, susulan penganugerahan itu dia bertanggungjawab untuk menarik golongan muda Melayu dan memberikan bimbingan kepada mereka menceburi bidang perniagaan atau politik mengikut kecenderungan masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : About Me |
Copyright © 2013. GOSIP ARTIS, GAMBAR ARTIS, VIDEO ARTIS DAN HIBURAN. - All Rights Reserved
Template Created by Careeron9 Published by ejawatan
Proudly powered by Blogger